Home » , , » Hantu Bonceng Persenda Agama

Hantu Bonceng Persenda Agama

Filem Hantu Bonceng Arahan Ahmad Idham Persenda Agama


Filem Hantu Bonceng


Filem Hantu Bonceng Persenda Agama
Whoop!! Filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham persenda agama?? Saper dah tengok filem ni? Aku tak tengok lagi, kalau aku rajin aku tengok kejap lagi..... Respon baik daripada penonton terhadap filem bergenre seram komedi ni yang telah pun mencatat kutipan RM5.5 juta setakat ni. Aku percaya salah satu faktor penarik terhadap filem Hantu Bonceng ni adalah pelakon utamanya sendiri, Zizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak yang memegang watak Amran, seorang mat rempit.

Balik pada topik. Filem Hantu Bonceng persenda agama. Tang mana yang dikatakan persenda agama tu? Sebab ada scene-scene yang zizan terjerit-jerit sebut dua kalimah syahadah...? Terjerit-jerit laung azan? Terjerit-jerit sebut "Ya Allah Ya Allah"?

Pada aku la, aku tak rasa itu perlakuan yang dilakonkan tu persenda agama. Mungkin kurang baik sikit la sebab terjerit-jerit kan. Lagi satu filem ni bukan berunsur dakwah, tetapi seram komedi, jadi bila terselit ucapan-ucapan tu, langsung dikata persenda agama. Cuba kalau diorang sebut h***m j***h ker, b**i ker, p*****k ker, s**l ker, apa cer pulak. Tentu dikata menunjuk sikap yang tak baik pulak pada penonton terutama remaja. Hanya kerana baju yang dipakai ada tertera perkataan "T", langsung dikata persenda agama kerana "T" tu lambang agama kristian. Ayoo. Perkataan saja ma.. Aku tak rasa Ahmad Idham mempunyai maksud mengajak penonton puja agama kristian hanya kerana baju tertera perkataan "T" tu kan. Dia pun orang islam.... Dikenali pula. Tak kan dia nak buat macam tu.

Tengok wayang atau filem, bukan sekadar menonton. Orang-orang seni ni, penyampaian diorang penuh dengan mesej-mesej tersirat dan tersurat. Jangan menilai pada yang tersurat jer. Nama pun orang seni.

Sorry to say...... aku rasa kita terlalu cepat melatah. Hanya kerana filem ni ada sentuh bab-bab agama terjerit-jerit sebut kalimah Allah kita dah kata persenda agama. Isu agama memang sensitif, tapi dalam kes ni aku rasa dah jadi terlalu sensitif la plak kan.

Fikir positif, filem ni mesej tersirat nak mengajar penonton supaya jangan sebut perkataan-perkataan mencarut. Bukan persenda agama. Banyak filem-filem luar yang bagi contoh perlakuan budaya yang tak baik yang mempunyai lebih banyak mesej-mesej tersirat yang maha bahaya kepada penonton. Hanya kerana diorang bukan orang islam, kita tak kata apa pulak.

Aku tak sokong Ahmad Idham, tak sokong mana-mana. Buktinya aku belasah dua-dua belah. Kepada Ahmad Idham. Reaksi pelakon boleh jadi trend kepada penonton. Contoh macam "cer citer cer citer". Takut budak-budak kat luar tu menjadikan ucapan-ucapan kalimah allah tu sebagai trend dalam antonasi diorang. Budak-budak kat luar tu pulak bila kita kata trend, bermaksud budaya atau ikutan, takut ucapan-ucapan tu dijadikan budaya, bukan penghayatan. Bila jadi budaya, tu yang boleh jadi persenda agama bila situasi yang tak betul pun disebut ucapan tu.
Ucapan-ucapan kalimah Allah lebih baik kalau disebut dalam keadaan tenang. Terjerit-terjerit ni macam kurang elok la kan....

Ada sesaper nak bidas aku balik?? Silakan-silakan..... Aku tak kata aku betul 100%. Ini hanya pendapat aku jer. Hehe...

>>> UPDATED <<<
Aku dah tengok filem Hantu Bonceng ni. Aku rasa tak ada la senda menyenda agama dalam filem tu. TAK ADA. Jangan terlalu sensitif. Diorang tak ada mengubah apa-apa makna atau maksud pun pada ucapan-ucapan kalimah Allah tu. Mungkin yang boleh jadi isu ni kerana cara penyampaian atau cara diorang mengucapkan ucapan tu la kot dan juga situasi semasa diorang mengucapkan kalimah Allah tu. Benda ni jadi isu pasal tersangkut dengan agama. Bila sorang yang mulakan, semua pakat nak amik port. Membesarkan lagi perkara 2, walhal, tak ada apa pun.

Cuma ada juga la scene-scene yang kureng sikit pada mata aku, dan mungkin juga pada mata kita orang islam. Setelah aku tengok filem hantu bonceng ni tadi, memang kurang sopan sikit la zizan pakai baju "Death Note" tu. "T" tu terlalu menonjolkan simbol "tu". Aku kata kurang sopan k, bukan mempersenda agama.

"Nampak hantu, bogel depan dia". Tahyul!!! memang la tahyul.... tapi aku rasa budak-budak 12 tahun pun boleh fikir ma benda tu betul atau salah. Budak-budak dalam panggung tadi pun gelak tengok scene tu. Budak-budak pun tahu benda tu hanya jenaka.

Filem Hantu Bonceng ni bergenre KOMEDI SERAM. Ok. Janganlah bangkitkan isu.

Peace!!

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

14 comments:

  1. TAK TENGOK LAGI, TAPI PASTINYA BEST CERITA NI...

    ReplyDelete
  2. aku pun tak tengok agi bro..ingat nak tengok la ni..panas juga isu ni..waktu aku buat entry ni tak tengok pula entry2 orang lain...ramai yang pangkah..Hm...entry ni risau gak,kang aku pun kena pangkah..huhu

    ReplyDelete
  3. saya dah tgk semalam. org yg melatah ni sebenarnya adalah dari golongan negatif yg sengaja nak cari salah org. plis lah!

    cerita tu sgt banyak mesej yg bagus walau dalam bentuk lawak.

    malas la nak layan isu-isu macam ni.

    ReplyDelete
  4. btol..agaklah > dh tgok dah. mcm acu tak acu je. gi jumpa imam pun, imam main2... atleat part tu perlulah serius sket... x smestinya cite klaka smua skali kene klaka, smpaikan bab agama jatuh nombor 2.

    ReplyDelete
  5. alamak..tak layan la genre mcm nie huhuhhhh

    ReplyDelete
  6. tak pernah tgok lg..tp ni pendapat sy plak..sbb tu dlm Islam tak galakkan buat citer2 mcm ni..bila scene yg terjerit2 tu, mmg tak sopanlah kalau kalimah suci nampak mcm dipermainkan..sptutnya cerita mcm ni tak perlu lah utk masyarakat Islam..cuba buat yg lebih berilmiah..tp tetap lawak..jd tak ada isu mcm ni yg akn keluar :)

    ReplyDelete
  7. tak tgk lagi cerita nie.. so tak boleh nk komen pape... hehe

    ReplyDelete
  8. sebab zizan terjerit jerit je ke..mmm tak isu depa ni cari isu pulak

    ReplyDelete
  9. saja tambah isu kot.. aku tak tengok lagi... huhu

    ReplyDelete
  10. ada baca pasal ni ari tu... tp xleh komen pasal lum tengok..

    ReplyDelete
  11. hahaha...atok pun dengar feedback yang bagus dari penonton tau...atok tak tengok lagio.....nak p tengok nih!

    ReplyDelete
  12. BRO... TAKDE CITER BARU.. WAH DAH MENIAGA DI MUDAH.MY.. ADA KEMAJUAN... BAGUS BRO...

    ReplyDelete
  13. Belum pergi tengok pun hantu bonceng ni.
    cuma terkejut juga ada orang kata persenda
    agama.

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment