Teknik Mengeratkan Hubungan Suami Isteri
Eccecece..... Ok ok ok ok.... Aku tahu aku sangat tak layak untuk menulis entry ni. Sebabnya aku belum pun bergelar suami. Tapi sebab jari aku ni gatal sangat nak juga tulis entry ni, aku tulis la. Ada siapa nak bantah? :P Bukan dosa pun aku tulis entry teknik menggoda suami ni. Kan kan kan...
Disebabkan aku ni belum bergelar suami. Maka entry teknik menggoda suami ni dicedok daripada mereka yang sudah bergelar suami/isteri yang arif didalam ilmu rumahtangga ni, bersumberkan artikel Utusan Online. Hehe
-----------------------------------------
Lumrah didalam menjalani bahtera kehidupan sebagai suami isteri, kehangatan mungkin hanya dirasai pada awal perhubungan sebelum hubungan itu dirasakan semakin tawar dan hambar. Jika pada awal perhubungan, pantang sahaja anak mata bertemu, pantang sahaja kulit bersentuhan, ianya akan membangkitkan satu rasa, namun semakin hubungan itu dimamah usia, semua itu dirasakan sudah seperti biasa. Dibawah antara teknik yang mungkin dapat menghangatkan kembali hubungan suami isteri yang dirasakan semakin dingin.
Sebelum si suami hendak melangkah keluar ke tempat kerja pada awal pagi, pegang tangan si suami sambil memandang tepat ke arah anak matanya beserta senyuman manis yang terukir dibibir. Cium tangan si suami serta kucuplah bibir atau kedua-dua pipi suami dan ucapkanlah kata-kata yang romantis terhadap suami. Pasti si suami terkedu jika perlakuan itu sudah lama tidak dirasai.
Jika itu dirasakan tidak mencukupi, sediakanlah nota kecil tanpa pengetahuan suami anda yang menyatakan rasa kasih dan cinta anda kepada suami dan masukkanlah kedalam poket atau beg suami anda. Ianya pasti akan membuatkan si suami lebih menyayangi anda saban hari.
Hubungi si suami pada waktu rehatnya dan tanyakan bagaimana kerjanya pada hari tersebut. Tanyakan juga samada si suami sudah makan atau belum. Atau jika si suami sering pulang ke rumah untuk makan bersama, tanyakanlah dia kan pulang atau tidak pada hari tersebut. Tanyakan juga menu apakah yang diinginkannya.
Sewaktu menghubungi si suami, berbicaralah dengan suara yang lembut serta manja. Di akhir bicara, beritahulah si suami yang anda merindukannya dan menunggu kepulangannya.
Disaat si suami pulang dari kerja, sambutlah kepulangannya dengan mesra. Pelawa si suami masuk dan pimpinlahlah si suami untuk berehat seketika melepaskan lelah sebelum membersihkan diri. Baringkanlah suami di ribaan anda sambil mengurut lembut tubuh si suami pada bahagian tangan, bahu, serta kening Pastikan rumah sentiasa kemas dan diselubungi bau aroma yang lembut lagi menenangkan serta pasangkanlah muzik yang romatik.
Sebelum anda dan suami bersiap-siap untuk melelapkan mata di kamar, kenakanlah pakaian yang dapat membangkitkan ghairah si suami seperti pakaian yang jarang yang menampakakan susuk tubuh anda. Jika bilik air berada didalam kamar, bukakan sedikit pintu bilik air dan lakukan aksi anda membersihkan diri yang mungkin dapat membuatkan si suami tidak senang duduk
Letakkan juga bau-bauan yang digemari si suami untuk anda memakainya. Letakkan di leher, belakang cuping telinga, serta bahagian dalam peha yang pasti dapat membangkitkan rasa si suami.
------------------------------------
Ops!! Ada teknik yang aku rasa aku tak nak taip... Seram sejuk jer rasanya nak taip pun.. Haha... Paham-pajam jer lah yer yang mana yang dah berumah tangga tu. Hehe....
Bagi aku la sebagai seorang lelaki yang belum berkahwin, mana-mana lelaki sekali pun, kalau si isteri menjaga kebajikan si suami, melayan suami dengan baik, sentiasa memahami, si suami pasti akan merasa ingin senantiasa berada dekat disamping isteri. Senang kata, si suami tak kan mencari lain. Heee
Perkataan 'Saling' tu penting dalam rumah tangga. Setuju??
Ops!! Ada teknik yang aku rasa aku tak nak taip... Seram sejuk jer rasanya nak taip pun.. Haha... Paham-pajam jer lah yer yang mana yang dah berumah tangga tu. Hehe....
Bagi aku la sebagai seorang lelaki yang belum berkahwin, mana-mana lelaki sekali pun, kalau si isteri menjaga kebajikan si suami, melayan suami dengan baik, sentiasa memahami, si suami pasti akan merasa ingin senantiasa berada dekat disamping isteri. Senang kata, si suami tak kan mencari lain. Heee
Perkataan 'Saling' tu penting dalam rumah tangga. Setuju??
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
Setuju sangat :)
ReplyDeleteHARAP2LAH ISTERI AKU DAAT JUMPA DAN BACA ENTRI CAMNI.. :)
ReplyDelete@padlieTQ bro :)
ReplyDelete@fairusBiar isteri ko jumpa sendiri...kalau dia terjumpa, dia praktik, bermakna dia ikhlas...
ReplyDeletetapi kalau kita bagi dia baca, dan mengharap dia ikut..kita rasa macam dia terpaksa pulak kan...
so,jangan paksa asal bahagia..kan bro.. (apa aku mencarut ni..kah kah kah)
nak harap isteri ko jumpa blog aku ni...berjanggut la kot...blog aku ni bukan hebat SEO pun..ayat pun cilok punya..hehe
AMRY : HAHAHA.. TAU TAKPE..
ReplyDeleteSaya nk try la . Tq broo
ReplyDeletehhahahah yang pintu bilik air sikit tu kelakar, haahahhahaha cam dalam citer porn plak hahaha
ReplyDelete