Home » » Gantung Patung Bawah Bumper Kereta

Gantung Patung Bawah Bumper Kereta

Gantung anak patung dibumper kereta

Kenapa Ramai Driver Gantung Patung Bawah 'Bumper' Belakang Kereta

Pernah tengok anak patung digantung di belakang bumper kereta?? Macam gambar di atas tu. Aku banyak juga jumpa kereta yang menggantung patung di bumper kereta ni. Aku terfikir gak, apa motifnya menggantung patung di belakang bumper kereta tu? Dapat elakkan kemalangan ker? Dapat memindahkan cas elektrik dari kereta ke atas jalan raya ker? Dapat menambah kelajuan kereta ker? Tapi jawapan yang aku pilih, mungkin driver tu bermunge-munge hatinya... Suka pada sesuatu yang comel :P

Sekarang aku dah tahu jawapannya........

Asal usul budaya menggantung patung di belakang bumper kereta ni sebenarnya daripada budaya orang Thailand. Orang Thailand percaya orang-orang yang meninggal akibat kemalangan, roh mereka akan berlegar-legar sekitar tempat kemalangan tersebut, terutama roh kanak-kanak. Untuk mengelakkan roh-roh tersebut mengganggu mereka, mereka menggantung anak patung di bumper kereta untuk mengelakkan roh-roh tersebut mengganggu mereka dan mengakibatkan kemalangan.

Firman Allah, Mafhumnya - Maka barangsiapa mengikut petunjukKu, maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa yang berpaling tadah, tidak ingat kepada Ku, maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitkannya di Hari Kiamat dalam keadaan buta. (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka. (Riwayat Abu Daud)

Jadi kepada sesaper yang menggantung anak patung dibelakang bumper kereta tu, cabut ler. Yang baru tahu tu jangalah menggatal pulak nak gantung anak patung di bumper kereta yer.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. TU LA PASAL.. AKU PUN SELALU JUGAK PERASAN CAMTU.. RASA NTAH MACAM APA2.. ERM.. TAPI TERPULANGLAH PADA MASING2.. NAMUN SEKIRANYA SUDAH MEMBAWA KEPADA KURAFAT, CUBALAH ELAK..

    ReplyDelete
  2. @fairusaku pun hairan apa sebab gantung benda alah tu...sekarang baru tahu..hmm

    ReplyDelete
  3. tq lah spe yg bgtahu nie...
    sy baru tahu...

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment