Home » , » Nasib Pesakit HIV AIDS

Nasib Pesakit HIV AIDS

Nasib Dan Hala Tuju Hidup Pesakit HIV AIDS Positif


Baru-baru ni aku ada tulis satu entry berkenaan rawatan baru penyakit HIV. Kali ni aku nak tulis sikit pasal nasib yang menimpa pesakit HIV dan hala tuju pesakit HIV atau AIDS ni.

Tengah tengah aku berblogwaking sebagai silent reader. Aku terjumpa satu blog yang aku rasa agak menarik dan unik iaitu berkenaan nasib yang menimpa pesakit HIV atau AIDS ni.

Sejak sekian lama kita tahu penyakit AIDS atau HIV ni satu penyakit yang membawa maut. Sama macam penyakit kanser. Bila seseorang tu pergi berjumpa doktor membuat pemeriksaan kesihatan dan jika disahkan dia menghidap kanser atau terkena jangkitan virus HIV ni, dirasakan dunia ni gelap, tiada harapan untuk sembuh dan tempoh hayatnya sudah tidak panjang.

Walaupun kedua-dua penyakit membawa maut, tetapi kedua-duanya membawa kesan psikologi yang berbeza ke atas pesakit (ewah ayat)
Pesakit kanser hanya mengalami kesan psikologi yang berpunca dari dalam diri mereka sahaja dimana mereka merasakan hidup ini sudah tidak seperti dulu dimana mereka seolah-olah sudah tahu bila masanya ajal mereka akan sampai. Begitu juga dengan pesakit penghidap HIV atau AIDS. Tetapi bagi penghidap HIV atau pesakit AIDS ini, tekanan atau kesan psikologi lebih dirasai berbanding pesakit kanser. ini kerana selain merasakan ajal mereka sudah hampir, mereka juga merasa tertekan akibat orang sekeliling yang memulaukan mereka yang menghidap penyakit HIV ini. Ini kerana, masyarakat menganggap pesakit atau penghidap virus HIV ini adalah golongan merbahaya kerana penyakit HIV ini merupakan penyakit berjangkit tidak seperti penyakit kanser.

Selain daripada itu, pesakit HIV atau AIDS ini dilabel sebagai golongan jahat kerana masyarakat beranggapan penghidap HIV ini bekas penagih dadah atau mengamalkan gaya hidup tidak sihat yang sering bertukar-tukar pasangan.

Jika si pesakit sememangnya seorang bekas penagih dadah atau bertukar-tukar pasangan satu ketika dulu sehingga dia mendapat penyakit HIV, mungkin cemuhan masyarakat adalah balasan yang perlu diterima, tetapi bagaimana jika pesakit HIV atau AIDS ini merupakan golongan yang tidak tahu menahu bagaimana mereka mendapat penyakit ini seperti mendapat penyakit AIDS daripada suami yang tidak bertanggungjawab atau kelalaian pihak perubatan.

Untuk membantu gologan pesakit AIDS yang bernasib malang yang menghidap penyakit ini akibat kecuaian orang lain meneruskan hidup seperti biasa, En Mohamad, seorang penghidap HIV positif menghasilkan sebuah blog yang bertujuan membantu mereka diluar sana yang menghidap penyakit HIV atau AIDS ini sama seperti beliau.

Penghidap HIV??? Terasa tersisih??? Dibuang masyarakat. Sila lah ke blog En Mohamad, akuhivpositif
'Semua orang berhak menikmati hidup!'

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. BRO.. AKU ADA SEORANG KAWAN YANG MENGIDAP KANSER PAYUDARA.. MASA MULA-MULA DIA TAHU DIA KENA KANSER, DIA MACAM NAK GILA.. DIA TAHU DIA AKAN MATI BILA-BILA MASA. ALHAMDULILLAH, HARI SEMAKIN HARI AKU NAMPAK DIRINYA DAH SEMAKIN BAIK..

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment