Jual Barang Rosak Di Mudah

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian....Lama kan aku tak update blog ni....huh.....blogwalking pun memang lama aku tak buat...sesekali jer..tu pun 2 3 blog jer.... :(

Jual Barang Rosak Di Mudah.my 

Jual barang rosak di Mudah.my
Ha'a kan.... Dah rosak buat apa jual lagi??? Lempar kat gaung jer la..... Ish ish.... Aku ni la....
Pst... Mai tengok gambar kat bawah ni sat

Phone Rosak Untuk Dijual

Terima kasih la aku ucapkan kepada pengomen iklan aku tu, aku tak tahulah dia tengok iklan mudah aku tu kat web Mudah.my atau dia tengok kat blog aku ni.. Terima kasih la kan sebab dia sanggup meluangkan masa melihat iklan aku tu walau tak membeli. Terima kasih juga sebab bagi idea kat aku tuk update blog aku yang dah lama tak terupdate ni..hohohoho.....

Ada ker orang nak beli barang yang dah rosak kat Mudah.my?

Berfikir di luar kotak fikiran. Ya. Mungkin pada kita, barang yang dah rosak tu tak berguna lagi. Tapi kita tak tahu apa yang orang lain fikir... Kalau korang seorang taukey di sebuah kedai membaiki phone. Korang nak cari spare part phone tersebut. Kalau korang nampak iklan tu, adakah korang akan beli? Kadang kita sendiri tak tahu apa yang bermain difikiran kita betul tak? Inikan pula fikiran orang lain.

Untuk apa dijual lagi barang yang dah rosak kat Mudah tu?

Untuk dapat duit la.... keh keh keh.....
Kenapa aku masih jual barang tu kat Mudah sedangkan dah rosak?
* Aku buat iklan tu tak payah buka dompet aku pun. Tak rugi satu sen pun kalau tak ada orang nak beli. Kalau ada yang beli??
* Aku buat iklan tu sambil kunyah chewing gum. Tak keluar peluh pun.
* Tak tahu nak buat apa. Buat pi lah kerja mengarut ni... Kerja mengarut yang mendatangkan duit ma.
* Aku langsung tak nyusahkan orang sewaktu buat iklan tu.
* Aku tak tahu apa yang orang lain fikir..hehe


email reply
Cacat pula email aku tu..huhuhu
Kalau la aku ada modal... aku nak beli rumah.. pas tu jual balik.... Untung jangan tanya.... hohoho... kalau ada modal laaaa :(

Tip mudah di Mudah
1. Tajuk penting
2. Gambar WAJIB!!!
3. Format iklan penting.
4. Jenis barang penentu sejauh mana korang akan pergi di Mudah.my

Berminat nak menjual di Mudah....? Nak tips? No hal. Rojer aku.....

Atau dapatkan disini

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. BUAT SAJA APA YANG KO SUKA BRO.. KETEPIKAN KATA-KATA ORANG LAIN.. DIA TAK PAHAM AGAKNYA KENAPA KO JUAL BARANG ROSAK.. KENAPA TIDAK BARANG ROSAK DIBELI ORANG? BARANG2 LAMA LAGI ORANG BELI, INIKAN PULA BARANG ROSAK.. JUST GO AHEAD BRO, IGNORE JE ORANG YANG TAK PAHAM...

    ReplyDelete
  2. hubby sy pun byk jual brg kt mudah tp bkn barang rosak.. brg baru. dia byk advertise spare part motor (scooter)

    ReplyDelete
  3. iklankan rumah utk disewa kt mudah, tak sampai 10 jam dah dpt penyewa.

    barang rosak...dah terang2 ckp bukan menipu pun...kehendak org macam2, kan.

    ReplyDelete
  4. Walaupun rosak ada bahagian alat ganti masih boleh digunakan.

    ReplyDelete
  5. sampah utk kita, tapi harta karun utk org lain. on je kan?

    ReplyDelete
  6. LARI TAJUK BRO... KO BAGI LINK KAT EMAIL AKU TU TAKLEH BUKAK PON...

    ReplyDelete
  7. Dalam dunia internet nie..
    ada ramai yang tak ada pemikiran yang matang...

    tgk jer lah... kat youtube... berapa ramai yang memaki hamun hanya video yang mungkin tak mendatangkan kebaikan pada pemikiran mereka yang tak matang....

    Kepada Owner video youtube sila ambil perhatian.. dan spamkan ia jika perlu...perkongsian untuk kebaikan...

    Ambil yang positif dan yang negatif kita ambil sebagai panduan....untuk masa depan...

    Entry blog yang bagus...

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment