Home » , , , » Membina Aura Blog

Membina Aura Blog

Aura ker kuasa ni????
Salam rakan-rakan sekalian. Moga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya disamping orang tersayang.

Apa itu aura? Sebenarnya aku sendiri tidak paham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan aura. Setelah menggoogle, aura ni dapatlah didefinisikan sebagai satu "tenaga dalaman berbentuk medan tenaga elektromagnet" yang tersimpan atau terdapat didalam tubuh manusia. Didalam tubuh manusia, perkara yang sering dikaitkan dengan aura adalah
* Personaliti
* Kesihatan
* Intelektual
Info lengkap disini

Itu jika didefinisikan dari segi tenaga dalaman tubuh manusia..... Bagaimana pula dengan blog? Blog pon ada aura ker? Ada tenaga?? Hm... Bagi pemahaman aku la, aura ni pon boleh didefinisikan sebagai daya penarik terhadap satu-satu objek (mandai-mandai jer aku bagi definition..ahakz). Ok.... Korang-korang yang datang ke blog aku ni aku percaya mesti rajin berblogwalking kan. Aku jer yang malas :P Aku nak tanya korang..... Apa yang membuatkan korang setia melawat satu-satu blog tu? Sila ketepikan terlebih dahulu alasan "berbalas kunjungan" hehe. Maksud aku disini walaupon penulis blog tu jarang berkunjung ke blog korang, tetapi dirasakan ada satu tarikan terhadap blog tersebut yang membuatkan korang rasa nak pegiiii jer kat blog tu... Dah puas peluk tiang, jerit mintak tolong orang lain tarik tangan korang supaya tak pegi ke blog tu dan apa segala tuk menghalang korang dari pegi ke blog tu, tapi korang tetap rasa nak pegi juga (ayat mengong, sila abaikan) 

Pada aku, blog yang mempunyai aura ni macam blog yang bermaklumat selain daripada kreadibliti diri serta penonjolan diri si penulis tu sendiri. Aku rasa korang pon berpendapat macam aku kan.

Aura blog melalui penulisan entry yang bermaklumat.... 
Aku rasa bila aku masuk dalam satu-satu blog yang bermaklumat ni, tak kira lah blog tu menceritakan tentang kesihatan ker, perniagaan ker, blogging ker, selain daripada berblogwalking, aku rasa aku tidak buang masa disitu selain mendapat output yang berguna dari blog tu. Malah aku rasa macam aku dapat satu kepuasan bila aku melawat blog macam ni. 1 dapat info baru, keduanya mungkin aku dapat berkongsi pendapat aku juga disitu... Tak la berkarat otak ni kan. Orang kata sambil menyelam dalam parit, sambil-sambil minum fresh orange..Eh??!! Boleh gitu?....Paham-paham la ayat aku ni....huhu...

Aura blog melalui kreadibiliti serta penonjolan diri.... 
Kreadibiliti seseorang dapat diukur dari segi gaya penulisan..... gaya penulisan yang teratur serta berkhemah mampu menjadi daya penarik terhadap satu-satu blog tu. Kalau isi ayat yang disampaikan tu merapu meriban jer tak habis-habis, maklumat yang sampai secubit cuma, susah sikit rasanya (Macam aku la ni :P ). Senang kata, bila orang baca penulisan tu, penilaian yang diberikan adalah........ "No Respect", sekadar baca jer. Tapi banyak la faktor yang mampu membangkitkan kreadibiliti diri ni. Bukan setakat penulisan jer. Kan kan kan. Penonjolan diri.... Aspek ni mungkin ada kelebihan pada mereka yang sering menghadiri perjumpaan-perjumpaan sesama blogger atau satu-satu komuniti.... Dari situ, penonjolan diri tu akan lebih tertonjol (kelakar la plak ayat ni..huhu) Contohnya, apabila seseorang penulis blog tu mampu memberikan idea-idea bernas yang menarik untuk menyemarakkan lagi dunia blogger ni, atau pon penulis tu merupakan orang penting didalam komuniti tu. Ini akan menjadikan orang lain lebih berminat untuk mengenali diri si penulis atau individu itu. Salah satu caranya adalah melalui penulisan dia. Cara lain yang dapat menonjolkan lagi diri adalah melalui blog itu sendiri... Blog ada banner kan? Perhatikan 2 banner di bawah.





Diantara ketiga banner diatas, yang mana mampu memberikan impak yang lebih terhadap penilaian seseorang tu terhadap diri penulis terutama pada mereka yang pertama kali melawat blog tu. Tentu yang ke tiga kan? Nampak remeh, tapi impak besar. Berlaku kat diri aku sendiri. Mula-mula aku masuk blog ni, aku tak kenal penulis dia tapi aku respek pada penampilan dia (Lihat avatar dia). Ditambah dengan gaya penulisan yang matang!! Lama-lama baru aku perasan rupanya penulis blog tu kawan aku sewaktu aku menuntut di Politeknik dulu. Terkejut den. Aku ingat bisnessman mana yang buat blog tu. Orang dia biasa jer di dunia realiti, tapi dia mampu menonjolkan diri melalui penampilan diri di blog! Haha.. Tapi... diingatkan, penampilan mesti selari dengan isi kandungan :) Jangan smart sahaja, penulisan 0! No meaning meh!

P.s. : Entry ni hanyalah sekadar pandangan aku didalam dunia blog. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa k. Sekadar nak berkongsi jer lerrrr.... Cara berblog berbeza mengikut kehendak masing-masing. Adios!!
P.s.s. : Blog aku tak der aura k.. Huhuhu
P.s.s.s. : Kenapa aku tak guna banner no 2 tu erk....??? Hm... Hmmmmm..... Hmmmmmmmmmmmmmmmmm :P

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

14 comments:

  1. pandangan yg mnarik..
    aku sokong..
    pakai la header no 2 tu.. msti laris lpas ni.. haha

    ReplyDelete
  2. aura ni subjektif.. kadangkala ada, kadangkala takde.. macam mawi dulu, dulu ada aura, sekarang dah takde dah.. jadinya, aura tu kena maintain... :)

    ReplyDelete
  3. heheh....aura ek.... aku suka p melawat blog sebab cara penulisan.. n ape yg ko cakap 2 betol la 2..

    aku x penah tukar header...heheh bila ntah nk bertukar!!!

    ReplyDelete
  4. menarik dan benar..
    aku klik 'like' hehe
    aura tu ade banyak jenis, walaupun sesetngah org xtrtarik dengan blog org tu, tpi mngkin aura blog tu hnya utk sesetgh golongan je.. mcm blog bisnes dan blog sukan

    ReplyDelete
  5. heheheh
    betul2
    blog aku dah tak ada aura
    header blog hilang
    hehehehe

    Filem KL Gangster

    ReplyDelete
  6. hihi....blog atok ado aura macam mawi tak???


    larekkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  7. aura tu bergantung pada minat orang..contohnya sesuatu blog lawak tu mungkin ada aura bagi peminat lawak..

    ReplyDelete
  8. blog cik rimau xde aura.. kah3.. (haissh.. sedih ni.. hehe)

    ReplyDelete
  9. Perasan pengiklanan selalu letak muka Mat Salleh. Kenapa ya?

    Sudah menjadi seluruh senario dunia pantang kulit putih sahaja kita tunduk. Minta maaf tuan rumah saya sedikit emotional

    ReplyDelete
  10. gaya tulisan yang sempoi.agak kelakar
    menghilangkan rasa bosan.

    ReplyDelete
  11. aura ke?hak3! mcm dlm entry kamu sblm ni, kdg2 kehenseman dan kecantikan manusia itu jugak mempengaruhi aura blog.. so kite yang xberape nk ade ghope nih bgantung kepade gaye penulisan je lah. ha xpun kamu g tgkap gmbo dari atas..pastu ngeronyen luas2~mcm awek2 skrg tgkap gmbo kat FB.hehe

    ReplyDelete
  12. sangat menarik, terima kasih

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment