Jika anda tanyakan kepada saya kepada soalan diatas, rasanya saya tidak dapat menjawabnya dengan tepat. Bukan kerana saya tidak yakin dengan perniagaan HyprobulkSMS ini, tetapi ianya bergantung kepada diri anda sendiri. Apa sahaja yang anda lakukan adalah atas diri masing-masing. Semudah mana pon satu-satu perniagaan tu, tetap akan gagal sekiranya tidak disertakan dangan usaha dan sebaliknya. Itu jawapan saya dari segi kemampuan.
Tetapi jika anda bertanya kepada saya "Boleh berjaya ke kalau saya buat HyprobulkSMS ini?". Jawapan saya..... BOLEH. Untuk melakukan biz ini, anda tidak memerlukan banyak pengetahuan atau skill didalam IT. Buktinya....Makcik-makcik pon boleh berjaya dalam biz ni, apalagi kita yang muda ni yang telah lama diperkenalkan dengan teknologi ini.

Pada saya HyprobulkSMS ini adalah perniagaan yang paling mudah untuk diceburi, tiada tekanan. Tidak seperti perniagaan yang lain yang memerlukan anda membentuk rangkaian anda terlebih dahulu dan perlu maintain dengan jumlah yang besar baru dapat komisyen. Apatah lagi HyprobulkSMS ni hanya memerlukan anda mengeluarkan modal yang rendah dengan HANYA SEKALI SEUMUR HIDUP. Komisyennya pula sangat-sangatlah berbaloi. 100% KOMISYEN. Apa yang perlu dilakukan hanyalah promosi atau memperkenalkan perniagaan ini.
Tugas anda akan menjadi lebih mudah apabila menyertai saya kerana anda akan dibantu secara terus dari saya dimana anda akan diberikan sebuah Landing Page dan Sistem Autoresponder percuma selain web replika dari Team saya. Dengan kedua-dua tool ini prospek anda akan di follow-up secara terus dari Sistem Autoresponder saya dan ini amat memudahkan kerja anda.
Bagaimana 2 tool ini membantu anda? Apabila seseorang itu mencari peluang menambah pendapatan di internet, hanya 30% sahaja akan terus mendaftar, itu pon jika seseorang itu telah membuat kajian berkenaan sesuatu perniagan itu atau telah berfikir panjang. Disinilah gunanya Landing Page dan Sistem Autoresponder ini. Walaupon mereka tidak mendaftar, tetapi anda masih mampu mengikuti perkembangan prospek itu apabila mereka memberikan maklumat diri mereka pada Sistem Autoresponder anda. Sistem Autoresponder ini akan menghantar email secara berterusan kepada mereka dengan menceritakan berkenaan perniagaan ini dan ianya hanyalah percuma (Ramai diantara kita sukakan sesuatu yang percuma bukan. Percuma dan mudah)
Tahukah anda bahawa 2 tool ini merupakan salah satu kemestian untuk berjaya didalam perniagaan internet ini dan ianya merupakan kunci kejayaan kepada IM IM yang telah berjaya diluar sana....Dan 2 tool ini akan saya berikan percuma kepada anda. Tetapi hanyalah selepas anda menjadi ahli saya.
Namun begitu, saya tidak akan menjanjikan kejayan akan menjadi milik anda dan jangan salahkan saya sekiranya anda tidak berjaya. Ini kerana, walaupon tugas anda telah dipermudah, saya tetap memerlukan usaha anda. Ingat ye. HyprobulksSMS ni bukan skim 4D :)
Apa yang boleh saya lakukan adalah memudahkan kerja anda, tetapi tidak menjanjikan kejayaan anda. Kerana kunci kejayaan tidak ada pada saya tetapi pada anda.
Inilah apa yang akan anda terima apabila mendaftar dibawah saya. Klik sini
Admin
4:56 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Baru-baru ni saya ada baca satu artikel tentang 10 Kesilapan Dalam Perniagaan Ebiz Dari Saudara Radzuan... Bagus untuk Newbie-newbie diluar sana macam saya ni untuk merenung diri. Berinformasi artikelnya. Selepas saya baca artikel saudara Radzuan, terus memberi idea kepada saya untuk menulis post kali ni... MIND SET.
Admin 2:54 AM New Google SEO Bandung, Indonesia

Sebelum kita memulakan sesuatu biz atau melakukan sesuatu perkara, amatlah perlu untuk kita setkan dahulu minda kita. Set bagaimana? Contoh dalam perniagaan internet ni, perlulah kita setkan dahulu minda kita tujuan apa kita buat sesuatu tu, macam saya, saya buat blog untuk mendapatkan income sampingan disamping berblog. Apa yang saya setkan adalah blog saya mampu untuk memberi sedikit pendapatan kepada saya walau sedikit disamping berkongsi dan belajar sesuatu yang baru. Tetapi jangan lah salah paham disini, bukannya kita buat sesuatu hari ni akan terus menampakkan hasilnya, Set hari ni, terus tercapai esoknya. Buat blog hari ni terus dapat duit esok. Tidak. Sebelum kita mencapai apa yang telah disetkan di minda, kita perlulah melakukan sesuatu untuk mencapainya. Memang betul saya setkan minda saya untuk mendapatkan pendapatan dari blog ni, tapi jika saya tidak update blog saya, tidak membuat artikel-artikel baru, tidak berusaha uhntuk mendapatkan pelawat, sampai bila-bila pon blog saya tak kan menyumbangkan pendapatan kepada saya, walaupon siang malam saya setkan minda saya tu. Macam ladang lah, kalau kita tak berkebun, tak menjaganya, bagaimana kita nak mendapatkan hasil.
Maksud saya disini Mind Set ini adalah perlu untuk guard kita supaya apa yang kita buat itu tidak lari dari matlamat sebenar. Jika kita tidak setkan minda kita, maka huru hara lah jadinya, sehinggakan kita sendiri tidak tahu apa yang kita buat. Selepasa kita setkan minda, fikirlah pula bagaimana untuk mencapai apa yang telah disetkan, apa yang perlu dilakukan. Jangan lari dari apa yang telah disetkan.
Perjalanan saya masih jauh untuk mencapai apa yang saya setkan, maklumlah newbie, banyak yang perlu belajar. Buat masa ni saya sedang berusaha untuk menghampiri apa yang telah saya setkan.
Mudah untuk kita setkan minda, tapi mudah atau sukar untuk mencapainya bergantung padadiri masing-masing.
Admin 2:54 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
Sebagai seorang yang masih baru dalam dunia online ni masih banyak yang perlu saya belajar. Hampir keseluruhan waktu yang saya ada saya peruntukan untuk belajar selok belok dunia online ni, khususnya perniagaan online, bukan mudah sebenarnya untuk berjaya didalam perniagaan online ni, memerlukan kesungguhan yang jitu untuk berjaya.
Admin
1:15 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Amat bertuahlah kepada mereka yang sememangnya mempunyai banyak pengetahuan didalam dunia online ini kerana sudah pastinya ianya amat membantu mereka untuk terus berjaya. Tetapi walaupon mereka banyak pengetahuan didalam dunia online ini dan ada yang telah menjana wang darinya, mereka tidak akan lari dari merasai kesusahan. Tidak ada satu perkara pon didunia ini yang mudah.
Jika dilihat hari ini, terlalu banyak peluang-peluang perniagaan yang tumbuh bagaikan cendawan, dan banyak juga yang menggunakan ungkapan "Hanya bekerja 3-4 jam sehari, mampu jana ribuan ringgit" (Kata-kata saya mungkin lebih menjurus kepada MLM atau Affiliate). Setujukah anda jika saya katakan ungkapan sebegitu hanyalah gimik. Ungkapan itu hanya layak digunakan oleh mereka yang telah lama berkecimpung didalam dunia online marketing ini dan telah melalui banyak kesukaran sehingga mendapat gelaran "otai". Tetapi bagi mereka yang baru berkecimpung didalam dunia ini seperti saya, memerlukan satu usaha yang berterusan sebelum layak menggunakan gelaran tersebut.
Ramai diantara kita yang terkeliru dan terlalu taksub dengan ungkapan tersebut yang terlalu inginkan income yang pantas sebegitu terutama sekali pada mereka yang baru mengenal dunia online atau perniagaan sebegini. Tetapi harus diingat, sekali anda melibatkan diri didalam dunia ini, ianya menuntut kesabaran dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya. Bukan sekadar berangan-angan. Saya berani memberi pendapat sebegini kerana saya sendiri pernah melaluinya dimana saya sendiri telah tersungkur. Impian hanya tinggal impian. Tetapi itu semua saya anggap sebagai pengalaman dan kegagalan itu mendekatkan kita kepada kejayaan... Belajarlah dari kegagalan itu kerana kegagalan itu adalah guru terbaik.
Tidak kiralah apa jua perniagaan online yang anda jalankan, samaada menjual produk sendiri atau produk orang lain, kesabaran dan kesungguhan ini perlu menjadi bekalan diri. 2 perkara ini amat-amat diperlukan untuk menuntut ilmu didalam dunia ini. Terlalu banyak rintangan yang perlu ditempuh sebelum anda berjaya. Tanpa 2 perkara ini dalam diri, pasti akan tewas.
Saya pasti ramai diantara kita yang menginginkan perdapatan cara mudah ini yang pastinya dapat memberi kebebasan wang dan waktu, yang dapat memenuhi impian, tetapi perlu diingat, ukur baju biarlah pada badan sendiri. Sebelum menceburkan diri didalam dunia ini, ukur dahulu kemampuan diri, ilmu perlu disertakan, Jika tidak, anda tidak akan kemana-mana. Namun ilmu tanpa amal, tidak akan berjaya juga.
Mudah bukanlah beerti senang... Saya sendiri terpaksa mengorbankan banyak waktu dan wang ringgit untuk mencapai apa yang saya inginkan dan masih banyak yang perlu dipelajari.
Berbalik kepada tajuk artikel saya kali ini iaitu Active Income VS Pasif Income. Rasanya pembaca-pembaca blog pandai-pandai BI belaka. Tentu tau maksud Active Income dan Pasif Income tu kan... :) Tapi takper lah saya terangkan sedikit. Active Income ni adalah pendapatan dimana untuk mendapatkan sesuatu pendapatan itu, kita perlu bekerja terlebih dahulu dan pendapatannya adalah tidak berterusan. Maksudnya, ada kerja, adalah income, tiada kerja, tiada lah income.
Pasif Income pula adalah sesuatu pendapatan yang mana dengan melakukan sekali pekerjaan itu, kita akan mampu merasai pendapatannya secara terus. Maksudnya, usaha kita hanya perlu dilakukan pada awalnya sahaja, tetapi pendapatannya akan terus dirasai walau kita sudah tidak melakukan kerja itu lagi.
Jika diberi pilihan, yang mana satukah pilihan anda? Jika saya sudah pasti saya akan memilih Pasif Income.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan Pasif Income itu? Banyak cara sebenarnya untuk mendapatkan Pasif Income ini. Sebagai contoh, perniagaan HyprobulkSMS ini sendiri. Dengan perniagaan ini atau apa-apa perniagaan sahaja (I more to online marketing), kita hanya perlu berusaha sedikit sahaja pada permulaannya, ini kerana apabila sesuatu perniagaan itu telah berkembang, kita akan berterusan merasai hasilnya walaupun kita sudah tidak melakukannya lagi dikemudian hari. Namun begitu, saya tidak lah berpendapat yang active income itu tidak penting. Ini kerana saya sendiri masih seorang makan gaji dan memperoleh pendapatan dari active income ini. Ini kerana sebelum kita merasai Pasif Income ini, active income inilah yang menjadi batu loncatan kepada kita dan secara jujur saya katakan active income ini adalah lebih terjamin sebenarnya. Setujukah anda? Namun begitu, tidak salah rasanya jika kita berusaha untuk mencari Pasif Income ini. Jangan tidak tahu ada segelintir dari kita diluar sana yang hidup dengan pendapatan ini. Contoh terdekat....Irfan Khairi....
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ini..
Sedar tak sedar rasanya dah lama juga saya berkecimpung didalam dunia internet ni. Dari 0 knowledge hingga ada sedikit pengetahuan dalam dunia internet ni (Masih newbie lagi ni...dan dalam dunia internet ni kita sentiasa newbie kerana tak kan pernah habis ilmu internet ni kalau nak dituntut. Setuju?)
Ada apa dengan blog? Dulu waktu mula-mula kenal dunia internet ni, terbit juga soalan tu dari minda saya yang cetek ni. Kenapa ramai sangat yang tergila-gilakan blog? Namun hari ni, tanpa ada sesiapa yang memberikan jawapan kepada soalan saya itu, saya sendiri telah mengetahui jawapannya...Kalau setakat nak bercerita dalam blog, kan lebih selesa ajak rakan-rakan sebelah rumah duduk bercerita.. Kalau setakat nak menulis, dapat apa kalau setakat menulis....dapat duit ker?
Sungguh tak disangka, blog ini mempunyai satu kuasa, aura yang boleh membuatkan seseorang itu ketagih. Dulu saya fikir blog ini sekadar bercerita benda-benda mengarut, merepek. Tapi kini barulah saya sedar akan kepentingan blog. Bukan sekadar bercerita, menulis atau merepek melalut didalamnya tetapi ianya mempunyai satu tujuan yang mana para IM yang telah berjaya diluar sana tidak akan berjaya tanpa blog atau laman web mereka sendiri. Kini baru saya sedar akan kepentingan blog ini.
Mungkin setiap individu itu berbeza tujuannya terhadap blog mereka, tetapi percayalah setiap dari mereka mempunyai satu matlamat yang sama iaitu ribuan traffic mengunjungi blog mereka dan dari situ akan wujud satu kepuasan dalam diri setiap dari blogger itu.
Saya tidak meminta persetujuan dari sesiapa terhadap pendapat saya ini kerana saya tahu tidak semua berkecimpung didalam dunia internet ini, dan pendapat dari kita semua adalah berbeza.
Mungkin ada diantara kita berblog sekadar hobi, mengumpul rakan, berkongsi pendapat dan tidak kurang untuk menjana wang darinya. Dan pada hari ini, saya yang dulunya 0 didalam internet telah berada disini sehingga mampu mewujudkan blog (yang tak seberapa ni) adalah dari satu matlamat, iaitu menjana wang dari internet. Sedar tak sedar, sepanjang tempoh pembelajaran saya selama ini telah membawa saya sehingga tahap ini. Betullah pepatah ini, "Ilmu tak kan dapat kalau tak dicari" dan saya mungkin masih 0 sekiranya saya tidak belajar,
dan tanpa saya sedar sebenarnya saya telah pon mencedok ilmu dari internet ini.
Percayakah anda jika saya katakan dengan berblog anda akan memperoleh satu kepuasan. Kepuasan dimana segala ilmu anda akan terhasil di blog, kepuasan melihat penghasilan blog anda, kepuasan melihat blog anda dikunjungi ramai pelawat, kepuasan anda apabila hasil penulisan anda atau pendapat anda dapat dikongsi dengan pembaca-pembaca blog anda, kepuasan dimana anda dapat menjana wang dari blog anda. Saya katakan begini kerana bukan lah mudah untuk membina sesuatu blog yang berguna atau ramai pelawatnya. Ianya menuntut kesabaran yang tinggi terutama kepada newbie seperti saya.
Saya suka melihat blog sebagai satu premis atau buku. Jika premis itu mendapat ramai pelanggan, sudah pasti ianya dapat memberi kepuasan kepada pemiliknya. Begitulah juga jika buku itu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran yang mana penghasilan premis atau buku itu memerlukan satu usaha untuk mencapai tahap itu. Begitulah juga dengan blog....
Admin
5:45 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia

