Home » , , » Misi Pencarian Idea

Misi Pencarian Idea


Sedang terpaku-paku di luar, merenung masa hadapan, terbit pula idea untuk menulis artikel ni. Sedar tak sedar dah 4 bulan juga usia blog yang usang lagi tidak berpenghuni ini. Huhu..

Apa yang ingin saya tulis kali ini adalah mengenai dunia blogging. Sesiapa disini yang baru mengenal dunia blogging ni pasti terkial-kial apa yang nak ditulis didalam blog. Kepada yang agak arif lagi bijaksana tu, mereka sudah pon mempunyai tema blog mereka sendiri yang dapat memudahkan lagi mereka untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis blog ni.

Sama seperti saya sewaktu mula-mula menulis blog dahulu, sememangnya sukar untuk mendapatkan idea menulis blog, naik beku juga otak ni. Nasihat saya kepada newbie (saya newbie juga..hehe) jangan terlalu mendesak otak anda untuk menulis blog, tidak mengapa walau sebulan 1 artikel asalkan penulisan anda berkualiti. Jika anda terlalu mendesak, maka berlakulah blog yang mana penulisannya carca marba. Penulisan blog yang baik dan idea yang bernas dapat menarik pembaca untuk mengunjung blog anda.

Jadi bagaimana untuk mendapatkan idea untuk menulis blog. Tentukan dahulu apakah tema blog anda (Telah saya publish artikel ini sebelum ini). Percaya kah anda bahawa idea akan datang sewaktu kita tidak memikirkannya, sebaliknya idea seakan melrikan diri dari kita sewaktu kita memikirkannya. Ianya berlaku keatas saya, dan seringkali berlaku. Kadang idea datang waktu tengah kusyuk menunggah motosikal atau membawa kereta, kadang datang sewaktu bekerja. Waktu ni idea datang memang mencurah-curah, rasa macam nak terus capai komputer dan taip apa yang terlintas difikiran waktu tu. Tapi boleh ker tengah bawa motor atau memandu menulis blog? Boleh ker menulis blog sewaktu bekerja? Jadi caranya adalah dengan membiarkan sahaja idea itu datang menerjah kebenak minda anda, jika boleh dari idea yang datang itu, kembangkan idea tersebut. Tetapi oleh kerana anda tidak boleh menulis dikala itu, janganlah idea itu terus dibawa angin. Simpan idea tersebut di minda anda. Ingat idea-idea apakah yang muncul diminda anda, kalau boleh tulis kat note. Akhirnya apabila anda sudah mempunyai waktu yang sesuai untuk menulis, keluarkanlah kembali idea-idea tadi. Insyaallah melalui cara ini anda dapat menghasilkan penulisan blog yang baik, mempunyai susun ayat yang bagus. Malah jika sebelum ini sukar untuk anda menulis artikel yang panjang, dengan cara ini rasa-rasa 4 perenggan tiada masalah.

Cara kedua pula adalah dengan melawat blog-blog orang lain yang mempunyai tema sama seperti blog anda. Contoh blog anda berkisar tentang pengurusan kewangan atau perniagaan, carilah blog-blog orang lain yang mempunyai tema yang sama dan baca atau perhatikan artikel-artikel mereka. Dari situ, anda mampu mendapat idea apa yang ingin anda tulis diblog anda. Tapi jangan lah di copy paste pula artikel orang lain ye. Tak sopan namanya tu. Binalah krediabiliti anda sendiri. Just dapatkan idea dari blog mereka, ayat atau isi kandungannya olahlah sendiri :)
Sedikit tips SEO melalui cara ini (tak pakar pon bab SEO ni) : Kalau dah jumpa blog yang mempunyai tema yang sama tu, jangan baca je, tinggalkanlah komen anda, kerana dari situ anda seolah-olah menjemput mereka untuk turut bertandang keblog anda dan secara tak lansung blog anda sudah mempunyai pelawat. Tidak mengapa jika blog anda masih tidak mempunyai pelawat atau visitor, kerana blog ini adalah satu usaha jangka masa panjang. Jadi tak perlu terburu. Lakukannya dengan santai.
** SEO = Search Engine Optimization

Sebenarnya banyak lagi cara untuk mendapat idea menulis ni. Bergantung kepada kekreativiti masing-masing.

Sekian dahulu dari saya newbie Amry.
Harap tips ini dapat membantu anda diluar sana yang baru mengenal dunia blogging ini atau sedang ketandusan idea.

Sekian,

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment