Home » , , , » Orang Berjaya vs Orang Gagal

Orang Berjaya vs Orang Gagal

Orang Berjaya vs Orang Gagal

Perbezaan Di Antara Orang Yang Berjaya Orang Yang Gagal

Entry ni adalah sambungan daripada entry "Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan" sebelum ini.
 Dalam entry lepas aku ada tulis bagaimana seorang lelaki cina yang boleh menjadi jutawan walau hanya lepasan SRP.

Sememangnya tidak dinafikan pelajaran yang tinggi mampu menjamin pekerjaan yang baik seterusnya meletakkan kehidupan seseorang itu di dalam paras 'Selesa'. Tetapi itu bukan janji.

Tidak mengambil kira statistik pengangguran, setiap tahun pengangguran itu tetap ada, bezanya meningkat atau menurun sahaja.

Kita ambil 2 model yang sama-sama bergelar penganggur. Beranggapan seorang penganggur berjaya meletakkan dirinya diparas selesa sedangkan seorang lagi masih buntu bagaimana meneruskan kehidupan sebagai seorang penganggur yang 'bertauliah' :p

Apa beza kedua-dua model penganggur diatas.
Aku rujuk balik kata-kata Dr Azizan Osman didalam seminar Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan beliau. 4 faktor utama yang mempengaruhi kejayaan seseorang
1. Thinking
2. Feeling
3. Communication
4. Action

Thinking
Cara berfikir adalah salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang. Setiap orang mempunyai minda tetapi cara minda itu diapplikasikan mungkin berbeza mengikut individu itu sendiri.
Orang yang berjaya memikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi agar dia tetap mampu mencapai apa yang diimpikan sedangkan orang yang gagal menjadikan masalah itu sebagai tembok penamat didalam dia mencapai kejayaan.

Feeling
Apa yang dimaksudkan dengan 'Feeling' atau perasaan didalam menentukan kejayaan?
Cuba kita lakukan aktiviti dibawah
Bayangkan kita ingin mewujudkan sebuah syarikat perniagaan kita sendiri.
Dalam diri katakan "AKU MESTI DAPAT MEMBUKA PERNIAGAAN AKU SENDIRI!!!" Di sekolah dulu cikgu ada ajarkan apa maksud tanda '!' :)
Sekarang katakan pula "Tengoklah.. kalau aku rasa aku boleh, boleh la kot, tak boleh nak kata apa kan"
Dapat apa yang aku sampaikan?
Jadi feeling atau perasaan itu penting untuk melonjakkan diri kita di dalam mencapai apa yang diinginkan.
Perasaan takut ketika dikejar anjing mampu membuatkan seseorang itu melintasi sungai yang sebelum ini tidak dapat dilakukan. See?

Communication
Aku sendiri tak berapa faham point Dr Azizan Osman berkenaan communication ni. Cam ner erk? hehe..
Aku buat point aku sendiri la erk. Communication atau komunikasi ni rasanya bukan bermaksud cara kita berkomunikasi dengan orang lain, tetapi cara kita berkomunikasi dengan diri kita sendiri. Pernah dengar 'pujuk hati'?
Maksud dia lebih kurang macam ni kot... Bila mana kita gagal mencapai apa yang kita inginkan, kita akan putus asa. Betul? Jadi dalam point Communication ni cuba kita berinteraksi dengan perasaan kita sendiri dengan mengatakan bahawa kita masih mampu mencapai apa yang kita inginkan. Kegagalan adalah proses didalam mencapai kejayaan.

Action
Perbuatan. Senang jer kan.. Buat jer lah. Tapi kat sini la ramai yang fail. Kata Dr Azizan Osman la.
Kita dah planning ni, buat itu buat ini, perasaan teruja timbul, keyakinan diri mula terbit tetapi tidak menzahirkan ketiga-tiga faktor di atas langsung FAIL.
Kalau nak ikut kata Dr Azizan Osman, dia suruh senaraikan impian kita 10 tahun dari sekarang. Tak kira lah nak kereta besar ker, rumah besar ker, isteri besar ker, eh!! :p duit banyak dah tentu kot.
Lepas tu dia suruh post kat wall FB! Pergh!! Ada berani?? Aku tak berani lagi..
Kat situ Dr Azizan nak bagitahu perbuatan kita untuk berjaya sering terhalang sebab takut mendapat negatif response daripada orang sekeliling. "Eleh.. Ye ye jer la ko ni.... berangan jer lebih" Ada kawan cakap macam tu amacam??? Woooo.... Syahdu jer dengar kan :p
Orang yang berjaya dia tak peduli semua tu. Yang dia tahu kalau dia tak buat hancus punah semua harapan untuk dia berjaya. Aku tak sampai tahap tu lagi kot :P hehe.... Nak post kat FB jer pun dah terketar, cam ner dalam kehidupan sebenar?? :D


Bersambung............................... Kalau ada... hehe

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. SEORANG SEPUPU AKU MEMANG JOIN DR NI.. DIA PUN DAH AGAK BERJAYA..

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment