Home » , , , , » Tingkat Traffik Blog | Facebook Comment Plugin

Tingkat Traffik Blog | Facebook Comment Plugin

Tingkat Traffik Blog Dengan Facebook Comment Plugin

Tingkatkan Traffik Blog Dengan Facebook Comment Plugin

Facebook Comment Plugin merupakan satu 'application' yang terdapat didalam laman sosial Facebook yang boleh dimasukkan ke dalam laman web/blog sebagai widget.

Facebook Comment Plugin membolehkan seseorang pelawat laman web atau blog meninggalkan komen mereka menggunakan akaun facebook mereka tanpa perlu mereka memasukkan nama, email, atau alamat URL. Mereka yang meninggalkan komen menggunakan Facebook Comment Plugin ini besar kemungkinan mereka tidak mempunyai laman web atau blog.

Dengan menggunakan Facebook Comment Plugin ini, ianya akan dapat membantu sesebuah laman web atau blog itu menjana traffik daripada laman sosial Facebook secara viral. Viral disini dapat didefinisikan sebagai penyampaian secara tidak langsung sesuatu maklumat (laman web/blog) kepada orang lain melalui orang tengah atau perantara. Contoh : Ali meninggalkan komen didalam sebuah blog bertajuk "Tingkatkan Traffik Blog Menggunakan Facebook Comment Plugin"  menggunakan Facebook Comment Plugin yang terdapat didalam blog tersebut. Melalui komen yang ditinggalkan oleh Ali tadi, sekaligus entry blog bertajuk "Meningkatkan Traffik Blog Menggunakan Facebook Comment Plugin" tadi dapat disebarkan melalui akaun facebook Ali dimana rakan-rakan Ali turut dapat mengetahui serta melihat kewujudan entry blog tersebut. Daripada Ali seorang, entry tersebut dapat disebarkan kepada 10 orang, melalui 10 orang, disebarkan lagi kepada 10 orang yang lain dan seterusnya.

Tingkat Traffik Blog Dengan Facebook Comment Plugin

Tetapi keberkesanan meningkatkan traffik blog menggunakan Facebook Comment Plugin ini bergantung kepada beberapa faktor seperti niche blog, tajuk entry, dan juga siapa pelawat blog itu sendiri.
Niche blog : Kalau niche blog tu tentang cintan cintun si blogger tu kepada kekasih dia, berapa kerat sangat nak masuk ke dalam blog tersebut serta meninggalkan komen. Niche tentang isu semasa, sukan, dunia artis mungkin dapat meningkatkan peratus pelawat meninggalkan komen menggunakan Facebook Comment Plugin ini. Kata yang lebih mudah, niche yang dapat menarik minat orang ramai untuk membaca entry tersebut.
Pelawat : Jika pelawat yang membaca entry "Meningkatkan Traffik Blog Menggunakan Comment Plugin" tersebut kebanyakannya merupakan 'return visitor' yang sememangnya mempunyai blog mereka sendiri, pelawat tersebut pasti akan meninggalkan komen menggunakan comment widget daripada penyedia blog itu sendiri berbanding menggunakan Facebook Comment Plugin. Tetapi jika pelawat-pelawat blog itu daripada search engine atau rakan-rakan facebok yang mungkin tidak mempunyai blog, ini akan meningkatkan peratus pelawat tersebut meninggalkan komen menggunakan Facebook Comment Plugin.

Namun begitu, menggunakan Facebook Comment Plugin ini ada baik buruknya juga. Ini kerana jika pembaca meninggalkan komen melalui Facebook Comment Plugin ini, tiada 'notification' yang akan memberitahu empunya milik laman web atau blog tersebut akan komen-komen baru yang diterima seperti mana terdapat notification daripada sistem blog yang memberitahu akan kewujudan komen baru jika pembaca meninggalkan komen daripada ruangan komen blog itu sendiri. Mungkin fungsi notification ini tidak penting bagi seseorang blogger itu kerana dia hanya sekadar untuk meningkatkan traffik, tetapi ianya sangat penting jika ia membabitkan sesebuah temujanji, mungkin blogger itu seorang pakar perniagaan internet yang mana terdapat pembaca yang menjemput blogger itu membuat 'talk', atau mungkin blogger itu seorang pakar motivasi.

Apa-apa pun semuanya bergantung kepada empunya blog atau laman web itu sendiri samada ingin memasukkan Facebook Comment Plugin atau tidak. Jika dirasakan blog itu mempunyai banyak traffik daripada enjin carian atau mempunyai pembaca setia daripada laman sosial facebook, Facebok Comment Plugin ini mungkin dapat membantu meningkatkan lagi bilangan traffik blog atau laman web tersebut. Macam Amry's Blog, suka-suka letak jer Fcebook Comment Plugin ni, kalau ada pembaca yang tingalkan komen menggunakan Facebok Comment Plugin tu, adalah, kalau tak ada, tak ada lah. Nasib lah :)

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. memang menarik facebook comments sebab boleh tingkatkan visitor ke blog

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment