Home » , , , » Cara Bina Landing Tab Fan Page

Cara Bina Landing Tab Fan Page

Apakah Landing Tab

Landing Tab merupakan satu tab khas yang boleh dihasilkan didalam Facebook Fan Page. Banyak Page yang mempunyai Landing Tab terutama Page rasmi atau Page perniagaan. Ini kerana Landing Tab dapat memudahkan lagi satu-satu penerangan berkenaan produk atau servis disampaikan lepada pengunjung atau liker satu-satu page. Ini kerana Landing Tab tidak bersifat seperti Timeline yang mana kedudukan nya sentiasa berubah. Berbeza dengan Landing Tab yang mana kedudukan tab sentiasa di atas sebelah kanan dan mudah dilihat. Selain daripada itu, isi kandungan Landing Tab juga boleh dihasilkan mengikut kreativiti yang mana didalam Landing Tab, boleh dimasukkan video atau borang pesanan.

Kepentingan Landing Tab

Selain memudahkan keterangan satu-satu produk atau servis disampaikan kepada pengguna Facebook, Landing Tab juga mampu digunakan untuk meningkatkan jumlah like serta menambah bilangan Subscriber jika anda menggunakan Autoresponder iaitu dengan menggunakan Fan-Gate. Fan-Gate bermaksud seseorang itu perlu melakukan sesuatu sebelum satu-satu content dapat dilihat seperti klik butang 'Like' atau isi form tertentu. Contoh :
Ahmad masuk ke dalam page 'Menguruskan Badan' dan berada di dalam tab 'Petua menguruskan badan' Namun untuk melihat petua menguruskan badan tersebut, Ahmad perlu klik Like terlebih dahulu sebelum isi kandungan tab petua menguruskan badan tadi dapat dilihat.
Contoh yang hampir serupa - http://on.fb.me/131Tjev

Dengan cara ini :
1. Bilangan Like bertambah
2. Like adalah berkualiti (orang yang like adalah orang yang sememangnya ingin Like page tersebut
3. Prospek bertambah

Cara Bina Landing Tab Fan Page

 Mudah jer nak bina Landing Tab ni. Lihat video dibawah cara bina Landing Tab

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment