Home » » Amry's Blog Mohon Maaf

Amry's Blog Mohon Maaf

Video Kanak-Kanak Didera | Amry's Blog Mohon Maaf

Berikutan entry aku bertajuk 'Video Kanak-Kanak Didera', disini aku ingin memohon maaf kepada wanita yang merakam perlakuan seorang ibu yang memukul anaknya.
Tanpa mengetahui perkara sebenar, aku terus mengkritik perlakuan wanita tersebut yang hanya merakam perlakuan ibu kanak-kanak tersebut.
Berdasarkan cerita sebenar daripada wanita bernama Nor itu, dia merakam video tersebut hanya untuk dijadikan bukti kepada pihak polis kerana tidak mampu menghalang perlakuan ibu kanak-kanak tersebut.
Nor tidak tahu siapa yang memuat naik video yang dirakamnya pada tahun lalu kedalam internet dan sekaligus mendapat kritikan hebat daripada masyarakat sekeliling.
Nor juga menafikan yang kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan trauma seperti yang dikatakan oleh pengguna-pengguna facebook dan twitter. Sebaliknya kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan ceria dibawah jagaan keluarga angkatnya.




--------------------------------
Moral of the story, jangan menghukum tanpa mengetahui perkara sebenar.

p/s : Padan muka aku...... 

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment