Gambar Dan Biodata Suami Baru Abby Abadi

Gambar Dan Biodata Suami Baru Abby Abadi


Tara..... Kecoh aih cerita Abby Abadi dah kahwin.. Siapa yang ikut cerita Abby Abadi, peminat Abby Abadi mesti tahu la cerita ni kan...
Alkisahnya, Abby Abadi sudah pun bergelar isteri orang.....
Kalau Abby Abadi dulu bergelar isteri kepada pelakon Drama Gerak Khas, Norman Hakim, kecoh pula kes perceraian diorang, kini, Abby dah buat satu pengumuman yang dia sudah pun bergelar isteri orang.

Biodata Suami Baru Abby Abadi :
Nama penuh : Muhammad Noor Farhan Che Bakar
Umur : 24 tahun
Asal : Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
Pekerjaan : Pembantu Kedai Butik

Peminat-peminat Abby Abadi comfirm follow rapat-rapat cerita si Abby ni kan. Kisahnya, selepas 12 hari bernikah dan sah bergelar suami isteri, baru la Abby Abadi announce pernikahan dia dengan suami baru dia.

Bagaimana Perkenalan Abby Abadi Dengan Farhan?

Perkenalan Abby Abadi dan Farhan hanya lah 2 minggu.
Pertemuan pertama mereka adalah di sebuah pasaraya di ibu kota dan ketika itu masing-masing saling berpandangan.

“Pada pertemuan yang tidak disangka itu kami saling memandang dan mengerling antara satu sama lain. Selepas itu adalah dua tiga kali kami berhubung kerana saya sibuk menguruskan butik Muslimah di Taman Melawati.

“Ketika itu kami membahasakan diri adik dan kakak. Dalam masa dua minggu berkawan, dia menyuarakan hasrat hati mahu menjadikan saya teman wanitanya, tetapi saya kata dalam Islam mesti ada hubungan yang sah jika tidak, hubungan itu hukumnya haram. Terus dia melamar saya dan saya kata kepadanya, ‘beraninya awak melamar saya.’

Sumber Gambar Dan Biodata Suami Baru Abby Abadi - Nurizspace.com
------------------------------------------------------
p/s : Macam mana aku boleh tertulis cerita artis plak ni? Hahaha

2 comments:

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks