Home » , , , , » Malware Of Win 7 Security 2012!!

Malware Of Win 7 Security 2012!!

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.... Moga dalam keadaan sihat... Sewaktu aku menulis entry ni jam menunjukkan jam 2.45 pagi. Aku pasti waktu begini korang semua sudah tidur.

Korang tahu apa Win 7 Security 2012??? Ianya adalah sejenis Malware!! Dan malware tersebut telah menyerang komputer aku!!! Dan disebabkan malware tu lah aku terpaksa bersengkang mata semata-mata untuk aku buang malware yang tak guna ni dari komputer aku. Untuk maklumat korang aku menggunakan Lappy kawan aku untuk aku buat entry ni. Komputer aku sedang didiagnosis.

Win 7 Security ni aku kena sewaktu aku nak cari gambar di google di mana ianya tiba-tiba muncul di screen komputer aku dengan alert bahawa komputer aku diserang oleh Malware!! Bukan 1 bukan 2 tetapi 25 Malware dikesan!!! Aku cuak!!

Win 7 Security 2012 Malware
Semasa Malware tu menyerang komputer aku, aku tak dapat nak masuk kesemua web. Diblock!!! Apabila aku nak masuk akan kuar box seperti dibawah

Win 7 Security 2012 Malware
Setiap kalli aku nak klik Google Icon, box tersebut akan keluar. Disebabkan takut, aku klik yes dimana apabila klik yes, "dia" akan mengarahkan kita untuk membeli Antivirus Win 7 ni untuk buang malware yang telah menyerang komputer aku. Aku tanya member aku yang agak pakar bab-bab software.. Dia pon terkejut. Disebabkan access aku diblok maka aku minta tolong kawan aku cek kat google maslah yang menimpa komputer aku. Kata carian yang digunakan "Win 7 Security 2012". Keyword tu digunakan sebab komputer aku tak der pon antivirus tu tapi kenapa dia kuar. Persoalan disitu. Setelah menggoogle, kawan aku bagitau yang "Win 7 Security 2012" ni malware.

Dia cuba cari cara buang malware tu di Youtube, ada beberapa orang yang upload cara tuk buang malware tersebut. (Waktu ni, kawan aku ada problem dengan aweq dia, so aku tak nak menyusahkan dia, aku terpaksa merangkak pelan2 menyelesaikan masalah aku ni - Iklan). Masa yang diambil untuk aku buang Malware ni lebih kurang 6 Jam! Aku tak tidur langsung malam ni! Serious! Ini disebabkan aku kurang arif bab-bab malware/virus apa segala dan beberapa masalah yang terpaksa aku hadapi sewaktu aku nak buang malware tu.

Win 7 Security 2012
Banyak nama malware ni, antaranya (aku amik screenshot jer, tak larat nak tulis dah ni)
Win 7 Security 2012 Malware
Malware ni sebenarnya adalah palsu, yang mana maklumat yang diberikan adalah palsu, yang sebenarnya komputer tak ada malware atau virus pon. Ianya hanyalah umpan semata-mata untuk kita beli produk tersebut (SCAM!!) Tengok gambar dibawah


Apabila klik pada butang Remind Me Later, alert box akan berterusan keluar sehingga kita klik butang Register dimana kita akan dibawa ke page register untuk membeli produk Win 7 Security ni, Page tersebut juga adalah PALSU!

Cara buang Malware Win 7 Security 2011/2012
Refer video dibawah.... Tak larat aku dah. Video ni adalah video rujukan yang paling membantu aku sewaktu aku buang malware ni.



PERHATIAN : Untuk membuang Malware ni, korang perlu install antivirus http://www.myantispyware.com/
Disebabkan access telah diblock, aku menggunakan Lappy member aku untuk aku install antivirus tersebut. Caranya dengan memindahkan file menerusi Pendrive. Download file, pindahkan file ke dalam pendrive seterusnya install ke dalam komputer yang terkena malware tadi. (Step ni tak dinyatakan didalam video tersebut, so aku gtau la kat sini)
Dalam video tersebut, antara langkah-langkah untuk buang malware tersebut, kita perlu copy paste satu kod ke dalam notepad, kod dalam video tersebut tidak lengkap, kod yang lengkap adalah
Windows Registry Editor Version 5.00

[-HKEY_CURRENT_USER\Software\Classes\.exe\shell\open\command]
[-HKEY_CURRENT_USER\Software\Classes\secfile\shell\open\command]
[-HKEY_CLASSES_ROOT\.exe\shell\open\command]
[HKEY_CLASSES_ROOT\.exe]
@="exefile"
"Content Type"="application/x-msdownload"

[-HKEY_CLASSES_ROOT\secfile]

Step-step yang lain tiada masalah, follow seperti yang dinyatakan.

Memang mangkuk tingkat betul la yang buat menatang ni!!! S**L!! Tergendala kerja aku woi!!! Dah tu tak dapat tidur aku!! Marah niiiiiii.....!!! $%@!&$

*** Aku buta IT k. Aku tak tau apa beza virus apa beza malware.... kalau bahasa komputer aku salah, korang paham2 kan lah sendiri k. Chau!!

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

14 comments:

  1. aku pun buta IT jugak.. Tapi ko tahu, aku langsung tak tau..

    ReplyDelete
  2. salam..
    ermmm..ganas juga
    malwares tu ye..?
    moga berjaya mengatasinya

    ReplyDelete
  3. huhu.... jom berperang dengan malware...heheh
    laptop aku x de virus.. tp lembab macam siput je ...

    ReplyDelete
  4. mmg manghangkuk betul bende2 scam cenggini! grrr~

    ReplyDelete
  5. aku langsung tak tau mende pasal nie huhuhuh

    ReplyDelete
  6. @fairusaku pon mintak tolong member bro..kalau tak,tak tahu lah aku...

    ReplyDelete
  7. @zulkbosalam bang zul..memang ganas la..bukan setakat ganas, menipu orang lagi kot atas...memang bedebah sungguh...senang-senang nak tipu duit orang...
    tapi alhamdulillah dah ok..haha...tak merasa dia duit orang malaysia..kah kahkah

    ReplyDelete
  8. @azanaaku tak tau sangat bab2 komputer ni zana, tapi kalau tak ada virus tapi lappy lembab, tu disebabkan lappy ko tu kurang laju...er..processor ker namanya..hehe..aku tak tahu

    ReplyDelete
  9. @gadisBungatu lah GB..kena yang tak tau tu,dibelinya binatang tu..gelak besar scammer tu...tak guyna betul!!

    ReplyDelete
  10. @sahromnasrudintak tau tak ken tak per bro..kalau kena..memang menggelabah jugak la....huhu

    ReplyDelete
  11. @Suhami Ahmadyup..6 jam..ya lah..saya tak tahu sangat bab2 komputer ni tok...atok lain la kot..6 minit dah settle..kan kan kan ..hehe

    ReplyDelete
  12. Dah terkena di desktop pejabat. Memang tidak boleh nak sambung internet dan buang. Akhir sekali masuk kod key dan kemudia scan dengan Microsoft Essential selesai masalah

    ReplyDelete
  13. sebab tu aku tak download atau klik benda2 gini
    sebab member aku pun penah pesan benda sama

    Wanita Sensitif Kan? Setuju Tak?

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment