Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog. Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog yang usang ni.
Sedar tak sedar kita sudah pun melangkah meninggalkan tahun 1432. Terasa terlalu cepat waktu berputar. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram antara satu tarikh yang penting didalam kalender islam yang mana pada Awal Muharram mengingatkan kita peristiwa penting iaitu Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah pada 622.
Hijrah bermaksud meninggalkan, memutuskan, atau keluar dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain yang berasal daripada kata kerja hajara.
Pada definisi yang lain pula mengikut peredaran masa, hijrah bolehlah dianggap mengubah sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik.
"Perpaduan Asas Persefahaman Ummah" merupakan tema untuk tahun 1433.
Tertarik dengan artikel daripada saudara Zulkbo. Orang melayu kenapa nak dengki sesama melayu? ORANG MELAYU. Ya, kitalah orang melayu yang dimaksudkan. Mungkin akan ada orang melayu yang marah dengan kata-kata tersebut, tetapi itulah hakikatnya. Hakikat yang terlalu sukar untuk diubah. Seolah-olah telah menjadi darah daging didalam tubuh segelintir orang melayu yang boleh dikatakan setiap orang melayu.
Mengapa perlu ada hasad dengki? Mengapa perlu cemburu melihat bangsa sendiri maju? Sedih melihat orang melayu sendiri yang menjatuhkan bangsanya sendiri. Sepatutnya, orang melayu itu yang juga orang islam perlu menunjukkan sifat yang baik kepada bangsa lain yang saling bantu membantu bangsanya sendiri didalam mencapai satu-satu kejayaan. Tetapi sebaliknya.
"Kalau perniagaan dia maju... Habislah perniagaan kita. Kita mesti buat sesuatu supaya perniagaan dia jatuh" Sedih. Itulah selalunya yang terjadi. Mengapa perlu begitu. Rezeki masing-masing. Tak perlulah nak menjatuhkan sesama sendiri. Tak ada untungnya. Sepatutnya, kita harus bangga melihat bangsa melayu berjaya didalam bidang yang diusahakan. Pergilah kepada saudara melayu yang berjaya itu dan tanyalah bagaimana dia mampu berjaya sebegitu. Ikut lah langkah-langkah dia. Belajar dari ilmu yang dimiliki. Jangan tamak, sikap tamak tak kan kemana.
Tak gembirakah kita bila melihat bangsa melayu kita berjaya seperti mana bangsa-bangsa yang lain. Sekurang-kurangnya dapat membuktikan yang bangsa melayu bukan bangsa yang LAYU di bumi sendiri.
Buanglah perasaan hasad dengki tu jauh-jauh. Ia tak kan menguntungkan sesiapa amnya, bangsa melayu khasnya. Selagi ada perasaan hasad dengki, bangsa melayu itu malah mana-mana bangsa sekalipun didunia ini tak kan maju.
Tak inginkah kita melihat bangsa kita sendiri berjaya dan dihormati oleh bangsa-bangsa lain? Renung-renungkan.
Semoga Maal Hijrah 1433 ini dapat membentuk perpaduan dan persefahaman didalam setiap minda kita bangsa melayu untuk bersama mencapai kejayaan.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1433M
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
0 comments:
Post a Comment