Home » » Rawatan Resdung

Rawatan Resdung

Penyakit Resdung

Rawatan Resdung

Tentu korang tau apa itu resdung kan. Tau tapi tak tau macam mana nak terangkan kan. Aku pun tak tau macam mana nak terang. Ala.. Kalau korang bangun pagi-pagi selalu bersin atau seringkali bersin, atau gatal-gatal hidung, mata telinga tu berkemungkinan korang ada resdung.
Resdung ni ada yang teruk ada yang tak teruk. Kalau yang teruk tu, nafas pun sampai berbau, muka pun naik tompok-tompok hitam. Yang lebih serius, kalau resdung mata, boleh hilang penglihatan, silap-silap boleh bawa maut sebab resdung ni boleh merebak sampai ke otak!! Baca cara mencegah terkena penyakit resdung. Penyakit resdung ni yang aku tahu berpunca dari faktor pemakanan selain faktor persekitaran / udara yang tidak bersih. Siapa suka makan makanan gatal atau makanan laut macam telur, ayam, udang, sotong, ketam, orang tu berkemungkinan besar ada resdung.

Kaedah Traditional Rawatan Resdung

Korang pernah buat rawatan resdung? Yang rajin buat rawatan resdung ni selalunya perempuan kot :)
Lelaki ada juga tapi kurang. kan kan kan. Rawatan resdung ni banyak cara. Berkesan tak berkesan jer bezanya. Pernah tengok orang berubat resdung guna sejenis kain yang diasap dan dilayur ke seluruh muka? Cara ni ramai yang tahu tapi kurang berkesan sebab yang keluar putih macam bedak kat muka selepas asap dilayur tu, tu hanya hama resdung sahaja. Ada pula rawatan kalau korang pernah tengok keluar lendir dari hidung macam hingus... Yaii.. Geli den... Yang tu perfect sikit sebab yang keluar tu bisa resdung dari dalam rongga muka.. Yang asap tadi tu dari permukaan kulit jer. Kurang berkesan la.
Aku pernah berubat guna asap tu.. Macam tempek bedak jer pun.. huhu (Resdung aku boleh tahan kot, kalau bersin macam nak tercabut hidung)

Dah lama tak buat rawatan resdung, tadi aku pergilah buat rawatan resdung selepas mak aku kata ada satu tempat ni boleh merawat resdung sebab semalam rumah aku bergegar selepas aku bersin :P
Yang beria ria aku nak pergi tu sebab mak aku cakap, tempat tu dia buat sampai keluar ulat dia.......jeng jeng jeng.... Pergh!! Macam best jer aku dengar. hahaha.

Memang ramai la yang berubat sebab first time aku pergi, aku balik macam tu jer, tak larat menunggu.
Hari ni aku pergi kali kedua dapat la turn aku (Semalam ada orang potong Q aku punya turn. Panas aku)
Orang Bagan Serai kalau korang perasan 'Kompleks Gerai Melayu Bahagia', Ha... kat situlah tempat rawatan tu. Berhadapan masjid Bagan Serai. Yang buat rawatan tu pula isteri kepada naib kadi Bagan Serai, Ustaz Jamhari, orang panggil kak Yati yang juga ada buka kedai menjahit pakaian. Tak ramai yang tahu sebenarnya sebab aku pun baru tahu situ ada rawatan resdung :P Nama jer Kompleks, tak ada apa pun kat situ. So jarang la masuk.

Kompleks Gerai Melayu Bahagia Bagan Serai

Kaedah Traditional Rawatan Resdung Bagan Serai

Ni la tempat rawatan dia.. Tak ada bilik khas pun.....


ANDA BERMINAT,
CUBALAH SEKARANG!! :)

Aku sempat la berlagak jadi macam wartawan kejap waktu buat rawatan tu. Tanya tu tanya ni. Snap tu snap ni..hehe... Kak Yati ni pun dah bagi green light. (Macam tau tau jer dia aku nak masukkan dalam blog)

Boleh tahan la kos rawatan dia, 20 minit RM35. Tau kenapa?? Bahan utama dia tu sangat mahal. 100gram berharga RM280. Batu pahat mali.... Orang Asli punya made ooo... Aku tak tanya detail la pula bahan utama dia tu.. Tau sikit-sikit dah la kan.

Bahan utama dia, batu seramik yang bertindak sebagai pemanggang, bahan utama tadi, sedikit minyak, corong asap.

Kaedah Traditional Rawatan Resdung Bagan Serai

Kaedah Traditional Rawatan Resdung Bagan Serai

Cara dia batu seramik tu dipanaskan terlebih dulu, dah panas, batu diletakkan di dalam dulang dan bahan utama diletakkan di atas batu seramik tadi, sedikit minyak diletakkan diatas batu dan bahan utama tadi maka terhasillah asap. Terakhir corong asap diletakkan diatas dulang terisi batu dan bahan utama tadi. Lepas tu letakkan la hidung , mata dan telinga di atas corong asap tadi. Hasilnya......................

Kaedah Traditional Rawatan Resdung Bagan Serai

Eeeeeeee......werk!!!... Tu la dia ulat yang duk dalam rongga hidung telinga dan mata aku yang menyebabkan aku terkena resdung.. Panjang lebih kurang beras, tapi kurus sikit..hehe...

Nak cuba boleh la try. Tengok berapa ekor ulat yang keluar :P
Cara mudah ganda wang simpanan

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

14 comments:

  1. kalo dah kuar ni mmg resdung hilang terus ke?
    bpe minit nak kuarkan sume ulat tu?

    ReplyDelete
  2. DULU KERAP SELSEMA SAMPAI MAK AKU SASPEK AKU ADA RESDUNG.. ALHAMDULILLAH, MEMANG AKU TIADA RESDUNG..

    ReplyDelete
  3. @Anonymous rasa kalau sekali rawatan tu tak hilang terus..mau 2 3 kali...lepas tu pemakanan kena jaga...20 minit nak keluarkan ulat.

    ReplyDelete
  4. @fairus ok la tu bro tak de resdung..aku ni puas bersin..hmm

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, benda tu keluar dik? :O

    ReplyDelete
  6. @Siti Nur Yup...keluar ulat nya :) comel comel ulatnya

    ReplyDelete
  7. boleh bg alamat n cntact no? tq :)

    ReplyDelete
  8. @asyikin hishamudinrasanya kat dalam pic tu da ada dia punya contact no. boleh call

    ReplyDelete
  9. brapa kali awk buat rawatan kat situ?

    ReplyDelete
  10. @AnonymousSekali je saya buat rawatan kat situ...sajer nak try

    ReplyDelete
  11. boleh sy tau nama biji herba yg dia gunakan? saje nak buat kajian...

    ReplyDelete
  12. @S.AizamNama herba tu saya tak tahu la pula apa namanya... boleh call perawatnya..

    ReplyDelete
  13. Sy org sini je,penah buat,n stakat yg sy buat tahan 6bulan sekali buat..skrg dh x bksmpatan sbb stdy jauh,Ade yg sllu buat kat sini makin lame makin kurg ult yg kluar..muka dorg pn makin licin..

    ReplyDelete
  14. Perrgghhh.. batu seramik tu.. kaedah rawatan yang unik.. tapi kan, besar betul ulat resdung tu.. aku pun ada resdung.. tapi setiap kali aku bersin, tak nampak plak ulat-ulat tu terpacul keluar.. selain Bagan Serai, kat KL ada tak??

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment