Akta Baru Untuk Pengamal Perubatan Islam, Bidan Dan Tukang Urut
Akta Baru Perubatan Islam, Bidan Dan Tukang Urut. Gambar Kecil Menteri Kesihatan, Datuk Seri Tiow Tiong Lai |
Semua pengamal perubatan islam termasuk bidan dan tukang urut dinegara ini diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dibawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2012 (TCM) yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.
Kegagalan pengamal-pengamal perubatan tradisional dan islam ini mendaftarkan perkhidmatan mereka akan menyebabkan mereka didenda RM30,000 atau penjara 2 tahun untuk kesalahan pertama dan RM50,000 atau penjara 3 tahun bagi kesalah kedua.
Ketika ini terdapat kira-kira 15,000 pengalamal perubatan islam di seluruh negara yang memberikan perkhidmatan perubatan kepada orang ramai.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Kaedah perubatan islam ini telah dimasukkan dibawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2012 ini setelah mendapat rayuan daripada pertubuhan yang mewakili pengamal perubatan tersebut.
Sebelum ini, perubatan islam tidak dimasukkan dibawah akta tersebut kerana ianya memerlukan persetujuan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Setelah mendapat persetujuan JAKIM, mereka perlu sokongan negeri-negeri. Sebab itu perubatan islam tidak dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari ini sebelum ini.
Atas sebab itu, Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia meminta Kementerian Kesihatan menyemak semula Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional Dan Komplementari tersebut untuk memasukkan Perubatan Islam didalam akta tersebut.
Tiong Lai menjelaskan semua pengamal perubatan tersebut akan dipantau oleh Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari yang berfungsi seperti Majlis Perubatan Malaysia
Majlis ini akan diwakili oleh pakar-pakar daripada bidang masing-masing dan menjadi sebuah badan yang memastikan setiap pengamal mempraktikkan amalan atau ilmu mereka dalam keadaan profesional.
Menurut Tiong Lai, pelaksanaan akta tersebut akan membolehkan rakyat mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan selamat.
Tambah beliau, Jakim juga akan mempunyai institusi khas untuk memastikan seseorang pengamal perubatan Islam itu adalah profesional dan diiktiraf
Sumber Akta Baru Perubatan Islam - Kosmo! Online
Sumber Akta Baru Perubatan Islam - Kosmo! Online
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
0 comments:
Post a Comment