Home » , , » Cara Kurangkan Kolestrol Dalam Badan

Cara Kurangkan Kolestrol Dalam Badan

Bahaya Kolestrol Dan Cara Kurangkan Kolestrol



Bercakap tentang kolesterol, ramai yang beranggapan bahawa hanya mereka berbadan gemuk atau berisi sahaja berdepan dengan masalah ini.

Menurut pakar diet, tanggapan itu sebenarnya salah kerana kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang. Justeru itu, tidak pelik jika seorang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Bahaya dan risiko Kolestrol Tinggi


Ramai yang tidak peduli dengan masalah kolestrol ini kerana beranggapan ianya hanyalah masalah berat badan, tetapi jika kandungan kolestrol di dalam badan terlalu tinggi, ianya boleh mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya seperti penyakit kardiovaskular dan strok. Ini kerana kolestrol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri darah. Lama kelamaan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti.

Punca Kolestrol Di Dalam Tubuh Menjadi Tinggi

Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan kita. Hepar dan sel lain dalam badan kita mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah.

Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang kita makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari. Kita selalunya dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi. Namun, apabila semua langkah itu tidak berjaya merendahkan paras kolestrol , tidak ramai yang mengetahui tindakan seterusnya. Salah satu caranya mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat yang mengandungi sterol tumbuhan.

Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah. Selain daripada makanan, sterol tumbuhan boleh diperoleh daripada suplemen.

Tanda Tanda Kolestrol Tinggi Dalam Badan

Seseorang yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi kebiasaannya akan mengalami tanda-tanda berikut:-

1. Sering berasa kebas-kebas pada kaki
2. Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi
3. Mudah letih, penat dan cepat mengantuk
4. Sering berasa sakit kepala.
Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala





5. Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit.
Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah
6. Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.
Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi

Jika tanda-tanda yang dinyatakan ada pada anda, segeralah membuat pemeriksaan doktor dengan melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda

 Cara Mengurangkan Dan Menurunkan Kolestrol Dalam Badan


Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti berikut :

Mengurangkan berat badan sekiranya anda mengalamai masalah berat badan yang berlebihan.
Untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan, kurangkan mengambil makanan yang berkalori tinggi.
Ini kerana kalori yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan.




Bersenam secara konsisten (Sekurang kurang 30 minit sekali sekali sesi dan 5 kali seminggu) dapat mengurangkan kolestrol berbahaya (Low Density Lipoprotein) dan meningkatkan kolestrol baik (High Density Lipoprotein) di dalam tubuh badan




Memperbanyakkan pengambilaN Protein seperti ikan, buah serta sayura sayuran berserat.
Ini kerana buah buahan dan sayuran berserat dapat menyerap kolestrol kolestrol yang berlebihan di dalam badan.

Berhenti merokok kerana rokok dapat merendahkan kolestrol baik  (HDL) dan kurangkan pengambilan air berkarbonat.

Sumber : Mysumber.com

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment