Home » » Aku Lelaki Jenis Apa?

Aku Lelaki Jenis Apa?


First....Aku nak gtahu entry ni entry jiwang.....Sapa tak suka jiwang, sila tinggalkan entry ni.....
Second.....entry aku malam ni aku pegang pada.... "Blog aku, aku punya suka nak tulis apa"
Third......Entry malam ni, entry luah perasaan.....Lelaki pun aku rasa ada perasaan kan.

Sebagai lelaki, aku rasa tentu agak memalukan bila aku buat entry yang macam ni.....Biasalah, ego. Tapi malam ni aku rasa aku nak buat juga entry yang memalukan ni. Aku nak luah perasaan aku kat blog aku ni.
Blog aku...aku punya suka aku nak tulis apa

Pernah bercinta... Rata-rata pernah..... Pernah lukakan hati atau curang terhadap orang yang sayangkan korang? Atau dilukakan? Persoalan aku..... perlakuan tu disengajakan, tidak disengajakan atau terpaksa? Atau ketiga-tiganya.......
Aku mungkin ketiga-tiganya....
Rasa-rasa aku lelaki jenis apa?

Disengajakan...... Dah ada kekasih, tetapi tah kenapa hati ni selalu rasa tak cukup dengan seorang. Kenapa ye?
Kadang bukan nak tambah lagi satu pun.... Cuma nak berkawan.... Hilangkan rasa bosan.... Nak bergurau senda dengan insan bukan sejenis aku. Aku jarang-jarang dapat jumpa kekasih aku... Aku tak ramai kawan... Kawan perempuan tu boeh kira dengan jari dan tak habis pun 5 jari sebelah tangan tu kawan perempuan aku.. Seorang dua la kot.... Serius aku pemalu....
Aku lelaki jenis apa?

Tidak disengajakan.... Bila tak ramai kawan perempuan... Bila dapat berkawan dengan seorang perempuan.. Aku tak tahu macam mana cara berkawan dengan perempuan.... Tak tahu beza layanan kekasih dan kawan.... Sebab aku caring....? Caring aku keterlaluan ker sampai kawan perempuan tu sendiri bertukar perasaan dia terhadap aku? Kawan-kawan lelaki aku pun aku caring juga. Juga tak ramai kawan lelaki. Mungkin sebab tak ramai kawan.... Jadi bila aku ada kawan, aku akan caring kawan aku tu. Bukan semua, yang betul-betul rapat dengan aku yang aku rasa boleh berkongsi cerita atau masalah.... Di kampung aku, aku ada seorang kawan baik lelaki, dah ada anak sorang pun. Balik kampung muka dia jer yang aku ajak borak aku jer yang dia ajak borak. Aku kurang gemar berbual rabung. Aku pendiam. Kalau borak tu, aku hanya banyak mengiakan. Lebih suka duk kat umah usik adik-adik aku yang dah pun besar panjang.
Orang kata, perempuan suka lelaki yang caring? Yer ker? Damn.
Aku lelaki jenis apa????

Terpaksa..... Tak mungkin bercinta dengan 2 orang dalam 1 masa. Balik pada cerita aku. Aku terpaksa lukakan hati salah seorang daripada 2 orang wanita yang aku kenal ni. Terpaksa..... Aku kalau boleh tak nak lukakan hati sesiapa..... Tak nak buat sesiapa sedih. Tapi sesuatu yang mustahil untuk menyenangkan hati kedua-dua belah pihak, sebab ia melibatkan perasaan. Aku terpaksa lukakan hati salah seorang kerana aku hanya dapat bersama dengan salah seorang sahaja. Sungguh aku tak ada niat nak lukakan hati sesiapa. Mungkinkah ini semua berpunca daripada "sengaja".
Aku lelaki jenis apa? B***h right?

Orang lain ada cakap, tinggalkan jer kalau rasa tak sanggup. Dan aku pula cakap, aku kalau boleh tak mahu lukakan hati sesiapa. Dan kalau hubungan aku dengan salah seorang daripada diorang berakhir, aku tak mahu hubungan tu berakhir dengan ada rasa dendam. Aku tak kan senang selagi ada orang terseksa kerana aku. Kecuali apabila aku dapat lihat dia bahagia dengan lelaki lain dan dia betul-betul bahagia serta dapat lupakan aku.
Aku lelaki jenis apa????? Bodoh kah aku menyiksa diri sendiri????

Sekarang aku berperang dengan perasaan aku sendiri. Yang berpunca dari kesilapan aku sendiri. Aku hanya akan tenang bila salah seorang dari mereka yang terpaksa aku lukakan hati dia berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari aku yang dapat bahagiakan dia. Walaupun aku sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia. Dan daam pada waktu yang sama, aku perlu yakinkan yang seorang lagi yang aku telah memilih dia yang kini kekasih aku. Ya. Siapa yang tak sakit hati bila perasan diroang dipermain. Ya aku tahu perasaan tu, tapi aku ingkar!
Aku lelaki jenis apa???

Apa yang aku harapkan, masalah ini akan berakhir tanpa ada mana-mana perasaan yang terluka.

Kekasih pertama : Dah bersama selama 5 tahun. Keluarga aku halang hubungan aku kerana status *****. Maaf, aku tak rasa aku nak dedahkan. Status yang terlalu sukar untuk aku yakinkan kepada orang tua aku untuk aku dapat bersama dia walau sidia sanggup untuk terus bersama aku.. Tak pernah berjumpa orang tua aku.
Kekasih kedua : Usia perkenalan setahun... Juga mendapat halangan keluarga. Dia minta putus kerana tidak mahu lukakan hati orang tua aku.. Juga kerana status dia seorang *****. Jika dia sanggup, aku yakin aku dapat yakinkan orang tua aku. Pernah berjumpa dengan orang tua aku. Walau dia minta putus, dia sendiri terluka dengan keputusan yang terpaksa dibuat disebabkan status dirinya.....

Aku lelaki jenis apa??? Aku tak marah kalau korang nak kata aku lelaki yang b***h. Sebab aku adalah diri aku sendiri. Aku tak mahu jadi orang lain. Aku lebih rela dianggap b***h dari merasa bersalah kerana dah lukakan hati orang yang sayangkan aku.

Maaf kalau entry aku buat korang rasa nak termuntah. Terutama kepada pembaca-pembaca kaum lelaki.
Macam aku cakap, lelaki juga ada perasaan...... Pada entry ni juga... aku tolak rasa ego aku sebagai seorang lelaki.

Video kat bawah ada kaitan antara "sengaja", "tak sengaja" dan "terpaksa" melukakan hati seseorang.










Kutukan dialukan.....

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. DULU TIME SEKOLAH, ADALAH JUGAK AWEK2 NI.. TU PUN ANGGAP SEBAGAI CINTA MONYET JE.. DULU PUN AKU NI PEMALU JUGAK.. ELOK JADI PEMALU DARI TAK TAHU MALU.. MASA STUDY KAT UITM, LANGSUNG PEREMPUAN AKU TAK AMBIL PORT.. KALAU AKU AMIK PORT, RASANYA JADI MACAM MEMBER2 YANG LAIN, KAWIN DENGAN BUDAK DGN MEMBER SEKELAS, MEMBER SATU UNIVERSITI.. LEBIH2 PUN AKU SEKADAR KAWAN2 SAJA.. MASA TIME KERJA BARULAH AKU MULA KAWAN DENGAN ORANG UMAH AKU SEKARANG. TU PUN TAKDE NAK BERCINTA PANJANG2.. SETAHUN TUNANG PASTU KAWIN.. BERO.. TKYAHLAH NAK BERCINTA BAGAI NAK RAK... KADANGKALA ORANG YANG KIT CINTA TU PUN TAK SAMPAI KE JINJANG PELAMIN..

    ReplyDelete
  2. PERGHHH..kadang2 kita perlu luahkan perasaan di alam maya ini utk mendapat kelegaan kans....

    ReplyDelete
  3. @kasutdulu..sekarang sorang girl...sorang friend....

    ReplyDelete
  4. o.. so maknanya mmg awk declare la dgn girl yg dah jadi kawan awk tu sblum ni?

    ReplyDelete
  5. hmm..mmg dpt rse jiwe trsiksa 2..anyway,bes of luck 4 u both :)

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment