Teknik Buat Duit Dengan Blog
Kalau hari tu aku ada buat entry pasal 'Tips Buat Duit Dengan Blog' yang boleh aku katakan idea datang sewaktu aku menulis, lain yang nak di tulis, lain pula yang keluar. Ini lah tajuk asal yang aku nak tulis hari tu,
'Teknik Buat Duit Dengan Blog'. Lebih kurang jer tajuk pun :P
Lagi sekali aku pinjam kata kata seorang blogger dari luar negara, Bryan Clark dari copyblog.com
"Don't focus on having a great blog. Focus on producing a blog that's great for your reader's"
Idea 2 entry ni datang daripada satu entry blogger yang rasanya ramai kenal kalau korang da agak lama dalam dunia blogging. Blogger yang aku maksudkan adalah blogger Denai Hati yang terkenal dengan tag line nya 'Hidupkan Untuk Memberi'
Sesuai dengan tagline Denai Hati, 'Hidupkan Untuk Memberi'. Selain daripada entry-entry yang sememangnya terbaik yang banyak bagi tips tips dan info-info menarik, banyak juga contest-contest atau program-program yang boleh bagi kita sedikit duit dengan blog Denai Hati ni.
Sebelum ni aku buat entry 'Tips Buat Duit Dari Blog', sekarang 'Teknik Buat Duit Dengan Blog'
2 entry ni idea datang dari blog Denai Hati.
Kalau dalam entry 'Tips Buat Duit Dari Blog', aku ada cakap bukan senang sebenarnya nak buat duit dari blog walaupun hanya duk depan komputer atau laptop sahaja. Kena ada skill-skill dan teknik-teknik tertentu.
Aku kagum dengan blog Denai Hati ni sebab aku rasa la ramai yang nak jadikan blog masing-masing macam blog Denai Hati ni yang mampu menjana ribuan ringgit hanya dari blog termasuk aku.
Nak tahu kenapa aku kagum dengan blog Denai Hati ni??
Hebat bukan, hanya dari blog, Denai Hati mampu buat seminar. Apa yang aku kagum, teknik dia buat duit.
Cuba lihat bagaimana seminar tersebut mampu memberikan Denai Hati Pendapatan.
Pertama satu entry berkenaan 'Seminar Buat Duit Dengan Blog' yang akan diadakan ditulis yang mana dari Seminar tersebut, peserta perlu membayar RM50 yang pada aku cukup murah berbanding ilmu yang akan disampaikan dan insentif-insentif yang diberikan.
Untuk memeriahkan lagi Seminar Buat Duit Dengan Blog tersebut, Denai Hati mencari penaja yang berminat untuk menaja seminar tersebut. Dengan menjadi penaja, nama penaja akan diumumkan didalam seminar dan juga di blog Denai Hati yang mana dapat menaikkan lagi branding si penaja tersebut. Selain daripada itu, penaja yang menyumbang untuk nilai RM1000 ke atas, berpeluang mengiklankan produk atau servis mereka di blog Denai Hati serta membuka gerai jualan di dalam seminar tersebut.
Lihat Bagaimana Denai Hati buat duit dari blog. Duit datang dari Seminar, Duit datang dari penaja. Macam aku ni harap kat iklan-iklan dengan affiliate jer la yang nak dapat duit pun.
Bukan senang nak jadi macam blog Denai Hati tu yang sampai boleh buat event-event macam ni yang sememangnya kena maintain beribu pelawat dan fans.
Cara Denai Hati...
"Don't focus on having a great blog. Focus on producing a blog that's great for your reader's."
(Ketepikan sekejap bab SEO) :D
Korang ada blog? Tak tahu cara nak buat duit dari blog? Nak jadi macam Denai Hati???
P/S : Ok. Teknik aku tak kena... :( (Siapa faham maksud ayat aku ni angkat kening..)
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
TERBAIK BRO.. NI PUN KIRA ENTRI SEO NI.. :)
ReplyDelete