Destinasi Menarik Penang

Destinasi Menarik Penang | Road Walk

Sesapa sini belum pernah pergi penang, angkat kening.. hahaha... Kepada yang kaki melancong atau kaki berjalan tentu korang dah pernah datang Penang kan. Penang antara salah satu destinasi pelancongan di Malaysia terutama di bahagian Pulau. Banyak tempat tempat menarik yang terdapat di penang ni antaranya

Batu Feringghi
Batu Feringghi
Taman Botanical | Kebun Bunga
Kebun Bunga
Padang Kota Lama | The Esplanade
Padang Kota Lama
Kampung Nelayan Teluk Bahang
Kampung Nelayan
Muzium Perang | War Museum
Muziam Perang
Banyak lagi tempat menarik kat Penang ni... Tapi dalam entry aku ni aku nak story pasal satu tempat ni, tempat dia biasa jer, tapi unik siot.Tempat ni best sabtu dan ahad, nama dia Road Walk. Road Walk ni kalau sabtu ahad memang ramai pengunjung. Bukan ada apa pun, pasar pagi jer, tapi macam-macam barang pelik dan barang antik ada kat sini... huhu...

Tak sempat nak snap keseluruhan view Road Walk hari tu, dah masuk dalam pasar baru teringat nak post pasal Road Walk ni... Rugi den.. Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat aku snap.

Road Walk Penang
Road Walk, Penang
Pemandangan luar Road Walk. Lokasi Road Walk ni bersebelahan dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Jom kita tengok apa yang unik nya pasar Road Walk ni

Jualan barang antik Road Walk Penang

Antik tuuuuu..... Ni barang zaman bila aku tak tahu la... Ni kalau tanya harga ni mau ratus rasanya...

Barang antik Road Walk Penang

Lagi barang antik


Mangkuk antik yang tak berapa nak antik.... :)

Duit lama pun ada dijual di Road Walk, duit syiling, duit note, semua rare rare belaka.. tapi aku tak sempat nak snap.... Jadi aku cilok pic dari blog di bawah yer :). gambar lebih kurang macam ni la...

duit lama

barang antik Road Walk

Barang kat atas ni di jual oleh seorang apek tua.... Dia longgok cam tu jer barang-barang dia.. nak kata antik, tak berapa nak antik... tapi boleh la sesaper yang berminat akan barang-barang yang bakal jadi antik... Kebanyakkan barang yang dijual oleh apek ni dah rosak :P Ramai orang kerumun wooooo.....


Motor kipas siling ni pun apek ni jual...... Huhu..

Dan banyak lagi la barang-barang antik yang dijual di Road Walk ni.... Kepada pengumpul barang-barang antik boleh la try terjah Road Walk ni... Macam-macam adaaaaa..... :)

4 comments:

  1. TU DIA.. ORANG PENANG MAI DAH.. LAMA DUK MENYEPI.. MANA PERGI BRO..?

    ReplyDelete
  2. @fairustak pi mana aih..ada ja..cek bertapa sat kat belakang rumah..huhu

    ReplyDelete
  3. HAHA.. ILMU DAH BANYAK LE NI...

    ReplyDelete
  4. @fairusbanyak apa nyer...makin berkurang jer pun,,,haha

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks