Tips Buat Duit Dari Blog

Tips Panduan Buat Duit Dari Blog

Tips Panduan Buat Duit Dari Blog

Rasanya sekarang ni ramai yang ada blog. Budak umur 12 tahun pun da ada blog rasanya. Ada yang saja-saja buat blog isi masa lapang, kongsi cerita tu kongsi cerita ni, ada yang buat blog nak cari kawan-kawan blogger yang lain, ada juga yang nak buat duit dari blog.

Aku sendiri rasanya dah nak dekat 5 tahun aku kenal dunia blogging ni. Mula-mula dulu buat blog sebab terbaca satu artikel berkenaan 'buat duit dari blog'. Padahal waktu tu apa kebenda blog aku pun tak tahu. Hahaha... Tapi dah lama-lama, baru la aku kenal apa itu blog walaupun cuma 1% :P
Dan baru tahu bukan senang sebenarnya nak buat duit dari blog. Sesapa yang baru nak berblog, baru kenal apa itu blog, rasa nak buat duit dari blog, simpan dulu impian tu dalam peti besi.

Pernah tak korang dengar atau rasa macam keadaan dibawah.
"Saat kita mencari sesuatu barang yang kita nak pakai atau guna waktu tu, memang tak jumpa.
Tapi bila kita dah tak cari benda tu, benda tu akan datang tanpa di cari"
Inilah perumpamaan dalam dunia blogging ni kalau ada impian nak buat duit dari blog.
Maksudnya, kalau kita berniat nak buat duit dari blog, duit tu tak kan datang, kalau datang pun ak banyak.
Tapi kalau kita berblog dengan ikhlas, InsyaAllah duit tu akan menyusul walaupun kita tak cari.

Berblog dengan ikhlas? Macam mana tu? Yang ikhlas tu yang susah tu. Aku sendiri fail dalam bab ni. Dalam blog, pelawat tu yang penting (kalau nak buat duit dari blog la) Kalau buat blog syok sendiri, pelawat tu belakang kira. Jadi bila nak pelawat, buat la entry-entry yang dapat memberi kebaikan dan juga manfaat atau input kepada pembaca dan keikhlasan tu terletak pada sejauh mana kita nak bagi input, kebaikan atau manfaat tu kepada pembaca (Ketepikan bab SEO sekejap). Bila content blog berkualiti, tanpa diminta, akan ada pembaca yang akan follow blog tersebut, dan dari situlah pelawat akan bertambah dan kreabiliti/kepercayaan akan meningkat dan seterusnya pelawat akan bertambah, bertambah dan bertambah.

Jadi nak berblog cara ikhlas atau telus, income simpan dalam peti besi, pelawat letak no 2, kualiti content no 1. (Ketepikan bab SEO sekejap)

Aku teringat kata-kata Mentor Kejayaan dan Kekayaan No 1 Malaysia, Dr Azizan Osman
"Kalau nak buat bisnes, jangan fikir banyak mana duit yang akan datang, tapi fikir macam mana kita nak tolong orang"

Ni pula kata-kata dari blogger luar negara yang berjaya
"Don't focus on having a great blog. Focus on producing a blog that's great for your readers" Bryan Clark - Copyblogger.com

-----------------------------------------------------------------


Macam mana entry ni terhasil???? Aku tak fikir pun nak buat entry bertajuk Tips Buat Duit Dari Blog. Tajuk lain mulanya....Tajuk tu adalah.....

Bersambung............

* Bukan nak tunjuk pandai sebab aku ni bukan blogger pandai pun. Sekadar kongsi apa yang terlintas di minda.
** Ketepikan bab SEO sekejap = SEO satu bab special dalam blogging

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment