Home » , » Faktor Mempengaruhi Pendapatan Nuffnang

Faktor Mempengaruhi Pendapatan Nuffnang

Faktor Mempengaruhi Pendapatan Nuffnang

Faktor Mempengaruhi Pendapatan Nuffnang

Kepada sesaper yang memiliki blog, tak kira menggunakan hosting berbayar mahupun yang percuma, rasanya perkataan Nuffnang bukan lagi perkataan yang asing. Semua blogger tak kira newbie atau dah capai tahap otai tahu yang Nuffnang antara salah satu lubuk untuk menjana pendapatan daripada blog.

Ada yang terpaksa menunggu berbulan-bulan baru dapat cash-out RM50 daripada Nuffnang. Ada juga yang tak sampai sebulan, dah dapat beratus-ratus ringgit daripada Nuffnang, beribu pun ada.

Kat sini ada beberapa faktor atau cara yang mempengaruhi pendapatan seseorang didalam meningkatkan pendapatan Nuffnang
1. Status ahli Nuffnang - Didalam Nuffnang, terdapat dua status, iaitu status Ordinary Member dan juga Glitterati Member. Mereka yang mendapat status Glitterati, nisbah pendapatan mereka lebih tinggi berbanding status Ordinary. Untuk mendapat status Glitterati Member ni mudah jer, jangan ada iklan lain yang 'bersekedudukan' dengan iklan Nuffnang yang diharamkan oleh pihak Nuffnang didalam blog tersebut. 
2. Buffered Earning - Dalam bahasa melayunya, Buffered Earning ni bermaksud Pendapatan Bertumpuk. Buffered Earning ni bergantung kepada advertiser atau pengiklan yang beriklan dengan Nuffnang. Mereka akan memilih blog-blog yang tertentu untuk meletakkan iklan-iklan mereka berdasarkankan beberapa faktor yang terdapat pada blog tersebut seperti keahlian ahli, bilangan traffik, niche blog, gaya persembahan serta beberapa faktor lain.
3. Iklan Advertorial - Iklan Advertorial merupakan iklan berbayar yang istimewa daripada Nuffnang. Iklan Advertorial ini bermaksud blogger dibayar berdasarkan artikel yang ditulis tentang satu-satu iklan. Iklan Advertorial juga dikenai sebagai Sponsored Post. Bayaran yang bakal diberikan sangat menarik kerana ia boleh mencecah sehingga RM600 untuk satu post. Kelayakan untuk mendapatkan Sponsored Post ini adalah satu-satu blog itu perlu setia dengan Nuffnang dan mempunyai hit traffik 1000 sehari minimum.
4. Cost Per Action (CPA) - Cost per Action adalah pendapatan dimana blogger akan diberikan komisyen untuk setiap pembelian pelawat daripada iklan-iklan yang terdapat didalam blog mereka
5. Menyertai contest Nuffnang - Nuffnang sering mengadakan contest-contest untuk para blogger dengan tawaran hadiah yang menarik. Melalui contest, blogger berpeluang menggandakan lagi pendapatan mereka didalam Nuffnang.

Ada sesetengah blogger kata Nuffnang pilih kasih. Aku sendiri tak paham pilih kasih yang macam mana. Tapi mungkin Nuffnang akan lebih melihat kepada blog atau blogger yang aktif bersama mereka seperti menyertai event-event yang diadakan nuffnang, yang rajin bertanya Nuffnang itu ini dengan menghantar tiket petanyaan atau cadangan.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. WAH.. BAIK PUNYA PROMOTE NUFFNANG.. APESAL DAH LAMA BE NUFFNANG SEPI JE KAT BLOG AKU NI..

    ReplyDelete
  2. @fairusBukan ko jer yang sepi bro..aku pun sepi...ada lah satu..tu pun berjanggut nunggu...sekarang dah habis tak ada BE lagi...Aku pun susah nak cakap bro pasal BE ni... Traffik mungkin memainkan peranan dan cara kita bodek nuffnang..hohoho

    ReplyDelete
  3. salam..yo am..selain nuffnang,advertlets apa lagi company yang bayaq kalau kita boh iklan depa kat blog kita?

    ReplyDelete
  4. @Jai Montanasalam jai...aku pun tak berapa tau sangat pasal iklan berbayar ni.setakat yang aku tau selain dua tu, innity(susah nak lepas) adsense, adsniaga, adf.ly
    tapi kalau ko pasang nuffnang, ada status geli2, jaga2 takut iklan lain yang dipasang menyebabkan status geli2 tu ditarik..

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment