Restoran Nasi Kandar | Kedai Mamak

Malu Bekerja Di Restoran Mamak


restoran nasi kandar | kedai mamak

Boleh tahan juga gaji kat kerja kat restoran nasi kandar a.k.a kedai mamak ni erk. Terkejut juga aku tengok RM2500 tu, gaji aku pun tak sebanyak tu. Kenapa nama persatuan diorang Persatuan Restoran Muslim Malaysia?? Kenapa dipanggil kedai mamak?? Sebab majoriti pengusaha Restoran Nasi Kandar ni adalah India Muslim.

Aku pernah bekerja di restoran nasi kandar atau lebih dikenali kedai mamak di kampung aku sewaktu aku habis SPM dulu seingat aku. Tapi bukan restoran nasi kandar yang besar la... kecik jer. Restoran tu pun aku rasa tak masuk kot dalam Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma). Aku sebagai pembantu kedai, gaji aku sekitar RM500 jer.

Penang salah satu negeri yang mempunyai banyak rangkaian restoran nasi kandar ni. Macam-macam nama... Restoran Nasi kandar Pelita, Restoran Nasi Kandar Kayu, Restoran Nasi Kandar Line Clear, Restoran Nasi Kandar Subaidah dan banyak lagi lah.

25000 kerja kosong yang ditawarkan Presma. Yang terisi hanya 200 kekosongan. 200 tu pun bukan orang melayu.... Kalau kita tengok pun, pekerja restoran nasi kandar a.k.a kedai mamak ni kebanyakannya adalah orang india, india muslim ataupun orang Sabah Sarawak. Setengah restoran nasi kandar ni pulak, ada yang mengambil pekerja luar seperti abang Bangladesh. Kenapa yer kurang orang melayu yang nak kerja kat kedai mamak? Gaji boleh tahan. Makan dah disediakan, Sesetengah restoran nasi kandar yang besar-besar ni, asrama pun disediakan. Malu bekerja di kedai mamak??

Ni pendapat aku la kan.... Mungkin berdasarkan pengalaman aku juga kot sebagai bekas pekerja Restoran Nasi Kandar a.k.a kedai mamak. Bukan sekadar malu nak kerja kat kedai mamak ni alasannya... Antaranya
* Kerja banyak - pergh! sesetengah kedai mamak ni, pelanggan non-stop wooo..... setiap ruang penuh dengan pelanggan.... Ha.. memang tak da masa nak ngulor. Perlu senantiasa memerhatikan pelanggan dan melayan pelanggan. Penat woooo
* Dimonopoli oleh orang india muslim - Tak nak diperlekeh oleh rakan-rakan sebagai pekerja restoran nasi kandar atau kedai mamak. Kang tak pasal-pasal kena cop tutttttttt.....
* Mind set - Kerja kat restoran nasi kandar atau kedai mamak tak ada standard. Sebab restoran nasi kandar ni tak macam restoran kat hotel-hotel mewah yang ada class. Ecehhhh...
* Memilih kerja - Yang ni tak payah aku nak ulas. Paham-paham sendiri.
* Tak sabar dengan kerenah pelanggan - Jangan perkecil benda ni. Bukan semua orang boleh sabar melayan kerenah pelanggan woo.... pelanggan ni macam-macam perangai. Dapat pelanggan yang nak dilayan macam raja, tak telayan ko. Aku pernah kena. Air tin minuman dia pun dia suruh aku buka kan. Marang sekepar betul. Panas kejap aku. Customer always right. Huhuu
* Sensitif reason - Yang ni aku tak nak ulas. Kang kena saman aku ngan Presma, tak pasal-pasal. hehehe

Ada sesaper nak tambah??

P/S : Kurang gemar makan nasi kandar :P

4 comments:

  1. Depan rumah ni baru buka restoran mamak yg besar. amat mendukacitakan rangkaian restoran mamak kini dimonopoli org cina.pekerja india tapi tokei besar disebalik imej islam yg dipaparkan adalah org cina.pertama kali aku gi kedai mamak dgr radio cina....skrg ni rasa xhalal je mkn kt restoran mamak...sudah byk yg menyamar islam

    ReplyDelete
  2. @saifudinBaru teringat...pernah jadi isu juga kes ni dulu..kan.restoran mamak tapi tkei dia bukan muslim atau islam..yang kes hari tu rasanya tokei dia india beragama hindu...seingat saya la

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks