Siapa Fatin Liyana

Blog Fatin Liyana

Blog Fatin Liyana

Lama juga aku menyepi....lagi...hehe. Timbul timbul, keluar pula nama Fatin Liyana. Siapa pula Fatin Liyana ni??? Al kisah... Hari tu adik perempuan aku yang belajar kat Matriks Gopeng balik kampung. Sesekali balik kampung, komputer ni la yang dia duk ngadap ngan adik aku yang paling bongsu. Tak apa lah kan, kat Matriks tu dah berpinau biji mata duk ngadap buku jer. Kebetulan mood aku nak ngadap komputer ni berkurang menjak dua menjak ni. Kalau tak, chance diorang nak ngadap komputer ni kurang la sikit... hehe.

Dalam duk diorang ngadap komputer ni, aku intai-intai la juga apa benda yang diorang buka. Biasalah, Facebook, Youtube, Blog. Bukan main sakan lagi aku tengok diorang ni. Rupa-rupanya diorang tengok blog si Fatin Liyana ni... Memula tu aku tak amik port la.. Biasa la kan. Kalau blog tu beruang yang punya, sah aku amik port :P Time diorang buka Youtube pulak, cerita pasal si Fatin Liyana ni juga. Aik... Siapa Fatin Liyana ni?? Macam special jer. Dah ada blog, ada pula Youtube...

Ok. Aku spy sikit. Waktu adik adik aku ni buka blog si Fatin Liyana ni, aku sempat jeling la jumlah current visitor dia...Wooooo.... 100++ dalam satu satu masa. Sah bukan calang-calang blogger ni. So, dengan muka selambernya aku tanya la adik aku ni siapa Fatin Liyana ni... Adik aku pun menjawab.. Dia ni doktor... Lagi lah bertambah kagum aku kan. Kagum tu sebab Fatin Liyana ni muda lagi. Kalau dah berumur tu ok la kot. Cantik juga :P

Nak dijadikan cerita lagi.. Aku pun curi-curi buka blog Fatin Liyana ni. Nak tau la apa isi kandungan blog si doktor ni kan sampai ramai sangat peminat dia :) Dalam duk usha-usha tu, terkantoi pula dengan adik aku yang bongsu... Langsung dia gelakkan aku. Hampas tul. (Dia gelak sebab aku buka blog perempuan kot.. Mungkin juga diorang fikir aku jealous sebab blog aku tak ramai traffik macam blog Fatin Liyana ni. Grrrrr) Peduli apa aku... haha...

First time aku masuk blog Fatin Liyana ni...2 entry yang aku sempat baca. First tentang piramid makanan, kedua tentang trip dia ke Korea. Terus aku jatuh cintaaaaaa.... Dengan blog dia la. heee.
Memang best la blog dia. Cara penulisan yang santai. Diselitkan dengan tips tips dan info-info. Jadi tak hairan la kenapa blog dia ramai peminat dan pelawat. Tak macam blog aku ni. Bersawang :P
Aku tak habis jelajah lagi blog Fatin Liyana ni, tapi daripada 2 entry yang aku dah baca, aku beranggapan entry-entry dia yang lain pun menarik juga. Ada aura tersendiri... :P

Kekuatan Blog Fatin Liyana

Daripada yang aku sempat baca, Fatin ni menulis berdasarkan pengalaman dia juga kepakaran dia yang menjadikan blog dia lain daripada bog yang lain. Senang cerita tak ada copy paste teh paste milo paste apa segala paste. Orang lain tak pernah melancong ke Korea contoh, so dia tulis pengalaman dia ke Korea. Point yang menarik tu. Dia tulis pengalaman dia ke Korea yang mungkin menarik pada mereka yang tak pernah pergi ke sana :) Tentang piramid pemakanan pula dia tulis tentang kepakaran dia. Dah nama pun doktor, bab kesihatan tu kepakaran dia la kan yang orang lain kurang arif.

Suka hati aku jer story blog orang kan.. Jangan marah Dr Fatin... Den nulih joo.. Tak do idea nak nulis... :P

p/s - Gelak sakan adik aku kat aku aku tulis pasal blog Dr Fatin Liyana ni. Grrrrr

1 comments:

  1. BLOG FAIRUS MAMAT TAK RAMAI PENGUNJUNGNYA .. :(

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks