Periksa Status Halal Premis Makanan

Periksa Status Halal Premis Makanan | Halal Inside


Pernah kah anda bersama keluarga atau rakan-rakan anda keluar bersiar-siar atau ke satu destinasi dimana anda sedang mencari restoran-restoran atau hotel-hotel untuk anda menjamu selera tetapi sangsi akan status Halal premis makanan tersebut?

Kini anda tidak perlu lagi risau kerana JAKIM telah membangunkan satu applikasi pintar 'Halal Square' dan 'Halal Inside' di telefon pintar yang mana anda boleh mengetahui status Halal satu-satu premis yang ingin anda kunjungi.

Applikasi 'Halal Square' dan 'Halal Inside' yang baru sahaja dibangunkan ini boleh dimuat turun menerusi telefon pintar yang berasaskan Android, ios dan Window Phone 8.

--------------------------------------------------------------------

Dah download applikasi 'Halal Square' / 'Halal Inside' ni. Macam kurang sikit sebab tak dinyatakan tarikh luput Sijil Halal satu-satu premis. Kurang mesra pengguna juga sebab tak tak ada cara nak contact pemilik premis seperti alamat web, email, phone no, JAKIM Reference No dan Person In Charge yang bertanggungjawab didalam status halal premis makanan tersebut. Senang cerita 'Halal Square' ni cuma ada alamat premis juga applikasi map untuk membawa anda ke premis tersebut.

Berbanding dengan satu lagi applikasi yang baru juga aku download iaitu 'Direktori Halal' yang dibangunkan oleh Dzul Nizam. Lebih mesra pengguna di mana selain dinyatakan bila tarikh luput sijil Halal premis tersebut, juga ada dinyatakan alamat premis makanan, web premis, email, phone no, JAKIM Reference No juga PIC yang bertanggungjawab didalam soal Halal makanan di premis tersebut. 

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. @GombugSPAM ADALAH PERBUATAN TIDAK SOPAN.SILA HORMATI PEMILIK BLOG

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks