Home » » Inspira...Satu Inspirasi Atau.......

Inspira...Satu Inspirasi Atau.......

Baru-baru ni, pengeluar kereta tempatan terkemuka negara kita iaitu Proton telah mengeluarkan satu model proton yang baru, Inspira. Cantik menarik kau tertarik debomm....!!! :p

Model baru proton ini yang berkapasiti Enjin 1.8 dan 2.0 liter ini yang masing-masing pada harga RM80k dan RM95k di atas jalan. Model baru ini bakal dipasarkan dipasaran tempatan pada 10 November ini dan kepada yang berminat boleh membuat tempahan dengan deposit RM1k.
Model baru ini yang khabarnya adalah menggantikan model Waja yang sedia ada sekarang.

Bagi peminat-peminat dunia permotoran di Malaysia, sudah tentu ianya bakal menjadi kegilaan dan rebutan mereka yang mana model Inspira ini sekali imbas tak ubah seperti model Mitsubishi Lancer buatan negara matahari terbit nun. Malah bukan sahaja bentuknya, kapasiti enjinnya juga sama. Nampak gayanya dunia pemotoran di Malaysia bakal bertambah meriah!!

Namun kemunculan model baru ini mungkin ada yang menyokong dan sebaliknya. Kenapa saya berpendapat sebegitu? Saya melihat dari skop yang lain.... Mengapa model Inspira ini ditiru sebijik-bijik dari model Mitsubishi Lancer? Kemana idea-idea para designer proton? Dimana identiti buatan Malaysia? Maaf jika persoalan saya ini mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak. Tapi saya sebagai warga Malaysia sedikit sedih melihat senario ini. Mengapa tidak kita reka model (design) kita sendiri yang mencerminkan buatan malaysia, maksud saya tidak perlulah menciplak sebijik-sebijik design buatan orang. Rasanya ini sedikit sebanyak akan menempiaskan sangkaan buruk orang luar terhadap Malaysia khususnya negara-negara pembuat kenderaan ini. Dalam dunia blog sendiri pon, jika ada yang meniru hasil penulisan kita, kita akan marah atau tak senang duduk bukan. Ini lah sudut yang saya lihat. Tidak mengapa jika design kita buruk atau cantik, tetapi biar tak dicop sebagai............

Sekali lagi saya memohon maaf sekiranya kata-kata/pendapat saya ini kurang menyenangkan sesetengah pihak. Pendapat masing-masing. Atau mungkin ada yang saya tidak tahu disebalik kemunculan model baru ini, saya mohon maaf.

Anda setuju atau tidak, bolehlah tinggalkan komen di blog ini. Sama-sama share, kongsi pendapat. Ok.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Aku memang minat mitsubishi lancer (dari model evo) tp apakan daya dpt tgk je org pki... Tp aku suke statement ko amry "Mengapa tidak kita reka model (design) kita sendiri yang mencerminkan buatan malaysia"... xkan la xd designer2 yg kreatif kt malaysia nie... blik2 "rebagde"...
    Ps; harap kalo sape2 ade yg tersinggung

    ReplyDelete
  2. InsyaAlah ada rezeki boleh merasa gak satu masa nanti lancer :) ntahla bro. itu la pasal, bukan nak kondem ker apa, tapi itu la kan...sebiji sangat..tak nak la dikata peniru...

    ReplyDelete
  3. bukannye tiru..
    tapi usahasama antara proton n mitsubishi...

    ReplyDelete
  4. Asyraf Afiq :tapi sama sangat ler bro...hmm

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment