Home » , , , » Cerita Lucu Seorang Blogger Terkenal Malaysia

Cerita Lucu Seorang Blogger Terkenal Malaysia

Kisah Lucu Seorang Blogger Terkenal Malaysia

Saban hari pasti akan ada blog-blog baru yang dihasilkan, mungkin berpuluh-puluh, beratus-ratus, beribu-beribu. Ada yang bina blog tuk dapat duit, nak cari kenalan, nak kongsi kisah hidup, macam-macam lagi. Begitu juga dengan kepuasan diri si blogger dengan membina blog. Kepuasan mungkin dicapai apabila blog yang dihasilkan cantik. Ada munge-munge, mungkin kepuasan akan dicapai bila ada yang melawat blog dia walaupun hanya sekadar meninggalkan komen di 'Shoutbox'. Atau kepuasan dirasai apabila ada yang sudi membaca entry yang dihasilkan dan meninggalkan komen. Macam-macam lagiah kepuasan yang dirasai bergantung kepada niat si blogger tersebut daialam menghasilkan blog.

Pada blogger baru, mungkin mereka akan rasa seronok apabila mereka mempunyai ramai 'follower' beribu riban. Seolah menandakan dengan mempunyai ramai 'follower' membuktikan blognya menarik dan mempunyai ramai peminat.

Lama-kelamaan, satu perasan yang hampir sama dirasai dan hampir dingini oleh kesemua blogger akan dirasai iaitu kepuasan melihat angka pelawat yang masuk ke blog setiap hari. Apabila dirasai kepuasan berblog bukan sekadar ada yang meninggalkan komen, bukan sekadar memiliki 'follower auta' yang beribu riban. Tetapi sejauh mana blog tersebut menjadi tumpuan pengguna internet dari seluruh negara. Dan yang paling penting adakah blog tersebut mempunyai ramai pelawat disebabkan oleh 'jenama' blog itu sendiri sehinggakan pembaca akan jatuh cinta pada blog tersebut walaupun pertama kali melawat blog tersebut.

Refresh Blog Setiap 5 Minit Untuk Melihat Jumlah Pelawat

Mungkin ada diantara kita yang pernah lakukan perkara diatas, terutama apabila ada entry baru yang dihasilkan. Kepuasan mungkin dirasai apabila ramai yang melawat entry baru tersebut, dan jumlah pelawat mendadak naik dengan adanya entry baru tersebut. Sebaliknya kecewa apabila entry tersebut tidak mendapat jumlah pelawat yang ramai atau jumlah pelawatnya semakin menyusut selang 2 3 hari selepas entry tersebut dihasilkan.

Semua blogger adalah sama, bermula dari bawah. Blogger terkenal Malaysia juga pernah melakukan perkara yang sama seperti di atas. Gembira melihat jumlah pelawat yang ramai, kecewa melihat tiada pelawat pada hari tersebut. Kini blogger terkenal tersebut mampu meraih jumah pelawat hampir 200 ribu orang sehari dan hampir 5 juta pelawat dalam sebulan!

Pada bogger yang masih baru, mungkin itu bukan perkara lucu, sebaliknya mungkin itu sering dilakukan. Tetapi bagi blogger yang mempunyai Alexa Traffic Rank pada kedudukan 10,305 dan mempunyai Google Pagerank pada level 3, mungkin itu sesuatu yang melucukan jika setiap 5 minit dia perlu refresh blog untuk melihat peningkatan jumlah pelawat blognya.

Entry ni aku nak tekankan yang semua orang boleh berjaya dalam dunia blog. Semua orang bermula dari 0. Tetapi yang membezakan blogger itu adalah usaha dan kesungguhan dia untuk berjaya didalam dunia blogging.

Pada luarannya, budak umur 12 tahun pun boleh menghasikan sebuah blog, tetapi untuk berjaya didalam dunia blogging, Professor pun belum tentu boleh.

Blogger terkenal yang aku maksudkan adalah blog..................
BeautifulNara.com (Sure tahu blog ni kan)
Entry ni bersumberkan daripada entry Bounce Rate Blog BeautifulNara Memang Gila

InsyaAllah entry lain akan menyusul bersumberkan sumber yang sama...... Tak janji der... Kalau aku rajin... Hmm.... Angan-angan jer la aku ni nak jadi blogger terkenal macam blog Abang Nara tu kan... (Sila muntah)

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

7 comments:

  1. BLOG AKU PUN TAK BANYAK PENGUNJUNG BRO... TAPI ALHAMDULILLAH, NAIKLAH JUGA BERBANDING DULU..

    ReplyDelete
  2. @fairussorry to say bro...aku ikhlas cakap..dulu blog ko memang biasa..sekarang aku rasa blog ko dah menarik..entry ko menarik...tak hairan pengujung ko meningkat dan ada pengunjung setia...
    aku kadang timbul kadang tenggelam, sma la cam aku komen kat blog ko...malas punya pasal..hehe

    ReplyDelete
  3. sebab blog Beautifulnara berjaya dengan jayanya maka tumbuh la blog2 yg konon nk jd klon beautifulnara walau tak berapa nak menjadi sebabnya.. dorang cuma kejar populariti,trafik & side income smpai blog dorang takde identiti & entri pun buat entri yg berpuluh2 blogger lain dh buat.. blog meniru pepaham je la, kan?? Imej mereka di bayangi blog yg dah berjaya dgn identiti mcm tu

    ReplyDelete
  4. SAMALAH..BLOG AKU PUN NAIK TURUN NAIK TURUN NAIK..WAHAHA..

    TAKLEH BANDINGKAN DENGAN BEAUTIFUL NARA..POPULARITI MENDADAK SEBAB PAKAI DOMAIN SENDIRI..KITA NI BLOGSPOT JE,..HUHUHU.. APAPUN..NICE ENTRY..CAYARAH!!

    OTAI SEMPOI

    http://sempoicornerdisini.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. @THE LEKAT LEKIT STORYtak semestinya, blog dengan template yang sama tetapi kreativiti berbeza.. barulah boleh compete.. meniru tu.. blogger hebat macam itsmesaiful,xlupa.com,syumbakparox pun sama..tapi kredit ada.. hah..

    tah hapetah aku mlalut ni..wahaha

    ReplyDelete
  6. Wow 200ribu orang perhari, mantap dah pokonya :)

    Blogwalking ya sob
    http://laba2laba.blogspot.com

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment