Home » , , , » Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan

Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan

Dr Azizan Osman | Mentor Kejayaan No 1 Asia

Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan Dr Azizan Osman

Siapa tak kenal Dr Azizan Osman, Jurulatih Kejayaan No.1 Asia yang telah memotivasikan lebih daripada 260,000 peserta program Intensif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan anjuran beliau sejak tahun 2008.

Kalau sebelum ni aku hanya melihat iklan-iklan berkenaan program-program Dr. Azizan didalam surat khabar. Kali ni aku telah pun menyertai sendiri program Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan Dr Azizan Osman yang diadakan di Bandar Sunway, Penang pada 15 Januari 2013 baru-baru ini untuk yang pertama kalinya.

Seperti sedia maklum, program Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan Dr Azizan Osman ini semestinya sesak dengan ribuan orang yang ingin melihat sendiri bagaimana beliau mengubah minda orang ramai tentang bagaimana untuk mencapai kejayan. Seminar kali ini yang diberi nama 'BERANI 2013' tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada peserta. Ternyata sangkaan aku meleset. Aku macam tak percaya Mentor Kejayaan No. 1 Asia yang terkenal ini memberikan motivasi secara percuma kepada peserta :)

Sesuai dengan gelaran Mentor Kejayaan No 1 Asia, Dr Azizan Osman menekankan point-point bagaimana untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Didalam seminar tersebut, Dr Azizan Osman ada menceritakan bagaimana kejayaannya bermula dari bawah sama seperti orang lain. Kalau dahulu, Mentor Kejayaan No 1 Asia ini pernah terlibat dengan aktiviti jualan langsung, pernah mengalami kerugian sebanyak RM100K akibat aktiviti pelaburan haram dan hampir-hampir rumah ibu bapanya tergadai waktu itu.

Bermula dari bawah, Dr Azizan Osman menggorak langkah. Apa yang paling aku ingat kata-kata beliau didalam Seminar 'BERANI 2013' (lebih kurang la ayat dia yer)
"Dunia hari ni tak tengok korang belajar sampai mana. Tapi sebanyak mana kekayaan korang. Kalau korang nak buat pinjaman bank, kakitangan bank tak minta sijil-sijil, diploma-diploma apa segala. Tetapi diorang akan minta slip gaji. Kalau korang belajar setinggi gunung Everest sekalipun, gaji korang RM2000 sebulan tolak hutang sana tolak hutang sini, tinggal RM20..then....." :)

Betul. Pelajaran yang bagus akan memberikan pekerjaan yang bagus dan semestinya wang yang banyak. Tetapi adakah itu sebuah JANJI? :)

Didalam mencari kunci kejayaan, Dr Azizan Osman pernah bertanya kepada seorang jutawan cina (tak ingat nama cina tu) bagaimana dia berjaya sedangkan Dr Azizan Osman sering gagal didalam perniagaan pada waktu itu, Jutawan Cina itu bertanya kepada Dr Azizan dalam bahasa cina (Dr Azizan tahu bahasa cina)
"You ada guru"
Dr Azizan jawab tak ada.
"Itu masalah you"
Siapa jutawan cina tu? Jutawan cina tu belajar hanya sampai SRP :)

Bersambung........... :)

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. BRO.. KAU IKUT SEMINAR DIA KE? TERBAIKLAH... TAK LAMA LAGI KAYALAH KAU.. JANGAN LUPA MEMBER PULAK..

    ReplyDelete
  2. @fairusKalau nak kaya tu bro...tak perlu tunggu sampai pergi seminar tu..sebab kejayaan seseorang tu akan lahir dari dalam diri seseorang tu.. seminar tu pun lebih kepada basic jer sebenarnya...nak lagi power kena follow seminar dia yang lain la..yang tu ada la plak pengorbanan dia..hehe

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment