Anggota Tentera Maut Terbelit Payung Terjun Di Selama

Masuk paper rupanya kes anggota tentera maut terbelit payung terjun ni.
Aku ada kisah disebalik kisah anggota tentera ni.. Sebab 7 November tu aku ada lalu kawasan Selama. Terserempak juga beberapa orang tentera sewaktu lalu kawasan Selama tu, ingatkan tak ada apa la sampai la aku jumpa Tok Long aku.
Puas rakan-rakan arwah cari arwah, tak jumpa........ Sehingga lah.... (Ok, aku saja nak kasi gantung ayat)
Takziah kepada keluarga arwah.
Penipuan Di Internet Mudah.my

Pengalaman kena tipu di Mudah.my
Sebenarnya tak kena tipu lagi lah. Nyaris-nyaris kot. Aku baru-baru ni ada la letak Edifier Multimedia Speaker kat Mudah.my. Aku jua sebab tak guna lagi dah. Berminat? Klik sini (Sempat plak promote...hehehe). Pagi tadi aku dapat satu sms daripada Yahoo Mesengger. Bukan sms biasa.
No dia pun pelik. Usha gambar..

Aku tak pelik lagi la. Aku pun email dia bagitahu Speaker tu ada lagi dan aku tanya dia ada kat mana? Aku balas bahasa melayu jer sebab aku fikir dia mungkin orang cina atau india. Tapi........ amat mengejutkan aku.... Usha gambar bawah... :)

Dia dari UK, bukan orang Malaysia. Tapi paham pula dia aku cakap bahasa melayu. Hahaha... Google translate ada ma.....
Aku rasa lain macam sangat dia ni. Beria nak speaker aku. Kat UK macam tak ada jer. Kalau aku post kat E-Bay tak hairan la.
Usha email tu. 2 kali email yang sama dia balas padahal aku balas aku cakap aku tak berurusan dengan orang luar Malaysia. ;) Sah nak kenakan aku sebab minta butiran Bank aku...whoaaaaa.... Jangan cari pasal woooo...
Jadi kepada nak menjual atau membeli di internet, sila berhati-hati yer. Terutama yang tak ada pengalaman macam aku. Heee
p/s : Ada sesaper berminat dengan Speaker Edifier aku?? Harga boleh runding lagi tu. hehehe...
Tubuh Melekat Sehingga Mati Kerana Zina

Dulu kecoh kisah badan 2 orang lelaki dan perempuan melekat selepas berzina di Kenya akibat dijampi. Kali ni kejadian yang sama berlaku di Karawang Raka, Indonesia. Kejadian berlaku pada awal bulan Oktober yang lalu.
Menurut penduduk tempatan, pasangan yang melekat itu bukan lah pasangan suami isteri tetapi kedua-dua mereka teah pun berumah tangga.
Menurut salah seorang warga Karawang, Wahyudi, berdasarkan maklumat yang diterima, badan dua orang penzina ini melekat kerana mereka melakukan zina di sebuah kawasan makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari, Indonesia. Selesai melakukan hubungan zina, badan mereka seolah-olah melekat. Penzina lelaki dikatakan sempat menghubungi rakannya seorang pegawai keselamatan. Walau telah dibawa ke 3 buah hospital, badan mereka tetap melekat sehingga meninggal.
Admin
1:09 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaMilea Karipap Karipap Cinta Suka Lelaki Berusia Dan Tidak Kisah Berpoligami

Siapa Milea ni? Korang kenal? Aku tak kenal. Hehe.. Milea atau nama sebenar dia Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19 tahun, seorang pelakon muda yang pernah berlakon dalam 'Karipap-Karipap Cinta' dan pernah juga mencetuskan kontroversi tentang video bogel. Akibat daripada kontroversi tersebut, Milea menyepikan diri untuk seketika.
Kali ini Milea muncul kembali dan membuat pengakuan yang dia cukup tertarik dengan lelaki yang berusia dan telah berumah tangga. Bukan itu sahaja, Milea juga mengaku bahawa dia sanggup berpoligami dan menyatakan tokoh politik, Khairy Jamaludin sebagai lelaki idamannya.
Milea berkata dia sanggup bermadu jika takdirnya telah tertulis sebegitu.
"Lagipun seronok hidup bermadu dan tinggal sebumbung. Saya percaya bahawa lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap lebih daripada seorang wanita dan asalkan mereka adil dan masing-masing mempunyai persefahaman, tidak ada masalah"
Bagaimanapun ibu Milea sering menasihatinya supaya tidak mengganggu lelaki yang sudah berumah tangga.
"Ibu saya sering berpesan dan memberi amaran supaya saya tidak menggatal dengan orang, tidak kira duda, suami orang mahupun bujang. Malah saya sendiri cuba mengelak daripada menggoda lelaki yang dah berkahwin walaupun terdapat empat ke lima lelaki yang berstatus datuk cuba memikat saya" Tambah Milea.
---------------------------------------------------
p/s - Kalau dah namanya artis. Macam-macam ragam. Ko memang boleh terima, si isteri tua tu macam mana? huhuhu
Admin
1:56 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia---------------------------------------------------
p/s - Kalau dah namanya artis. Macam-macam ragam. Ko memang boleh terima, si isteri tua tu macam mana? huhuhu
Kerajaan Kaji Semula Skim Gaji Penjawat Awam Mulai 2013

Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus (5%) bermula 2013.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Melaka, Rabu.
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan NegeriMelaka, Datuk Wira Omar Kaseh.
Beliau berkata, kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata, pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajahmenerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000.
- BERNAMA





