Home » , , » Perancangan Keluarga

Perancangan Keluarga

Cute Baby
 Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar? Sihat hendaknya. Alhamdulillah. Pada malam aku buat entry ni, aku dah pon berbaik dengan si dia. Setelah puas aku memujuk, membuang segala ego aku. Alhamdulillah kami dah berbaik. 1 perkara aku belajar dari masalah yang aku hadapi. Bila melakukan sesuatu, jangan fikir diri sendiri, fikir juga perasaan si dia. Bila ada masalah, perlu banyak bersabar. Orang kata ikut hati...mati. Thanx kepada rakan-rakan yang memberi kata-kata perangsang.

Ok cukup pembuka bicara disitu. Entry aku kali ni berkisar tentang merancang keluarga. Bukan perancangan selepas kahwin tetapi sebelum kahwin (belum ada kene mengena dengan penulis :) ). Pagi tadi di kilang. Aku berborak-boraklah dengan rakan kerja aku. Rakan kerja yang boleh lah dianggap orang lama. Boleh dianggap abang. Dan aku hormati kerana perwatakannya yang cukup matang. Berumur 43 tahun digelar Pak Andak. Sewaktu aku berbual dengan dia, dia tanya aku dengan tidak semena-mena... Ikuti perbualan aku dengan Pak Andak

Pak Andak : Hang dah nikah Amry? (Gaya bersahaja)
Amry : Belum Pak Andak.
Pak Andak : Sekarang umur hang berapa?
Amry :
26
Pak Andak : Hmm... Boleh kahwin dah tuuu.... 26... Dah ada calon?
Amry : Ada..... (Terdapat perbualan yang terpaksa di censored. Maaf)
Pak Andak :
Saya dulu Amry... Rancang nak kahwin umur 27. Tapi atas sebab-sebab tertentu
Amry : Oooo.. Sekarang umur Pak Andak berapa? Pak Andak : 43 Amry : Sekarang anak yang sulung umur berapa?
Pak Andak :
12
Amry :Hmmm.... Jauh juga beza umur yer Pak Andak. Bukan apa, kita dah tua anak baru nak remaja. Susah sikit la. Nak dapat menantu pon jadi lambat. Kan. Macam abang kepada kawan saya, Umur 40+ tapi dah ada menantu. Anak umur dah 20. Sekarang pon saya tengok banyak juga yang kahwin muda. Kawan saya pon cakap untung kahwin muda. Nanti kita masih bertenaga, masih kuat anak dah pon besar. Kena dah tua, dah tak larat, anak masih kecil, susah juga nak menjaga. (Ramai juga rakan-rakan aku yang berpendapat sebegini)
Pak Andak :Ada betul juga apa yang hang kata tu. Tapi pada saya Amry...kalau kahwin pada umur sekitar awal 30-an pon ok juga. Ada kelebihan dia juga. Macam saya... Sekarang umur saya 43, anak baru 12 tahun. Mungkin saya dah agak tua, anak masih kecil. Tapi saya lihat dari segi ekonomi Amry. Macam amry mungkin melihat dari segi umur kan. Dari segi ekonomi maksud saya umur 55 tahun, EPF boleh dikeluarkan. Pada umur 55 tahun anak saya yang sulung 24 tahun. Adik-adik dia mungkin 18 ke 20 tahun. Saya tengok Amry walaupon pada umur 55 tahun tu saya dah agak tua dan anak baru nak naik remaja atau dewasa. Tetapi pada umur tu mungkin mereka ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Nak sambung belajar memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Cuba Amry tengok timing saya. Pada waktu anak saya ingin menyambung pelajaran. Pada saya sudah tiada masalah kerana saya sekurang-kurangnya ada wang EPF saya yang dapat membantu kos pelajaran mereka. Memang la kita pada usia muda boleh buat ASB, simpan duit tu simpan duit ni di bank-bank. Boleh dikeluarkan pada usia kita dah tua, tapi bukankah dengan adanya wang EPF, ianya sedikit sebanyak membantu juga. Jadi tak perlu nak pening-pening cari duit mana nak sara anak belajar. Tak payah suruh anak mohon pinjaman dah. Anak-anak pon nanti dah habis belajar tak pening-pening nak bayar hutang sana, bayar hutang sini. Yang tengok dari sudut tu Amry. Sebab tu kita kalau nak kahwin, perancangan keluarga tu penting. Bukan pakai kahwin jer. Cuba congak-congak masa depan kita nanti.
Amry : Wah!! Ada benar juga kata-kata Pak Andak tu. Saya tak terfikir pula macam tu.
Begitulah lebih kurang perbualan aku dengan Pak Andak yang membuka sedikit minda aku didalam hal merancang keluarga. Sungguh aku tak pernah terfikir cara Pak Andak merancang keluarga. Idea Pak Andak tu. Selama ni aku fikir kalau kahwin, elok kahwin muda, nanti tak susah sebab waktu kita masih kuat, anak dah besar. Merancang dari sudut ni aku tengok sangat sesuai pada mereka yang mungkin ada masalah kewangan macam tak ada wang simpanan atau ASB atau sebagainya yang boleh digunakan pada usia tua. Bukan semua orang duit poket berkepok k.

Perbualan aku dengan Pak Andak betul-betul memberi sudut pemikiran yang baru pada aku yang belum kahwin ni.. So, merancang keluarga ni sememangnya penting. Tapi sudut yang mana satukah yang  dipilih didalam perancangan tersebut. Sudut usia atau sudit ekonomi. Pada korang, yang mana pilihan korang seandainya korang masih belum kahwin macam aku (Yang dah kahwin pon boleh bagi pendapat)

P/S : Dulu aku fikir kalau cakap tentang merancang keluarga ni sekadar berapa ramai anak yang nak dihasilkan. huhu....




Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

22 comments:

  1. Tidak patut menunggu duit EPF untuk menampung pengajian anak-anak memang tidak cukup. Cara yang dicadangkan adalah mula menambung sebaik sahaja mendapat anak dengan membuka akaun mereka dan konsisten menambung duit didalam akaun anak-anak setiap bulan atau ada lebihan wang

    Pada pendapat saya mengharapkan duit EPF bukanlah bijak kerana ia adalah tabungan yang ada ketika bersara nanti. Apa yang penting tidak kira samada kahwin awal atau lambat ialah amalan menambung peringkat awal memasuki alam pekerjaan.

    ReplyDelete
  2. Apa yang Pak Andak katakan tu ada betulnya. Cuma yang penting kita kena merancang kewangan. Kita tak pasti apa akan jadi masa depan. Adakah kita pasti masa kita boleh keluarkan EPF , kita tak berhasrat nak guna duit tu untuk tujuan lain?
    Masa saya tutup akaun EPF saya dulu, macam-macam benda keluar dalam kepala. Nak beli itu, nak beli ini.. Sebelum keluar duit tu xde apa2.. bila duit keluar je macam2 jadi..
    Satu lagi, jangan risau pasal anak.. Bila Allah kurniakan kita anak, rezeki untuk dia pun Allah sediakan.. InsyaAllah segalanya akan cukup selagi kita terus berusaha.

    Entry terbaru padlie: Jalan-jalan ke Pusat Sains Negara

    ReplyDelete
  3. Jodoh pertemuan, rezeki, dan maut di tanggan Allah kadangkala ia datang tanpa kita duga jadi terima lah hakikat, tetapi kita juga mesti berusaha kearah yang kita rancang semoga diberkati

    ReplyDelete
  4. Nasib baik Jai baru kawin..wakakaka

    ReplyDelete
  5. ERM.. TAPI KALAU ORANG DAH MAMPU, KAWIN MUDA PON OK JUGAK.. PASAL ANAK PULAK, DAPAYT JE ANAK, BUAT SATU TABUNG / SIMPANAN BANK UNTUK DIA.. MACAM SAYA, ANAK SAYA 2 TAHUN TAPI DALAM AKAUN DAH ADA DUIT UNTUK DIA.. NANTI BESAR, PANDAI2 DIA LAH NAK GUNA DUIT TU..

    ReplyDelete
  6. dua-dua ade bagusnya ada buruknya,
    cuma yng penting wat persediaan awal,
    simpanan dari sekarang memang perlu,
    cuma ramai orang muda sekarang beranggapan,
    kumpul duet untuk kawen...
    tapi sepatutnya kumpul duet untuk lepas kawen,

    nak kawen tu jmput2lah ye.. hehe

    ReplyDelete
  7. @akubiomedBetul tu bro...menabung tu lebih terjamin rasanya dari menunggu duit EPF...

    bertambah input disini...

    ReplyDelete
  8. @padlieJangan mengharap pada sesuatu yang belum pasti atau masih belum jelas kan padlie?

    betul la apa kata padlie tu. sebelum duit tu dikeluarkan, memang tak fikir pon nak berbelanja, tapi bia dah ada depan mata, macam2 nak beli.

    ReplyDelete
  9. @Internet Marketingyup.setuju semua tu ketentuan Allah.So kena bersedia dari awal.

    tak boleh juga nak tunggu EPF erk.

    ReplyDelete
  10. @decrewztak per Jai.nanti dah ada anak buka tabung untuk anak ko tu :)

    ReplyDelete
  11. @Fairus Bin MamatMenabung juga yang lebih terjamin kan bro...bagus bro bagus..menabung untuk anak2

    ReplyDelete
  12. @Mr. KAku sangat setuju pendapat ko bro.ramai aku dengar pas kawen, jenuh nak bayar hutang sebab adakan majlis yang besar2.kumpul duit untuk kawen pon penting juga.pas kawen pon penting.

    ReplyDelete
  13. kalau nak harap duit blog ni entah bila agaknya boleh pencen hehe...so,menabung adalah cara yang paling penting untuk masa depan dan juga anak2

    ReplyDelete
  14. Jai ngat nak buka tabung pendidikan tu, apa namanya tah dah lupa..he3

    ReplyDelete
  15. Teman nak mengomen juge lah. KAwen awal bleh, tapi biasanya pasangan muda ni banyak masalah kewangan la.pd aku biase la smua tu, bak kata peribahasa, besusah dahulu, besenang kemudian.ewahh~ mcm keme le skrg ni payah sket, tapi aku yakin Allah tu adil n dah atur yg terbaik utk keme 1 family.wlpn husband aku xkoje skrg, alhamdulillah le xpenah lg lapo xmkn.anak pun xpenah putus susu n pampers.skrg aku nyimpan le juge utk anak masuk U.loan dgn ASB RM40k,KWSP ade le dua tiga kupang.skrg ni o d way nk beli umah kecik2 plak. perancangan peng..hehe

    ReplyDelete
  16. rasenya mungkin usia lebih penting...takut bila anak dah berjaya dalam kerjaya si ayah tak dapt tengok kejayaan tu..

    ReplyDelete
  17. bagi atoklah kan, merancang tu tak salah...tapi kompem ke kahwin muda, anak keluar time tu jugak?? ada jugak kes da kawen belas-belas tahun, tapi baru dpt anak..Bagi kes kawen lambat tu pun sama jugak konsep dia, betul ke kita kawin umur 30, tup tup umur 31 da dpt anak? then boleh plan pegajian dia kelak? Ajal jodoh kuasa Allah kan. So, kalau dah sampai seru tu kawen lah...x perlu nak target umur muda atau tua =)

    ReplyDelete
  18. amry dah nak kwin ke?? haha... laki ok kot kawin lambt.. tp yg perempuannya, sanggup ke tunggu lame2? kalau cik rimau, cik rimau xmau kawin lmabt sgt.. hak3.. tp bg cik rimau, lambat atau cepatnye perkahwinan tu xde masalah sgt.. yg penting perancangan kewangan kita tu.. betul jugak pendapat akubiomed tu.. kalau bukak akaun utk anak lepas dapat anak pun ok jugak.. skurag2nye bile die dah besar, bole gune duit tu je.. hehe (pandangan cik rimau yg masih mentah ag kot.. :-) )

    ReplyDelete
  19. dua-dua kena pk jugak....kena pk juga jarak umur anak ngan parents...kita xtau ajal maut kita bila..slalunya maut ni dikaitkan dengan faktor usia lah.sebabnya kalo usia makin tua makin byk penyakit yang snggah kan...kalo ditakdirkan time umo 40 tu dh kena penyakit mcm2..cmne nak sara anak2 yang masih muda tu.tambah2 baru nak masuk skolah menengah.baru nak akil baligh.rezekii xtau nk cr sndr lagi.duet kalo xde time skolah sape nak bag?kalo masuk u at least ade jugak pinjaman kalo xde duet kan?kalo kat skolah larat ke nak bergantung ngan biasiswa yang xseberpa tu?renung2kan dan selamat beramal..hehehe

    ReplyDelete
  20. satu perkara yg kami belajar.. rancang atau tak rancang, anak adalah rezeki dari Allah.. kita cuma boleh berusaha..

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment