Kaedah Baru Merawat HIV Ditemui

Apa Itu Penyakit HIV?

Ramai yang gerun tatkala mendengar perkataan HIV atau Human Immunodeficiency Virus. Penyakit yang tiada ubat dan membawa maut. Ramai yang sudah sedia maklum penyakit ini menyerang mereka yang mengamalkan gaya hidup bebas yang sering bertukar pasangan serta berkongsi jarum (penagih dadah). Yang lebih menyedihkan, ada segelintirnya menanggung penyakit ini akibat perbuatan orang lain seperti perbuatan suami yang sering bertukar pasangan di belakang isteri atau jururawat atau doktor yang tidak berhati-hati semasa melakukan pemindahan darah (Pernah jadi kes)
Dijangkiti HIV akibat pemindahan darah
Petikan SinarHarian 21 Feb 2013

Kaedah Baru Merawat Penyakit HIV

Sekumpulan Saintis dari Universiti Washington di St Louis, US berjaya menemui rawatan baru bagi menyembuhkan penyakit HIV iaitu menggunakan racun lebah.

Saintis, Joshua L Hood berkata, racun lebah melittin dan partikel nano mampu membunuh virus HIV dengan tindak balas darah manusia.

Melittin pada partikel nano dapat menyerap lapisan luar virus dan membentuk pori kecil lalu meleraikan lapisan pelindung virus.

Melittin dan partikel nano tidak akan menjejaskan sel manusia kerana ianya hanya bertindak balas pada virus HIV.

Kaedah ini dikatakan lebih berkesan daripada rawatan anti-retroviral yang hanya membantutkan pertumbuhan virus dalam badan kerana kaedah ini menghapuskan kehadiran virus tersebut.

1 comments:

  1. WAH,BETUL KE BRO.. LEPAS NI SIAPA YANG DAH ADA HIV TAK PERLU RISAU LAGI PASAL DAH ADA PENAWARNYA..

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks