Harimau Malaya vs Rajagobal

Prestasi Harimau Malaya Merudum Di Bawah Rajagobal

Prestasi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Membimbangkan

Aku bukanlah peminat sukan tegar yang mengikuti setiap perkembangan semasa sukan negara. Tidak kiralah  bola sepak, badminton, hoki atau sukan-sukan lain. Sekadar 'terduduk' di depan televisyen dan tersiar rancangan sukan mungkin aku tonton, kalau nak set time semata-mata nak tengok aksi sukan, mungkin tidak.

Walaupun kurang mengikuti perkembangan semasa sukan negara, telinga dan mata aku tidak terlepas terdengar dan terbaca mengenai prestasi Pasukan Bola Sepak Malaysia, Harimau Malaya yang kian merosot dibawah pimpinan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

Sudah lama terdengar dan terbaca mengenai prestasi Pasukan Bola Sepak Malaysia yang kian membimbangkan tapi aku buat tak endah. Kekalahan demi kekalahan menimpa pasukan bola sepak malaysia, Harimau Malaya di bawah pimpinan Datuk K Rajagobal sehingga beberapa kali diberi peluang kepada Datuk K Rajagobal untuk memperbaiki mutu persembahan Harimau Malaya tetapi keadan masih tetap sama.

Yang terbaru, pasukan bola sepak Malaysia mengalami kekalahan teruk didalam tiga siri perlawanan persahabatan dengan Liga Kelab J di Jepun.

Tanpa meraih sebarang jaringan gol, pasukan bola sepak kebangsaan ditewaskan 0-2 dengan Kelab Divisyen Satu Shimisu S Pulse. 0-5 dengan kelab di zon penyingkiran Liga J, Shonan Bellmare. 0-5 dengan kelab Divisyen Dua, Tokyo Verdy.

Pasukan negara ditewaskan oleh pasukan dari kelab bola sepak?? Walaupun kurang arif mengenai dunia sukan, tapi aku rasa pasukan negara tidak selayaknya ditewaskan oleh pasukan bola sepak yang hanya berstatus kelab.

Memberikan alasan bulan Ramadan antara salah satu faktor kekalahan kerana pemain tiada tenaga untuk bermain seolah-olah tidak dapat diterima.

“Pengajaran yang saya dapat di sini, kita tidak harus bermain dengan kelab yang boleh dikatakan mempunyai tahap permainan tinggi ketika bulan puasa. Kalau kita datang ke Jepun pada masa akan datang, mungkin bukan ketika Ramadan.

“Kita perlu sedar pada perlawanan kedua, kita main jam 11 pagi dan perlawanan ketiga, 3 petang. Kita main tiga babak dan keletihan itu datang pada babak kedua dan ketiga.

“Apapun, saya tetap hormat pemain sebab mereka berusaha memberikan yang terbaik ketika berpuasa dan ada ketikanya kita mampu beri tekanan kepada pihak lawan. Saya rasa ini persiapan yang bagus untuk perlawanan menentang Barcelona,” kata Datuk K Rajagobal yang tiba dari Jepun semalam.

Sedar akan kritikan-kritikan yang diterima dan desakan yang memintanya meletak jawatan susulan prestasi pasukan bola sepak kebangsaan yang membimbangkan, Datuk K Rajagobal cuba mempertahankan dirinya.

“Saya tidak tahu kenapa ada pihak yang suka sangat saya undur diri.

“Tapi saya bukan penakut. Saya akan pikul tugas saya hingga kontrak berakhir 31 Disember. Selepas itu barulah majikan buat keputusan dan saya juga akan buat keputusan.” Rajagobal turut membidas kritikan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini yang memintanya melepaskan jawatan.

“Ini bulan Ramadan, jangan buat dosa. Kalau kita nak kritik, biarlah tepat dan konkrit.

“Kalau mereka datang ke Jepun dan tengok prestasi sebenar pemain dalam bulan Ramadan, itu tak apa. Tapi, mereka tidak ada di situ, mereka hanya memberikan komen berdasarkan keputusan perlawanan, itu tidak adil. Kritikan mereka sepatutnya berdasarkan fakta, itu sajalah yang saya nak beri nasihat.

“Sebelum ini pun ramai yang kritik, ramai yang ganggu tapi saya tak akan lari daripada fokus saya,” katanya.

Hari ini, Datuk K Rajagobal sekali lagi diberi peluang untuk terus menerajui pasukan bola sepak kebangsan sehingga tempoh kontraknya dengan pasukan Harimau Malaya berakhir Disember tahun ini iaitu sehingga berakhirnya kempen kelayakan Piala Asia 2015 tahun depan.

Sumber : Hmetro & kakibolasepak

--------------------------------------------------------------------

Hm.... apa pendapat peminat-peminat sukan Bola Sepak Kebangsan?
Sudah banyak peluang diberikan tetapi prestasi Harimau Malaya terus mengecewakan.
Pandangan aku sebagai non-fan sukan
Bukan kata tak layak, tapi jika keadaan terus begini, ada baiknya diberikan kepada yang lain demi kebaikan semua pihak atau cuba gunakan idea daripada mereka yang turut mempunyai pengalaman didalam dunia bola sepak.

1 comments:

  1. DAH BOLEH TURUN TAHKTA DAH SI RAJAGOPAL NI.. DAH TAKDE IDEA..

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks