Google Street View Bahaya
Anda pernah dengar Google Street View? Tentu pernah bukan? Google Street View adalah versi terkini yang diupdate oleh Google untuk Google Maps mereka yang mana sebelum ini paparan peta dunia hanya dapat dilihat melalui grafik 'Maps' atau 'Satelit'. Tetapi kini dengan Google Street View, satu-satu lokasi itu dapat dilihat secara terus melalui komputer anda seperti anda berada di lokasi tersebut.
Google Street View dihasilkan adalah bertujuan untuk memudahkan para pelancong untuk mencari
kawasan-kawasan pelancongan yang menarik untuk mereka lawati dengan lebih dekat dan mudah. Hanya memasukkan nama lokasi yang ingin dilawati dan mereka sudah boleh mengetahui bagaimana keadaan atau kecantikan lokasi yang akan mereka lawati kelak juga keadaan sekitarnya.
Malah, jika satu-satu alamat yang lengkap dimasukkan seperti alamat rumah anda, maka Google akan memaparkan gambar rumah anda sehingga gambar pintu rumah juga dapat dilihat (Jika gambar dapat dipapar)
Tak percaya, cuba anda masukkan alamat lengkap rumah anda di laman Google Street View di bawah
http://www.instantstreetview.com/
Gembira gambar rumah anda terpapar di laman web Google? Terasa famous? Jangan terlalu gembira, kemudahan Google Street View ini mungkin mendedahkan anda kepada bahaya. Tak penting dan tidak perlu pun untuk memaparkan keadaan halaman rumah anda walaupun ada pelancong yang ingin melawat rumah anda :P
Mengapa bahaya? Bagaimana jika kemudahan ini disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai niat yang tidak baik seperti kecurian. Dengan hanya mendapatkan alamat lengkap rumah anda, mereka sudah dapat melihat keadaan sekitar rumah anda seperti kenderaan yang diguna, tahap keselamatan rumah anda samada mempunyai pengawal keselamatan atau sebaliknya.
Malang tidak berbau. Ingat tu. Keadaan ini sama seperti bilik tidur atau bilik air anda dipasang CCTV
Cara Hapus Atau Padam Gambar Atau Alamat Rumah Di Google Street View
Sebagai langkah keselamatan, sebaiknya hapus gambar rumah anda.
Ikut langkah dibawah untuk menghapus gambar rumah anda di Google Street View
1. Pergi ke laman Google Street View atau Google Maps.
2. Masukkan alamat lengkap rumah anda
3. Switch paparan imej pada 'Street View'
4. Pada bahagian paling bawah kanan, klik 'Report a Problem'
5. Pada bahagian 'Request Bluring', pilih mana-mana option yang ingin di kaburkan imej.
(Masukkan maklumat tambahan yang diminta)
6. Seterusnya masukkan alamat anda.
7. Masukkan Cpatcha jika ada atau klik 'I'm Not a Robot'
8. Submit
Tunggu pihak Google review report tersebut untuk mereka kaburkan gambar rumah anda.
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
Sbnrnya menda ni dh lama tp bru skrg org dok hebahkan....
ReplyDeleteRumah aku takde pulak nampak.. Nampak Jalan lain adalah..
ReplyDelete