Proton Preve Pertama Terbabit Kemalangan Di Lebuhraya DUKE | Proton Preve Tidak Berkualiti
Dalam kehangatan pihak pengeluar kereta nasional terkenal negara, Proton mempromosikan pengeluaran mereka yang terbaru, Proton Preve, insiden Proton Preve yang dijadikan sebagai 'test drive' terbabit dalam kemalangan di lebuhraya DUKE pastinya akan memberikan pelbagai andaian terhadap kualiti penghasilan Proton Preve ini.
Merujuk daripada beberapa blog yang turut menulis tentang insiden Proton Preve pertama yang terbabit kemalangan di Lebuhraya DUKE ini. Proton Preve tersebut yang dijadikan sebagai kenderaan 'test drive' dipandu oleh seorang salesman dengan kelajuan 120KM/J. Ketika cuba untuk mengelak daripada kenderaan lain, Proton Preve tersebut telah terlanggar pembahagi jalan sehingga menyebabkan Proton Preve tersebut melambung dan mengakibatkan gandarnya patah.
"Belum apa-apa lagi dah kemalangan???" Itu mungkin antara kata-kata yang dapat didengar daripada mereka-mereka yang mengikuti insiden ini. Ini kerana Proton tersebut keluaran terbaru Proton dan masih didalam proses promosi.
Daripada kes Proton Preve pertama yang terbabit kemalangan ini, rasanya kualiti bukan punca terjadinya kemalangan, tetapi kecuaian si pemandu. Kereta imported terkenal sekalipun, jika dipandu dengan cuai, ianya pasti memberikan risiko yang tinggi untuk terbabit dalam kemalangan.
Apa-apa pun ini hanyalah pandangan daripada pihak penulis. Kerana dirasakan pasti banyak andaian-andaian yang timbul daripada insiden Proton Preve pertama terbabit kemalangan susulan Proton tersebut terlalu baru didalam pasaran.
p/s : Kunci kepada pemanduan selamat adalah memandu dengan berhati-hati dan mengikut peraturan.
Admin
12:46 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaSendayu Tinggi Mohon Maaf
Berikutan penemuan bahan racun berbahaya, Sibutramine didalam sejenis produk minuman pelangsing badan terkenal. Pihak Sendayu Tinggi telah tampil memohon maaf terhadap pengguna minuman pelangsing badan keluaran mereka.
Pengarah Urusan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim menyatakan syarikat mereka tidak terlibat didalam pembuatan produk minuman plangsing badan tersebut. Ia adalah kesilapan pembekal yang merupakan pakar pemakanan yang dilantik pihak Sendayu Tinggi.
Berikutan insiden penemuan bahan racun berbahaya didalam minuman pelangsing badan keluaran syarikat Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim menyatakan bahawa penjualan produk minuman pelangsing badan tersebut akan dibekukan sehingga siasatan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi selesai dijalankan.
Disamping itu, Rozita Ibrahim memberi jaminan bahawa produk Sendayu Tinggi yang lainnya yang berada dipasaran selamat digunakan
Sumber : Utusan Online 17 Apr 2012
170,000 Paket Minuman Pelangsing Badan Terkenal Dirampas | Mengandungi Bahan Racun Berbahaya
16 April 2012, Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementrian Kesihatan telah merampas 170,000 paket minuman pelangsing badan keluaran syarikat kosmetik terkenal tempatan bernilai RM500,000 susulan aduan orang ramai yang mengatakan minuman pelangsing badan tersebut mengandungi bahan racun berbahaya yang diharamkan.
Hasil aduan orang ramai, Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementrian Kesihatan telah menjalankan siasatan dan kajian terhadap produk minuman pelangsing badan tersebut dan mereka telah mengesahkan produk minuman pelangsing badan tersebut mengandungi sejenis racun berbahaya iaitu Sibutramine yang boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi gila dan maut. Penggunaan bahan Sibutmarine telah diharamkan di seluruh dunia.
Hasil penyelidikan, Bahagian Penguatkuasa Farmasi telah membuat serbuan keatas 27 premis dan stokis minuman pelangsing badan tersebut di seluruh negara termasuk kilang serta ibu pejabat syarikat produk tersebut di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan merampas 170,000 paket minuman pelangsing badan tersebut yang terdapat didalam 2 perisa.
Sumber : Utusan Online, Harian Metro 17 Apr 2012
Admin
3:26 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaBob Kuman Terlantar Sakit, Perlukan Bantuan Kewangan
| Keadan terkini Bob Kuman pada 15 April 2012 |
"Saya cuma ada RM36 dalam akaun simpanan" - Bob Kuman (Ekslusif)
Mungkin ada yang mengenali gambar diatas dan mungkin juga tidak. Tetapi bila disebut Bob Kuman pasti ramai yang pernah mendengarnya terutama mereka yang meminati dan sering menonton karya seni tempatan. Mungkin ramai yang mengenalinya kerana bentuk badannya yang gempal dan lakonannya yang mencuit hati. Kini Bob Kuman terlantar sakit, lemah serta tidak dapat bergerak dikediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Pada malam tahun 2011, semasa sesi pengambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak' siri televisyen, Bob terjatuh di Hulu Langat Selagor. Lan Pet Pet dan Wahid Senario antara saksi kejadian. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, Bob terpaksa memandu sendirian ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja.
| Keadaan Bob Kuman sewaktu terjatuh di Hulu Langat |
Bob dimaklumkan bahawa dia telah berhutang sebanyak RM7000 dengan pihak hospital akibat insiden tersebut yang mana Bob telah dirawat selama 2 minggu dan jumlah tersebut perlu dijelaskan sendiri oleh Bob dan agak terkilan kerana penerbit rancangan 'Jangan Pandang Belakang Congkak' langsung tidak membantu untuk menjelaskan bil hospita tersebut.
Sejak 8 April yang lalu, Bob tidak dapat bergerak aktif dan terpaksa bergantung kepada mesin oksigen untuk membantu pernafasan. Masalah kewangan membantutkan hasrat Bob untuk menyewa tangki oksigen yang memakan belanja yang tinggi.
Dalam keadaan Bob yang sebegitu yang pastinya kehilangan sumber pendapatan didalam dunia lakonan, Bob masih bersyukur kerana perniagaan gerai Bawal Power yang diusahakan bersama rakannya mendapat sambutan. Dari perniagaan itu, ujar Bob sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi.
| Perniagaan Gerai Bawal Power Bob Kuman dan rakan |
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementrian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dibawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni dan sedang menunggu keputusan daripada Kementrian terbabit.
Untuk mengetahui perkembangan Bob Kuman, untuk mengetahui perbualan Bob bersama Mazidul Akmal Sidik, untuk menghulurkan bantuan, sila ke blog Saudara Mazidul Akmal Sidik, sumber asal entry ini. Terima kasih.
------------
Update : Bob Kuman Meninggal Dunia
------------
Update : Bob Kuman Meninggal Dunia
Assalamualaikum pengunjung-pengunjung dan pembaca Amry's Blog. Moga semua sihat dan dalam keadaan baik bersama keluarga serta orang tersayang.
Rasanya dah tak ada lagi pengunjung setia Amry's Blog ni. Maklumlah, dah lama sangat tak terupdate. Hehe.....
Rindu betul kat blog ni. Jari jemari ni pun dah rindu sangat nak menaip. Otak ni pulak dah naik lemau sebab dah lama tak bergerak cari idea tuk tulis artikel... Hoho
Kalau dulu asyik ngadap online new paper jer cari apa-apa yang menarik tuk dijadikan artikel, sekarang ni asyik buka facebook dan youtube jer, bosan sebosan bosannya....
Malas nak tulis panjang-panjang tuk entry ni.... Next time la kot. Nama pun Entry Melepas Rindu..... Hm...
Wokeh. Bye :)
Admin
10:27 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia





