Home » , » Inspirasi | Kisah Seorang Anak Buangan

Inspirasi | Kisah Seorang Anak Buangan

Inspirasi Kisah Anak Buangan
Inspirasi Kisah Anak Buangan
Inspirasi Kisah Anak Buangan
Bukan cerita artis, bukan isu semasa, bukan cerita politik, bukan pasal gadget, bukan bisnes.... Bukan bukan bukan... Ini kisah bagaimana seorang anak yang pernah dibuang sejak lahir, yang tidak pernah melihat wajah kedua ibu bapanya, yang tidak pernah mendapat kasih sayang ayah dan ibu, yang hidup merempat, mampu berjaya didalam hidup.

Muhd Khairul Hafiz Abdullah, 25, telah membuktikan seorang anak buangan juga mampu berjaya seperti orang lain yang mendapat kasih sayang juga perhatian insan bergelar ibu bergelar bapa. Seorang pengusaha perniagaan makanan sejuk beku dan juga penternak ikan keli.

Menjadi seorang pengusaha makanan sejuk beku dan juga penternak ikan keli sememangnya bukanlah kejayaan besar yang mampu menggemparkan satu dunia macam kejayaan Mark Zuckerberg mencipta laman sosial facebook. Tetapi bagaimana Muhd Khairul Hafiz Abdullah menggorak langkah daripada seorang anak buangan, merempat mampu menjadi seorang yang berdikari dan berjaya seperti hari ini.

Setengah daripada kita melihat kejayaan seseorang itu dengan melihat kejayaan dia pada hari ini, setengahnya lagi melihat bagaimana bagaimana kejayaan itu dicipta dan kejayaan yang paling besar adalah kejayaan daripada hasil usaha sendiri.

Ramai yang berjaya hasil daripada usaha sendiri. Tak dinafikan. Tetapi bagi Muhd Khairul Hafiz, dalam langkah mencipta kejayaan dirinya, dia juga perlu berdepan dengan status dirinya sendiri dan dia tidak pernah menjadikan status sebagai anak buangan sebagai penghalang untuk dia berjaya seperti orang lain.

-----------------------------------

"Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha mencari ibu atau bapa kandung, cium tangan serta ucap terima kasih kerana sekurang-kurangnya mereka membiarkan saya hidup"
Kata-kata dari seorang yang sangat berfikiran positif. Kata-kata dari seorang yang tidak pernah menyalah orang lain atas apa yang telah berlaku ke atas dirinya.

Satu kesilapan yang besar dan tidak sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa Muhd Khairul Hafiz Abdullah.
Tetapi......................................
Setiap yang berlaku ada hikmahnya....................

Semoga Muhd Khairul Hafiz Abdullah akan terus berjaya menjadi seorang usahawan dan dapat bertemu dengan orang tuanya....

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. rezeki ada di mana mana janji berusaha untuk terus hidup tanpa putus asa

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment