Ketua Pemuda UMNO Kepong Diserang

Ketua Pemuda UMNO Kepong Cedera Diserang 2 Penyamun

Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali

 

Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali cedera dalam kejadian samun dihadapan rumahnya di Ampang awal pagi tadi.



Dalam kejadian jam 3.30 pagi, Datuk Norizan Ali, 41 tahun terpaksa berlari sejauh 20 meter untuk menyelamatkan diri. Akibat daripada kejadian tersebut, perut dan tangan beliau cedera parah dipercayai ditikam dengan senjata tajam oleh 2 penjenayah dipercayai warga Indonesia.



Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, daripada siasatan awal, berlaku pergelutan di antara mangsa dan 2 penjenayah terbabit.



Motif kejadian masih didalam siasatan berikutan barangan berharga tidak hilang. Manakala senjata yang digunakan penjenayah tidak ditemui.



Difahamkan sebelum kejadian, terdapat sebuah kereta yang mencurigakan berkeliaran di tempat kejadian.

Kejadian ini adalah kejadian kedua selepas dua kenderaan milik Datuk Norizan Ali dipecahkan sebelum ini tetapi kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada polis.


Pihak polis akan mengambil keterangan daripada Datuk Nizar Ali selepas beliau sembuh. Keadaan Datuk Nizar Ali dilaporkan stabil.



Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ketika samun.

1 comments:

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks