Dah lama sangat tak terusik blog ni dek kerana sibuk pada biz n kerja. Dah lama nak tulis artikel ni tapi asyik on hold je.
Pada raya tahun lepas, sewaktu berkunjung ke rumah rakan, dia ada bercerita kepada saya yang dia mempunyai seorang rakan yang mana ayahnya seorang usahawan juga. Punca dia membuka cerita ini kepada saya kerana sahabat saya itu merungut kepada saya yang perniagaannya asyk gagal. Perniagaan kecik-kecillan je, maklumlah orang kampung. Tambahan sumber rezekinya pula dari perniagaan kecil-kecillan dia tu. Tiada pekerjaan tetap. Sekejap bekerja dengan kakaknya, sekejap dengan adiknya, kadang ke Singapura bekerja dengan orang (membuat roti canai). Pernah membuka kedai sendiri tetapi perkara biasalah dalam perniagaan, banyak persaingan sehingga rakan saya ni terkena buatan orang. Dek kerana modal juga, rakan saya terpaksa menangguh-nangguh hasratnya untuk membina kembali perniagaannya. Kasihan juga saya melihatnya. Sekarang berhijrah ke Kuala Lumpur bekerja dengan abang iparnya di sebuah hotel.
Dalam perbualan saya tu, dia bercerita kepada saya yang dia terkedu juga sewaktu berbicara dengan ayah rakannya itu, maklumlah seorang usahawan, idea-ideanya memang bernas. Daripada apa yang diperkatakan oleh rakan saya itu, seingat saya, dalam perniagaan ni kita perlu cari idea-idea untuk berjaya, jika cara yang digunakan sekarang tidak membantu, cari kaedah lain, jika gagal juga, intai alternatif lain. Saya sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan ayah rakan kepada rakan saya itu. Dalam sesuatu perniagaan tidak kira apa juga perniagaan, tidak boleh hanya menumpu kepada satu keaedah sahaja, perlu mencari kaedah-kaedah lain sekiranya kaedah yang digunakan tidak membantu. Dari situ lah bagaimana terbentuknya pemikiran yang kreatif.
Sebenarnya terlalu banyak teknik-teknik didalam dunia perniagaan ini. Sebagai contoh, pernah tak anda pergi ke supermarket-supermarlet yang besar dimana mereka mengadakan potongan harga besar-besaran? Tentu pernah bukan. Tetapi pernah tak kita terfikir bagaimana mereka mendapat keuntungan setelah mereka membuat potongan harga sebegitu? Kadang bukan sedikit potongan yang diberikan, ada yang sampai 80%! Ianya tentu tidak terfikir oleh kita sebagai pembeli. Tetapi itu adalah hasil daripada pemikiran kreatif pengusahanya. Mungkin mereka membuat begitu untuk satu jangka masa panjang.
Sewaktu saya berbual dengan sahabat saya itu juga, dia ada menyentuh tentang perniagaan hotel yang bakal menjadi tempat kerja barunya. Di dalam perbualan saya itu, dia ada menyentuh tentang hidangan "buffet" dimana pelanggan boleh mengambil seberapa banyak makanan yang mereka mahu dengan bayaran cuma RM10! Saya merasa hairan bagaimana hotel itu boleh melakukan begitu, tidak rugi kah? Menu-menu dihotel faham-faham je lah, bukan macam kedai kopi. Setelah diterangkan barulah saya faham dimana cara itu mampu memberikan keuntungan yang berganda kepada hotel tersebut dimana anggaran kos bagi sehidang makanan tidak sampai RM10. Saya berkata didalam hati memanglah begitu, jika tidak bagaimana untuk untung. Tetapi saya pasti pihak hotel ada strategi mereka.
Tidak kira apa juga perniagaan, strategi amat penting untuk menentukan kejayaan sesuatu perniagaan itu. Dan didalam perniagaan, percayalah, minda pasti akan berkembang dan seterusnya membentuk minda kreatif yang mana kadang idea mereka menjadi rahsia kejayaan mereka.
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
0 comments:
Post a Comment