Membeli Barang Keperluan Secara Online

Membeli Barang Keperluan Harian Secara Online

membeli barang keperluan harian secara online

Jika diperhatikan, pasangan suami isteri yang tinggal di kawasan pekan atau bandar seperti Kuala Lumpur, kedua-duanya perlu bekerja untuk menampung kos sara hidup. Disebabkan kedua-duanya bekerja, pergi kerja pagi pulang kerja mungkin agak malam ditambah kepenatan seharian bekerja, ramai diantara mereka yang membeli barangan keperluan harian seperti barangan dapur seminggu sekali iaitu pada hari cuti disebabkan kekangan masa.

Melihat kepada permasalahan ini, Tesco Store (Malaysia) sdn bhd memperkenalkan perkhidmatan membeli belah secara online atau dalam talian Grocery Home Shopping (GSH) yang membolehkan barang keperluan dibeli secara online.

Perkhidmatan tersebut membolehkan pelanggan memilih barang keperluan yang ingin dibeli menerusi laman web Tesco sebelum dihantar ke rumah pelanggan dan bayaran dibuat selepas barangan diterima.

Sebagai permulaan, perkhidmatan berbelanja secara online ini ditawarkan kepada pelanggan yang berada dalam lingkungan 20km dari Tesco Mutiara Damansara.

Menurut pengarah GHS, John Lee, GHS bukan sahaja mempelbagaikan saluran peruncitan Tesco, malah memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak mempunyai masa untuk membeli belah di premis mereka.

Sumber : Sinar Harian

-----------------------------------------------------------

p/s : Tesco, antara pasaraya yang menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan-pelanggan, bagi aku la.. :)

1 comments:

  1. BEBETUL PUNYA PROMOSI.. BAGUS JUGAK, MEMUDAHKAN ORANG RAMAI..

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks