Baru-baru ni aku balik kampung untuk membeli kelengkapan adik aku yang akan melanjutkan pejaran dia ke matrikulasi pada 27 Mei ni. Itu janji aku kot sebab aku tak tau nak bagi hadiah apa, jadi aku cakap kelengkapan dia aku tanggung.. kah kah kah... sungguh tak der class der aku ni. :P
Dalam pada aku balik kampung macam biasa aku akan lepak ngan sahabat aku yang sorang tu kat kampung. Sebelum tu aku call dia bagitau aku ada kat kampung, kot-kot dia free bolehlah lepak.. Dalm jam 9 aku call dia, aku baru sampai juga kat kampung waktu tu, terus dia ajak aku tuk menyertai konvoi perarakan menyambut kedatangan salah seorang pemimpin politik ni.... Alamakkk.... aku cuba ngelat lah, sebab aku kurang berminat.. Aku bagitau dia nanti aku bagitau lain kalau aku nak join... Sebenarnya dia dah bagitau aku sebelum ni, tapi aku lupa... tak sangka hari konvoi tu hari aku balik kampung tu.. hmm
Bosan juga kat umah tak tau nak buat apa, aku pun pergi lah kat umah member aku tu, tapi aku tak cakap pun nak join konvoi perarakan tu. Dah sampai rumah member tu rupa-rupanya konvoi perarakan tu tak jadi... Akhirnya aku lepak la ngan member aku tu kat kedai kopi...
Tapi waktu aku melepak tu, member aku ada bagitau yang malam nanti ada ceramah politik. Pulak.... Macam biasa aku cakap kalau rajin aku datang.
Malam tu aku perlu hantar mak dan adik aku ke rumah sahabat mak aku tuk siapkan persiapan perkahwinan anak sahabat mak aku ni dan aku perlu melintasi kawasan ceramah tu... Nak siapkan munge-munge tuk persiapan perkahwinan tu.. Mahap lah sebab tangan aku ni bukan tangan seni... Aku pun call member aku tu dia ada mana, dia cakap dia tunggu pemimpin ahli politik tu dengan peserta konvoi yang lain... Bosan punya pasal aku pun singgah la ngan kumpulan tu... hahaha... sekali diorang pacak bendera bapak punya besar kat tingkap kereta aku... hamik kau... (sah orang ingat aku ni penyokong kuat). Peduli apa aku, aku suka suka jer der... Tak ramai pun yang berkonvoi tu sebab malam, planning pun out, kereta VIP ke depan, sepatutnya ahli konvoi la kat depan kereta VIP kat belakang kan.. hm.. Macam mana la aku terjoin konvoi ni..adess...
Bosan punya pasal, nak lepak ngan member punya pasal, akhirnya aku join dengar ceramah tu.....
Yang mana pernah menyertai ceramah politik tu al maklumlah, suara orang kat depan yang bagi ceramah tu bukan menggunakan nada macam nak bersajak k... nada dia ada rasa marah, rasa geram, rasa semangat dan macam-macam rasa lagi... Aku sebagai pendengar diam jer sambil tersenyum, orang tepuk aku senyum gak... Yang penyokong kuat tu ada la yang terjerit-jerit kutuk parti yang lagi 1.. Akhirnya ceramah berakhir lebih kurang jam 1.. Aku ngan kawan-kawan aku pergi makan yang disponsor, sapa sponsor aku tak tau. Last, aku dan beberapa orang membersihkan tapak ceramah tu
-----------------------------------
Aku cerita perjalanan aku menyertai ceramah ni sebab aku tak nak cerita apa isi kandungan ceramah tu.....
Aku tak nak sebut parti mana parti mana....
Macam biasa dalam ceramah politik ni, kawan tu tuding tu kawan ni tuding ni.. sebab tu aku senyum jer sepanjang ceramah tu....
Dalam politik tak lari pasal duit. Antaranya... "Seronok la bang mat (bukan nama sebenar) dapat banyak duit la tu diorang guna tapak bang mat". Aku tak nak bagitau apa bang mat balas kat orang yang cakap tu sebab kalau aku cakap terus tau parti mana-parti mana. Cukup aku cakap sekali bang mat jawab orang tu blah macam tu sahaja dan aku setuju dengan jawapan bang mat :D
Nak tau aku sokong parti apa??? Soryy bro...sangat sensitif.......
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
HIDUP...HIDUP... HAHHA, DAH NAK DEKAT PILIHANRAYA NI, MACAM2LAH CERAMAH SANA SINI..
ReplyDelete@fairushaha...terjoin bro...sekali sekala nak jadi orang politik..miahaha
ReplyDelete