Home » , , » CINTA...Apa Perlu Dilakukan Jika....

CINTA...Apa Perlu Dilakukan Jika....

Salam rakan-rakan sekalian.. Apa khabar? Shat-sihat hendaknya. Hampir seminggu juga blog ni tak terusik..
Sekali lagi entry aku kali ni agak berbaur perasaan... Perasaan CINTA. Bezanya kali ni cerita aku bukan mengisahkan tentang diri aku, tetapi member aku. Aku tak tahu lah apa yang aku buat ni betul atau tak.Yer lah, aku kongsikan masalah dia dalam blog aku tanpa pengetahuan dia. Aku just nak tolong lah..... So aku nak mintak pendapat korang apa yang perlu dilakukan jika korang berada di tempat dia. Aku dah tak tahu cam ner nak tolong dah, aku pon jem gak.... Saban hari dia asyik tanya apa yang perlu dia lakukan. Kesian gak aku tengok dia.


CINTA, PERKARA REMEH UNTUK DIFIKIRKAN, TETAPI TATKALA DIFIKIRKAN, IANYA SANGAT MEMBEBANKAN FIKIRAN...

Member aku ni nama dia sama dengan aku, Amri. Cuma dia tua setahun dari aku. Dia ada aweq yang dia dah kenal 2 tahun... Diorang ni boleh lah aku klasifikasikan sebagai cinta jarak jauh, member aku ni di Penang, aweq dia di KL. Aweq dia ni bukanlah cinta pertama member aku ni. Dalam tempoh 3 bulan aku kenal member aku ni, aku tengok dia ni jenis yang terlalu cepat fikir yang bukan-bukan terutama bab perasaan ni. Cinta dia yang dulu pon putus disebabkan fikiran dia yang bukan-bukan ni. Punca masalah diorang ni pula timbul akibat fikiran dia yang bukan-bukan tentang aweq dia tu. Nak dijadikan cerita, hari tu sewaktu dia call aweq dia ni, terdengar suara lelaki, waktu tu aweq dia bagitahu dia dirumah tetapi tak ada lelaki dirumah tu sampai dia tanya member rumah aweq dia... Cross Line. Cross Line bermaksud ada gangguan atau panggilan luar yang masuk kedalam talian orang lain secara direct. Nak memburukkan keadaan pula, si aweq dia ni ada sejarah hidup dia yang mana dulu dia ni agak sosial sikit orangnya, sekarang tak lagi. Harap korang faham ayat tu. Masalah tu seingat aku dah settle. Member aku ni boleh terima alasan Cross Line tu. Timbul pula maslah sekarang ni yang mana member aku gtahu aku yang aweq dia ni buat perangai lama. Aku tanya dia tahu dari mana? Dia jawab waktu dia call aweq dia, aweq dia bersama seorang lelaki bernama Ajiq. Berdua. Waktu tu member aku ni dah gelabah dah. Macam-macam yang dia fikir. Yer lah, siapa yang tak gelabah kalau orang yang kita sayang curang kat kita kan. Masalahnya, tanpa usul periksa, member aku ni terus tuduh yang aweq dia ni buat perangai lama dia dulu!
Setelah bertalu-talu soalan yang dia tanya kat aku, aku kata cek FB aweq dia. Member aku ni boleh access FB aweq dia, cek-cek terkantoi la plakkk... ada mesej antara aweq dia dengan seorang lelaki bernama Ajiq. Mesej tu pulak bersayang-sayang tapi lelaki tu lebih galak, aweq dia biasa-biasa jer... Siap bagitahu lagi yang dia dah ada BF. Aku tengok kat profile aweq da tu, dia pon dah tulis terang-terang "In Relation with Amri". Kat situ aku gtau member aku ni aweq dia jujur la dengan dia. Yang jadi persoalan aku dengan member aku ni...Kenapa dia layan lelaki tu?? Mesej diorang agak berlarutan. Mesej tu pula dah lama. Bulan Mac kalau tak silap aku, Dari situ aku n member aku ni cuba cari jalan tuk uji kejujuran aweq dia ni...
2 3 hari lepas tu member aku gtau yang dia dah tahu DAN BARU SEDAR yang aweq dia ni sememangnya lebih suka berkawan dengan lelaki berbanding perempuan. Dia juga mengaku yang dia dah salah tuduh melulu aweq dia. Dia dah pujuk aweq dia dan mengaku salah. Sampai dia kata esoknya dia nak amik cuti tuk ke KL tuk jumpa aweq dia, tapi dia kata nanti aweq dia marah sebab dia tak g kerja semata-mata tuk jumpa dia. Aku pegang point tu aku kata kat dia, kalau seseorang yang kita sayang tu ambil berat kat kita, sanggup ketepikan kepentingan diri dia tuk masa depan orang yang dia sayang, orang tu PERFECT dan sangat sayang kat kita.... Hari ni aku tengok dia tak pegi KL sebaliknya dia masuk kerja. Ok la tu
Masalahnya............... Tuduhan member aku terhadap aweq dia terlalu berat. Siapa tak sedih kalau orang yang kita sayang tuduh kita curang sedangkan kita setia kat dia n sanggup berubah semata-mata kerana dia. Bukan tuduh setakat curang tapi.... Dari situ aku tengok dan aku gtahu member aku yang dia beruntung dapat aweq dia, kalau orang lain, aku rasa dia tak layan dah member aku ni, tapi aweq dia still balas mesej and jawab calling member aku ni. Jaga perasan mungkin. Aku tengok member aku ni dah agak ok.... Tapi tadi waktu dia masuk rumah dia gtahu dia ada masalah lagi dengan aweq dia. Aku tanya masalah apa lagi? Dia jawab tadi dia push aweq dia jawab soalan dia. Soalan dia.... U sayang I tak? Aweq dia jawab tak. Member aku tanya lagi. Rindu I tak? Aweq dia jawab tak gak. Kerana jawapan "tak" tu member aku ni push tanya aweq dia kenapa dia tak sayang dan rindu dia? Pas tu aweq dia gtau bagi dia masa.... Aku tepuk dahi juga la, aku gtau walaupun dia balas mesej n jawab call tak semestinya dia dah lupakan tuduhan hari tu. Hati dia masih sakit n sedih. Aku gtau member aku bagi aweq dia masa macam mana yang aweq dia nak. Aku gtau jangan tanya soalan yang bukan-bukan dulu. Mesej biasa-biasa jer. Tenangkan diri masing-masing terutama aweq dia. Kita mungkin senang lupa salah kita yang menuduh, tapi orang yang dituduh tu......

Aku tak tahu lagi dah apa yang aku nak nasihat kat member aku ni. Dia asyik tanya apa yang dia kena buat. Aku pula asyik jawab bagi dia  masa. Tu jer...

Kalau korang ditempat member aku, apa korang akan buat? Mungkin korang ada pengalaman..... Aku cuma boleh gtau bagi dia masa and jangan terlalu push. Pujuk pelan-pelan. Masalahnya member aku ni teralu banyak benda bukan-bukan yang dia fikir.... Dan aku faham..
Sekarang dia masih gelabah.......... Hm..

CINTA...MEMBERI & MENERIMA




Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

14 comments:

  1. AKU DULU MASA PUTUS CINTA MAIN GITAR NYANYI LAGU JIWANG.. :P

    ReplyDelete
  2. member ko nih jenis pendesak
    susah la weih
    ko kena suruh dia ubah perangai
    dan yakin dengan awek dia
    sebab kalau aku jadi perempuan tu aku rasa aku dah tinggalkan dah kawan ko tu


    Lirik Lagu Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah

    ReplyDelete
  3. jadilah seperti atok....single but not desperateable.... =)

    ReplyDelete
  4. @fairusOk la tu pandai main gitar...yang kau ni jenuh belajar..tak pas2..angin aku..huhu..kalau pandai main gitar,betambah jiwang la aku..hehe

    ReplyDelete
  5. @Hansitulah..aku dah nasihat kat dia,jangan terlalu cepat melatah....apa2 kena cool dulu...thanx bro

    ReplyDelete
  6. @Suhami Ahmadwaaaa.....dalam maksud atuk ni....bila nak buang perkataan single tu..?hehehe..jangan lupa jemput erk..keh keh keh

    ReplyDelete
  7. kalo aku d tempatnya... sama cam ko la kot... bagi masa... n lam masa yang sma pujuk.... jgn bg tekann kat pompuan 2...

    single is simple, couple is trouble...

    ReplyDelete
  8. hm hm hm...

    lelaki yg pendesak adalah yang paling pompuan tak suka.

    kalau dia buat2 cool atau jual mahal sikit, mungkin tu lebih baik.

    sbnrnya mmg susah nak bagi komen specific pasal permasalahan cinta ni. huhuhu~

    ReplyDelete
  9. @gadisBungasaya dah belajar benda nih..pompuan memang tak suka laki yang terlalu mendesak kan..cool n matang...jual mahal tu....Hm...Hmm...hehe

    ReplyDelete
  10. fikiran aku pun macam tu juga.mana
    kita tak fikir bukan-bukan.dah awek
    kawan dengan lelaki.mesra pula tu.naik
    angin juga aku satu badan.dalam dunia
    ni perempuan ada pelbagai jenis.

    1.suka lepak dengan kawan perepuan.
    2.berani lelaki bersama lelaki lain.
    3.pentingkan kerjaya demi masa depan.jadi
    Mr. mama kalau kahwin perempuan jenis ni.huuuu.

    ReplyDelete
  11. ramai yang macam tu ali..aku pon kalau aweq aku rapat sikit ngan laki lain tak senang duk gak aku...Boleh tu boleh, tapi kita kena amik tahu la siapa kawan dia tu n serapat mana diorang kan...kalau sekadar kawan ok la...

    ReplyDelete
  12. tinggalkan je utk PEREMPUAN YANG LEBIH BAIK..sape suke awek lbih gemar berkawan dgn lelaki..mmg hangin..sy ada kwn lelaki yg slalu luahkan mslh dia dgn awek dia..lbih kurang gnilah kisahnya..jika ada pilihan yg lbih baik, itu lbih baik..huhu

    ReplyDelete
  13. wah my vc ada disini thanks ye amri~lovelyDealova

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment