Boikot Barangan Keluaran Israel

Boikot Barangan Keluaran Israel


Sekarang ni meletus lagi bumi Palestin dengan bedilan-bedilan bom dan peluru daripada Puak Zionis. Banyak nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi korban daripada puak Laknatullah ni.

Sekarang ni juga seluruh negara membuat keputusan memboikot barang keluaran Israel ni sebagai tanda membantah tindakan ketidakperimanusiaan puak Zionis ni. Malaysia tidak terkecuali.

Hari ini Israel mula merasai tekanan hasil daripada aktiviti boikot yang dilakukan

BOIKOT BARANG ISRAEL

Di Malaysia sendiri banyak juga kempen-kempen memboikot barang keluaran Israel dilakukan oleh rakyat Malaysia
produk keluaran israel

Banyak sangat barang dari Israel kalau nak boikot. Nak senang tahu barang yang yang ingin dibeli tu dari mana, semak barcode dia, jika 729... itu dari Israel.


Tapi apa yang saya nak kongsikan disini adalah bagaimana cara kita memboikot barangan Israel ni.
Rasa semua orang tahu kalau McD adalah salah satu produk keluaran Israel. Dan dalam banyak banyak produk Israel, dilihat McD paling banyak mendapat kecaman daripada masyarakat sehinggakan dibuat 'HARI TANPA McD'

hari boikot mcd

Bagus boikot barangan Israel ni, secara tak langsung ianya memberi kecaman kepada Israel ni.

Tapi yang tak sedap tu, janganlah terlalu extreme sangat. Cukup lah sekadar memboikot, tak perlu nak buat demo demo depan McD apa segala. Cara tu rasanya dah lari daripada niat. Nak boikot ke nak tunjuk perasaan?

kejadian boikot di mcd dungun

Di atas jika tak silap adalah kejadian di McD Dungun, Terengganu.
Nak boikot barangan Israel sebab Israel membunuk rakyat Islam di Palestin, tetapi bagaimana pula jika pemilik McD tu adalah orang Islam yang mencari rezeki?

makan nasi kerabu dalam restoran McD

Gambar diatas apa motif? Nak tunjuk yang dia betul-betul nak boikot. Yang pergi makan nasi kerabu dalam McD tu apa motif? Bukankah ianya menunjukkan 'kebiadaban'. Di mana rasa hormat menghormati?

Jangan sampai 'extremist' tu menakluk diri sehingga keluar dari niat sebenar. Boikot bermaksud tidak menyokong satu satu perkara atau tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti yang melibatkan perkara yang diboikot.

Boikot lah secara aman.
Hanya dengan perkataan sudah memadai untuk menunjukkan anda sedang boikot.
"Say NO to ISRAEL PRODUCT"


3 comments:

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks