Mari Mengundi
Parlimen dah pun dibubar pagi tadi 3 April 2013... Dah ramai yang tak sabar nak membuang undi memilih parti pimpinan baru pilihan masing-masing dan yang penting untuk mengetahui siapa yang bakal menduduki tampuk pemerintahan Malaysia pada Pilihan Raya kali ini
Bukan entry memberatkan kepala, ni entry santai jer...
Hari nak mengundi dah dekat, jadi seperti biasa siaran televisyen akan menyiarkan siaran-siaran promo mengajak rakyat keluar mengundi.
Jom kita layan 2 video kat bawah..... :)
Video promo mengundi Tahun 1955. Pergh!! Mengimbau kenangan!
Dan....................
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
||||||||||||
||||||||||
||||||||
||||||
||||
||
|
Video Promo Mengundi 2013
2 tahun yang berbeza....2 keadaan yang berbeza....... 1 tujuan :)
Video Siaran Langsung Ucapan Najib Bubar Parlimen
Akhirnya......... Parlimen dengan rasminya telah pun dibubarkan hari ini iaitu pada 3 April 2013 setelah puas rakyat jelata menunggu dan berteka teki akan tarikh pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan datang.
Kepada yang terlepas menonton siaran langsung ucapan Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengumumkan pembubaran parlimen pada 3 April 2013, boleh lihat video dibawah. Ekslusif! Tak ada edit..
Pilihan Raya Umum 2013 akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Lama lagi tu......
Membeli Barang Keperluan Harian Secara Online
Jika diperhatikan, pasangan suami isteri yang tinggal di kawasan pekan atau bandar seperti Kuala Lumpur, kedua-duanya perlu bekerja untuk menampung kos sara hidup. Disebabkan kedua-duanya bekerja, pergi kerja pagi pulang kerja mungkin agak malam ditambah kepenatan seharian bekerja, ramai diantara mereka yang membeli barangan keperluan harian seperti barangan dapur seminggu sekali iaitu pada hari cuti disebabkan kekangan masa.
Melihat kepada permasalahan ini, Tesco Store (Malaysia) sdn bhd memperkenalkan perkhidmatan membeli belah secara online atau dalam talian Grocery Home Shopping (GSH) yang membolehkan barang keperluan dibeli secara online.
Perkhidmatan tersebut membolehkan pelanggan memilih barang keperluan yang ingin dibeli menerusi laman web Tesco sebelum dihantar ke rumah pelanggan dan bayaran dibuat selepas barangan diterima.
Sebagai permulaan, perkhidmatan berbelanja secara online ini ditawarkan kepada pelanggan yang berada dalam lingkungan 20km dari Tesco Mutiara Damansara.
Menurut pengarah GHS, John Lee, GHS bukan sahaja mempelbagaikan saluran peruncitan Tesco, malah memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak mempunyai masa untuk membeli belah di premis mereka.
Sumber : Sinar Harian
-----------------------------------------------------------
p/s : Tesco, antara pasaraya yang menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan-pelanggan, bagi aku la.. :)
Admin
8:52 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaNasib Dan Hala Tuju Hidup Pesakit HIV AIDS Positif
Baru-baru ni aku ada tulis satu entry berkenaan rawatan baru penyakit HIV. Kali ni aku nak tulis sikit pasal nasib yang menimpa pesakit HIV dan hala tuju pesakit HIV atau AIDS ni.
Tengah tengah aku berblogwaking sebagai silent reader. Aku terjumpa satu blog yang aku rasa agak menarik dan unik iaitu berkenaan nasib yang menimpa pesakit HIV atau AIDS ni.
Sejak sekian lama kita tahu penyakit AIDS atau HIV ni satu penyakit yang membawa maut. Sama macam penyakit kanser. Bila seseorang tu pergi berjumpa doktor membuat pemeriksaan kesihatan dan jika disahkan dia menghidap kanser atau terkena jangkitan virus HIV ni, dirasakan dunia ni gelap, tiada harapan untuk sembuh dan tempoh hayatnya sudah tidak panjang.
Walaupun kedua-dua penyakit membawa maut, tetapi kedua-duanya membawa kesan psikologi yang berbeza ke atas pesakit (ewah ayat)
Pesakit kanser hanya mengalami kesan psikologi yang berpunca dari dalam diri mereka sahaja dimana mereka merasakan hidup ini sudah tidak seperti dulu dimana mereka seolah-olah sudah tahu bila masanya ajal mereka akan sampai. Begitu juga dengan pesakit penghidap HIV atau AIDS. Tetapi bagi penghidap HIV atau pesakit AIDS ini, tekanan atau kesan psikologi lebih dirasai berbanding pesakit kanser. ini kerana selain merasakan ajal mereka sudah hampir, mereka juga merasa tertekan akibat orang sekeliling yang memulaukan mereka yang menghidap penyakit HIV ini. Ini kerana, masyarakat menganggap pesakit atau penghidap virus HIV ini adalah golongan merbahaya kerana penyakit HIV ini merupakan penyakit berjangkit tidak seperti penyakit kanser.
Selain daripada itu, pesakit HIV atau AIDS ini dilabel sebagai golongan jahat kerana masyarakat beranggapan penghidap HIV ini bekas penagih dadah atau mengamalkan gaya hidup tidak sihat yang sering bertukar-tukar pasangan.
Jika si pesakit sememangnya seorang bekas penagih dadah atau bertukar-tukar pasangan satu ketika dulu sehingga dia mendapat penyakit HIV, mungkin cemuhan masyarakat adalah balasan yang perlu diterima, tetapi bagaimana jika pesakit HIV atau AIDS ini merupakan golongan yang tidak tahu menahu bagaimana mereka mendapat penyakit ini seperti mendapat penyakit AIDS daripada suami yang tidak bertanggungjawab atau kelalaian pihak perubatan.
Untuk membantu gologan pesakit AIDS yang bernasib malang yang menghidap penyakit ini akibat kecuaian orang lain meneruskan hidup seperti biasa, En Mohamad, seorang penghidap HIV positif menghasilkan sebuah blog yang bertujuan membantu mereka diluar sana yang menghidap penyakit HIV atau AIDS ini sama seperti beliau.
Penghidap HIV??? Terasa tersisih??? Dibuang masyarakat. Sila lah ke blog En Mohamad, akuhivpositif
'Semua orang berhak menikmati hidup!'
Saluran Pernafasan Sempit. Adik Harish Perlu RM9000
![]() |
| Adik Harish |
Seorang kanak-kanak berusia 5 bulan, adik Harish Ar Rizqin anak kepada pasangan Hasril Abu Hassan, 35 dan Nor Fariza Daud, 29 memerlukan RM9000 untuk membeli mesin oksigen bantuan pernafasan disebabkan saluran pernafasan adik Harish sempit.
Tanpa mesin oksigen bantuan pernafasan, adik Harish sukar untuk bernafas. Difahamkan, adik Harish pernah melalui proses ujian membuka mesin oksigen untuk mellihat keupayaan adik Harish bernafas sendiri. Bagaimanapun, ujian tersebut mendapati tanpa mesin oksigen, adik Harish akan sering muntah dan mengalami kesukaran bernafas sehingga wajahnya bertukar kebiru-biruan.
Buat masa ini, adik Harish menggunakan mesin oksigen bantuan pernafasan milik hospital yang memerlukan adik Harish terlantar di katil hospital setiap hari. Difahamkan, untuk membeli mesin oksigen bantuan pernafasan yang khas untuk digunakan dirumah, ianya memakan kos sebanyak RM9000 iaitu Oxygen Concentrator Machine dan Suction Machine. Walaupun mesin bantuan pernafasan yang digunakan di hospital lebih murah, tetapi mesin tersebut kurang sesuai dan kurang selamat untuk digunakan di rumah.
Menurut ibu bapa Harish, mereka mengetahui masalah yang dihadapi Harish dimana jantung dan nadi adik Harish pernah berhenti berdenyut.
Selain mengalami saluran pernafasan sempit, adik Harish juga mengalami paru-paru berlendir dan berkahak yang menambahkan lagi kesukaran adik Harish untuk bernafas. Adik Harish juga didapati mengalami bengkak hati dan memerlukan pemerhatian rapi.
Menurut doktor, mata adik Harish juga mengalami masalah dimana matanya tidak memberi respons terhadap apa-apa pergerakan walaupun diagah dengan jari dihadapan matanya.
Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada adik Harish bolehlah menghubungi bapa adik Harish sendiri, Hasril Abu Hassan di talian 019-2079047.
Sumber : Sinar Harian
Sumber : Sinar Harian
p/s : aku kekadang asma aku datang. batuk berkahak. Memang susah nafas weh!!
Admin
12:32 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia





