Home » , , » Up Traffik Menggunakan Laman Web Iklan

Up Traffik Menggunakan Laman Web Iklan

TEKNIK PROMOSI LAMAN WEB | TUMPANG TRAFFIK WEB PENGIKLANAN PERCUMA

Entry ni mungkin untuk mereka yang mempunyai laman web-laman web tertentu tetapi tidak tahu teknik SEO (Search Engine Optimization) untuk meningkatkan bilangan pelawat atau traffik untuk laman web tersebut... Macam aku la. Mungkin cara ni sedikit sebanyak dapat membantu. Iaitu tumpang traffik melalui laman web-laman web pengiklanan percuma. 

Jika korang pernah menyertai mana-mana perniagaan internet yang memberikan korang satu web replika, pasti didalam teknik promosi yang diberikan adalah menggunakan laman web pengiklanan percuma untuk mempromosikan laman web replika tersebut.

Dulu waktu aku guna teknik ni, yang bermain di fikiran aku adalah Laman web pengiklanan percuma ni kurang effektif untuk membuat promosi sebab yang masuk kedalam laman web pengiklanan tu juga tujuannya adalah untuk mengiklanankan laman web mereka. Jadi percent untuk mereka melihat iklan-iklan lain yang terdapat didalam laman web pengiklanan itu adalah kurang.

MENINGKATKAN TRAFFIK LAMAN WEB MENGGUNAKAN                                                           LAMAN WEB PENGIKLANAN PERCUMA

Semakin banyak membuat promosi di laman web pengiklanan, semakin banyak traffik yang masuk. Tetapi jika korang pernah membuat promosi menggunakan teknik ini, pasti korang perasan, tempoh untuk satu-satu iklan yang dibuat berada pada first page adalah terhad kecuali iklan itu iklan berbayar. Tambahan pula, semakin ramai yang beriklan, semakin cepat iklan yang korang buat tenggelam. Ini akan mengurangkan pelawat laman web pengiklanan itu melihat iklan korang.
So macam mana nak buat iklan yang dibuat sentiasa berada di page utama dan menarik ramai pelawat?
Terdapat 2 cara...
1.  Cara rajin - Setiap satu laman web pengiklanan, buat 10 iklan setiap hari dan set tempoh iklan aktif untuk tempoh yang paling minima.
2. Cara malas - Untuk cara malas ni, laman web pengiklanan perlu dipilih kerana tidak semua laman web pengiklanan berkesan menggunakan teknik ini, iaitu laman web pengiklanan tersebut perlu mesra SEO. Untuk mengetahui satu-satu laman web pengiklanan itu mesra SEO atau tidak, gunakan enjin carian seperti Google. Taip apa-apa ayat atau perkataan, lihat hasil carian yang menunjukkan laman web pengiklanan. Perkataan atau ayat yang paling mudah adalah carian tentang "jana pendapatan", ini kerana ramai yang membuat iklan tentang "jana pendapatan", termasuk aku kot :P.



teknik promosi percuma

Pergi ke setiap laman web pengiklanan tersebut, register seterusnya hasilkan iklan yang berkaitan laman web korang. Apa yang penting adalah tajuk dan isi iklan tersebut. Pastikan tajuk menunjukkan apa yang korang pasarkan dan yang penting merupakan kata kunci yang dicari oleh pengguna internet. Isi kandungan iklan pula,pastikan mempunyai paling kurang satu perkataan atau ayat yang menjadi kata kunci terhadap produk korang. Jangan lupa pula untuk masukkan alamat laman web korang didalam iklan tersebut, kalau tak sia-sia la. Dengan cara ini, korang telah menumpang SEO daripada laman web tersebut untuk mendapatkan pelawat walaupun laman web korang kurang kualiti dari segi SEO dan kurang pelawat. Dengan cara ini juga korang tak perlu risau jika iklan korang didalam laman web pengiklanan tadi tamat tempoh sebab iklan korang tetap boleh diaccess melalui enjin carian jika kata kunci yang korang gunakan mengena.
Ops!! Iklan yang dibuat tu kena la menarik untuk menarik minat pelawat iklan korang klik alamat laman web korang kan seterusnya menghasilkan jualan.

Sekian dari aku. Tips yang suam-suam kuku. Eh, ada pula suam-suam kuku :P 

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. alamak akak susah nak faham la..tp akak dah polo taw..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. entry yang sangat berguna buat orang baru macam saya. Sekarang ni kebanyakan trafik ke blog saya masuk dari laman web percuma. mesti follow punya blog ni.

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment