Fatwa Forex Haram | Perniagaan Pertukaran Mata Wang Asing Haram
Kota Bharu : Jawatankuasa Fatwa Kebangsan hari ini memutuskan umat islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.
Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan dikalangan umat islam.
Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum islam.""Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian." katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 disini hari ini.
Abdu Shukor berkata banyak isu meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet dikalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak melibatkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu." katanya.
-------------------------------
Isu fatwa FOREX haram ni rasanya dah lama....3 4 tahun dah....dari tahun 2007/8.
Aku baru tahu pasal perniagaan pertukaran mata wang asing ni haram sebab aku tak main forex, kawan aku ada la.... Tapi biasalah, bila bermain dengan duit, kadang benda halal haram tu sanggup diketepikan.... Contoh... Tikam nombor ramalan... Terang-terang haram tu, tapi ada juga umat islam yang pi tikam no.... Tikam nombor tu dah haram, dia tambah lagi dosa dengan 'menurun nombor', 'puja nombor ekor'. Elok sangat la tuh!!
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
YANG HARAM ITU JELAS.. YANG HALAL ITUPUN JELAS..
ReplyDeleteKADANG2 KITA SAJA BUAT-BUAT TAK TAHU.