Home » , , » Penjelasan Isu I Want To Touch a Dog

Penjelasan Isu I Want To Touch a Dog

Program I Want To Touch a Dog Menghina Islam


Kecoh dan viral baru baru ni isu pasal satu program yang dikatakan menghina dan mencemarkan nama Islam iaitu Program "I Want To Touch a Dog"

Mana tidaknya, menerusi program tersebut, ramai orang islam, baik lelaki, perempuan tua muda dilihat tersangat excited dan gembira sebab dapat memegang dan membelai anjing yang jelas dalam Islam anjing adalah binatang yang haram untuk dipegang atau disentuh.

Sangat pelik. program tersebut mendapat sambutan ramai dan kebanyakannya daripada orang Islam dan tanpa segan silu mereka memuat naik gambar mereka berpelukan dengan anjing-anjing di Facebook dengan wajah penuh kegembiraan.

Daripada banner di atas, penganjur program ini adalah seorang lelaki berbangsa melayu Islam bernama Syed Azmi. Dan di dalam program tersebut turut diundang seorang Ustaz iaitu Ustaz Mohd Iqbal Parjin atau nama gelarannya Ustaz Abu Zulfaqar didalam program tersebut.


USTAZ TURUT TERLIBAT didalam program "I Want To Touch a Dog"?
Maksudnya selama ni kita orang Islam memang boleh pegang anjing la ye dan tak menjadi satu kesalahan?
Ye la, dah ada Ustaz dalam program tu, secara automatik, Ustaz tersebut tidak menghalang perbuatan menyentuh anjing anjing ni...

Ternyata, program ni telah menimbulkan fitnah terhadap Ustaz Abu Zulfaqar dan beliau sendiri tidak menyangka program tersebut boleh terlanjur sehingga membolehkan orang ramai terutama orang Islam memegang anjing sesuka hati didalam program tersebut.
Ustaz tersebut hadir didalam program ini kerana beranggapan ianya satu program ilmu untuk mendedahkan lagi orang Islam tentang peranan anjing serta batas pemeliharaan anjing dalam kehidupan orang Islam.

Penjelasan Ustaz Abu Zulfaqar Berkenaan Program "I Want To Touch a Dog"


Dibawah adalah penjelasan Ustaz Abu Zulfaqar mengenai tujuan beliau turut serta didalam Program tersebut


"Saya ingin jelaskan disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk anjing, cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta peserta program"

"Saya juga jelas menerangkan tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu"

Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebut oleh pihak media.

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku.
Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehidari apa yang telah berlaku.
Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina. Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah.
Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku liku perjuangan dakwah

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment