Hari Minggu Hari Santai

Hari Minggu Adalah Hari Untuk Bersantai

Hari minggu hari santai

Ramai yang ternanti-nanti menjelangnya hari ahad atau hari minggu. Tak kira yang bujang atau yang sudah berkeluarga. Dah penat bekerja 5 atau 6 hari, hari minggu lah hari yang terbaik untuk bersama keluarga bersantai meluangkan masa bersama. 

Kebiasaannya pada hari ahad atau hari minggu tempat-tempat riadah memang ramai orang. Memang best kalau nak bersiar-siar melihat gelagat orang sambil melepaskan tekanan atau lelah setelah bekerja saban minggu. Tak kurang juga yang nak berdengkur sampai matahari terpacak di tengah kepala pada hari tersebut (bukan aku)

Entry ni bukan untuk aku. Terfikir nak buat entry ni bila rasa malas yang teramat sangat sebab pada hari ahad aku terpaksa bekerja sebab aku kerja shift... Arghhh... Entry ni dibuat pada hari ahad.
Sebenarnya malas tu 30% jer (konon nak bagitahu aku pekerja yang rajin la :P)
Sebenarnya aku baru balik dari kerja malam (kerja 8 jam), selalu yang kerja malam, balik rumah kira nak cari bantal jer la kan. Macam aku lain sikit, aku kalau siang atau hari dah cerah memang susah nak tidur melainkan aku terlalu letih atau ngantuk sesangat. Jadi disebabkan aku tak leh tidur setelah puas pujuk mata ni, aku pun buat entry ni..hua hua hua....

Yang paling best, dah la tak leh tidur balik kerja malam, karang tengah hari kena masuk kerja balik, shift siang pula.... waaa.. Nanti dah nak dekat-dekat nak masuk kerja baru la biji mata ni nak merah sebab peratus malas nak pergi kerja meningkat.. Hadoi laaa...

Ok lah, saja buat entry ni sebab tak leh tidur.. huhu.....

Nikmatnya lahhh kalau hari minggu dapat bersantai release tension sambil riadah bersama keluarga, mendengar kicauan burung, melihat matahari memancarkan surianya..... Nikmat!! 
Kepada yang bercuti pada hari ahad, selamat meluangkan masa korang bersama keluarga, nikmatilah hari-hari minggu korang.. Jangan lupa kat den yang kono bokojo ni yo.

p/s : nak tahu kojo den..? den kojo kira bulu kambing.. wakakaka

1 comments:

  1. BRO.. WALAUPUN AKU KERJA MASA PEJABAT, NAMUN SABTU ATAU AHAD KENA JUGA DATANG BERTUGAS.. KADANG-KADANG ADA PROGRAM, KADANG-KADANG KENA PANTAU KAKITANGAN. IYALAH, KERJA DI MUZIUM DALAM INDUSTRI PELANCONGAN, HARI CUTILAH ORANG DATANG RAMAI KE MUZIUM.. JADI TERPAKSALAH JUGA DATANG KERJA HARI SABTU, AHAD. NASIB BAIK MINGGU NI SABTU, AHAD AKU TAK KENA PERGI KERJA. MINGGU-MINGGU LEPAS, MACAM TAK CUTI SABTU, AHAD..

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks