Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.....Apa khabar? Moga sihat-sihat semua dan gembira bersama orang tersayang..... Ini entry untuk membersihkan sawang-sawang yang berada didalam blog Amry's Blog. Terima kepada mereka yang masih sudi melawat blog ni.
"Weh... Apa yang BUDAK INDON tu buat erk?"
"MINAH INDON tu kerek siot"
Eh eh...apesal tetiba kuar ayat kat atas tu?
Sebelum aku nak terus menulis. Ada sesaper yang anti orang-orang Indonesia kat sini? Atau menyampah kat orang-orang Indonesia? Aku tanya sebab entry aku ni berkaitan diorang orang Indonesia selepas aku tertengok video ni kat blog fitrihadi.com yang sememangnya penuh dengan video-video dan gambar-gambar yang menarik. Jom kita layan dulu video tu
Dah tengok? Dah tahu apa kena mengena aku tulis ayat kat atas tu? Aku suka tengok video ni sebab semangat yang ada dalam video tu. Selalu juga aku terbaca, terdengar yang hubungan diantara orang malaysia dan orang indonesia ni kurang baik. Orang Malaysia kutuk Orang Indonesia, Orang Indonesia kutuk orang Indonesia. Apa punca? Banyak punca. Salah satu sebab adalah dalam video kat atas. Aku pekerja kilang di penang, kilang aku sebelum ni ramai Orang Indonesia. Yang aku tahu diorang tak suka dipanggil BUDAK sebab bagi diorang BUDAK tu membawa maksud HAMBA. Kalau kita dipanggil HAMBA MALAYSIA.... suka? Tak suka kan? Lebih kurang macam tu lah. Lagi satu, diorang ni pun tak suka negara diorang dipanggil INDON. Kan sedap nama negara diorang Indonesia. Mungkin sesetengah diorang kita guna Indon tu macam memperlekeh negara diorang. Tak suka kan orang lain memperlekeh negara kita?
Aku rasa itu hanya punca kecil jer yang menyebabkan perselisihan faham antara kita Orang Malaysia dan Orang Indonesia. Banyak lagi punca aku rasa yang aku tak nak sebut kat sini sebab isu ni sensitif k.
Memang ada Orang Indonesia yang datang ke Malaysia buat onar. Merompak, menyamun, bunuh. Tapi bukan semua, ada yang baik. Macam pepatah melayu. 'Hanya kerana nila setitik, habis susu sebelanga'.
Apa yang aku dapat lihat la kat penang ni kan. Orang Indonesia ni pandai berniaga. Kuat bekerja dan mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.
Diorang mungkin datang kesini untuk menumpang rezeki di negara kita. Kita memandang rendah kerana mereka menumpang di negara kita. Satu yang diorang bangga.
"Lu lihat banggunan-banggunan itu, siapa yang membinanya? Kami warga Indonesia loh"
Lihat pada sudut positif yang memberi kebaikan pada kedua-dua belah pihak. Tanpa mereka, susah juga negara kita nak membangun. Tak ada sumber tenaga. Tak ada negara Malaysia, susah juga diorang nak sara hidup. Meme la kan.
So, buat apa la kita nak bergaduh bertekak, tak ada faedah pun. Kita kan serumpun.
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
great post :)
ReplyDelete