Buat Duit Dengan Mudah.my

Buat Duit Dengan Mudah.my

Buat Duit Dengan Mudah.my

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Moga berada dalam keadaan sihat wal'afiat disamping orang tersayang. Masih dalam mood raya?? :)

Alhamdulillah. Hari ni 4 Sept 2011 mungkin hari yang agak bersejarah la buat aku sebab selama aku bergelumang dengan dunia online ni, hari ni aku berjaya mendapat sedikit pulangan hasil dari penggunaan internet dengan bantuan Mudah.my. Huhuhuu...

Agak teruja sebab iklan yang aku buat tu tak sampai 5 minit disiarkan di Mudah.my terus ada customer call aku nak barang tu..... Alhamdulillah syukur sangat.

Pendapatan Pertama Dengan Mudah.my

Memang tak asing lagi, memang ramai yang dah buat atau jana pendapatan dengan medium pengiklanan Mudah.my ni. Ada yang jadikannya pendapatan sampingan, tak kurang yang menjadikan Mudah.my ni sebagai lubuk pendapatan diorang atau medium mempromosikan produk-produk syarikat diorang (Company). 

Oleh kerana Mudah.my ini mampu memberikan pulangan kepada mereka yang terlibat, ada golongan bijak pandai ni yang mengambil peluang dengan menerbitkan ebook-ebook atau produk-produk yang menerangkan teknik-teknik atau panduan buat duit dari mudah.my ni berdasarkan pengalaman mereka.

Kalau kena caranya memang boleh buat duit dengan Mudah.my atau geng-geng seangkatan dia seperti lelong.com.my. Yang lebih advance lagi, Ebay, International Market.

Tak sampai 5 minit, barang terjual. Agak mengujakan sebab aku first time beriklan di Mudah.my tu. Aku tak ada pun beli produk panduan buat duit dengan Mudah.my. Mungkin dah rezeki aku. Barang yang aku jual tu pun memang murah ler aku kasi. Memang aku nak letgo pun. Tak pakai.

Ada juga cita-cita nak try biz ni.. hehehe... InsyaAllah. Mula-mula ni belajar dengan Mudah dulu, pas tu baru tembak Ebay... Hee... Sekarang ni memang blur pasal biz ni. Dropship apa kebenda semua aku tak tahu lagi. Akaun Paypal ada, tapi tak tahu nak guna.... :P

Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my

 Disebabkan urusan jual beli menggunakan medium internet, tidak secara face-to-face, pastilah kena ada panduan dan teknik yang betul. Betul tak. Meyakinkan pembeli tu penting. Menggunakan logik akal, jika kita nak berurusan dengan medium pengiklanan macam ni, panduan secara umum lebih kurang macam ni lah....
* Berikan maklumat terperinci tentang diri supaya mudah dihubungi
* Snap gambar produk dari sudut yang jelas.
* Terangkan serba sedikit (detail lebih baik) tentang produk tersebut
* Terangkan condition barang tersebut.
* Berikan sebab mengapa ingin dijual barang tersebut (perkara remeh tapi penting)
* Tempoh telah digunakan (barang baru atau pernah diguna pakai)

Nak lagi terperinci, nak lagi serius, dapatkan produk "panduan buat duit dengan Mudah.my" dari saudara Hafizi Zain.

P/S : Nak try barang lain pulak pas ni..InsyaAllah :)

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. AKU PERNAH JUAL BARANG KAT MUDAH, SEKALI JE LAKU. AKU JUGA PERNAH BELI BARANG KAT MUDAH...

    ReplyDelete
  2. pernah berniaga kat ebay.. kalau nak berniaga kat ebay.. kene study habis-habisan.. kalau salah step.. iP kita kene band

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi berurusan di MUDAH.. ;)

    ReplyDelete
  4. Aku regularly jual barang kat Mudah neh.. memang mudah jual. buyers pun ramai..

    ReplyDelete
  5. tahniah!!! leh jadi usahawan online nie..cayalah bro..

    ReplyDelete
  6. Menarik, but ebook hafizi zain agak mahal bagi saya. Mungkin saya beli di lain masa bila modal mencukupi. Mudah.my nie mempunyai pasaran yg menarik untuk diterokai.

    Terima kasih for the valuable info,
    Usahawansme.com

    ReplyDelete
  7. kepada sesaper yg dah beli ebook tu, tak boleh ke share free je dgn kengkawan lain?

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment