Home » , » Ainan Tasneem Kemalangan Di NPE

Ainan Tasneem Kemalangan Di NPE

Ainan Tasneem Kemalangan Di Lebuhraya NPE


Penyanyi lagu 'Aku Suka Dia', Ainan Tasneem mengalami kemalangan sewaktu melalui lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) pada 21 Julai 2013 (rabu) sekitar jam 2.30 petang.

Merujuk Facebook Penyanyi Ainan Tasneem, kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki bersama rakannya dilanggar dari belakang sewaktu menuju ke Bandar Tasek Selatan.

Sewaktu kejadian, kenderaan yang dinaiki Ainan Tasneem dan rakannya ingin membelok ke kiri dan kenderaan di belakang ingin ke kanan.

“Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar,  tayar kereta juga terkeluar dari tempat tayar , jadi besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah itu sahaja"

Walaubagaimana pun, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Aku Suka Dia' dan rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Gambar MyVi Ainan Tasneem Yang Terlibat Dengan Kemalangan Di Lebuhraya NPE


Sumber Ainan Tasneem Kemalangan Di NPE : Sinar Harian

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment